PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Rabu, Julai 29, 2009

Futsal persahabatan









Perlawanan futsal persahabatan diantara pemuda kg.gelugor menentang 2 pasukan lawan iaitu pemuda kg.tengah dan pemuda kg.telaga papan di masterscaff pada malam yang sama dari pkl 10 hingga 12mlm.....

Selasa, Julai 28, 2009

Program Kebajikan "pemuda bersamamu"



Aktiviti kemasyarakatan membantu golongan susah menjadi keutamaan kepada Pemuda DUN Kemasik dalam merealisasikan slogan 'PAS Untuk Semua - PAS For All'. Tanpa mengira sokongan dan fahaman politik, Pemuda DUN Kemasik terus bergerak dengan kemampuan yang tidak seberapa untuk berbakti setakat yang termampu kepada masyarakat.

Pemuda Bersamu Mu kali ini telah menziarahi golongan yang kurang berkemampuan dan orang tua di Kampung Telaga Papan, Kerteh. Mengetuai ekspedisi Pemuda Bersama Mu ini ialah saudara Syed Khairi Amier Syed Raduan merangkap Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda DUN Kemasek, Haji Abu Bakar Ngah selaku Naib Ketua PAS Cawangan Kg. Telaga Papan, Ad Asmera Abu Bakar (AJK Pemuda PAS Kg. Gelugor) bersama beberapa orang sahabat.

Penerima 1 ialah Saudara Abdul Rani Ismail yang keuzuran. Penerima ke 2 ialah Saudara Arifin Ismail seorang nelayan dan penerima ke 3 ialah Hajjah Minah Binti Hamed yang keuzuran

Ahad, Julai 26, 2009

Usrah Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar & Ar Rahman Kali Ke 05








Usrah Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar & Ar Rahman Kali Ke 05 telah berlangsung pada pagi Jumaat, 24hb Julai 2009 di PASTI Ar Rahman, Kg. Baru Kerteh. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Rahimi dan Haji Roziman Yahaya sebagai pembentang teks 'Apa Erti Saya Menganut Islam' karangan Allahyarham Fathi Yakan.

Ustaz Nik Nasri Nik Malik, Timbalan Ketua Lujnah Tarbiyyah & Kepimpinan Perkaderan, PAS Kawasan Kemaman sebagai Naqib telah mengulas secara mendalam ciri - ciri yang perlu ada kepada para pemimpin dan pejuangan Gerakan Islam. Para pemimpin dan pengikut Gerakan Islam wajib mempunyai akidah dan kefahaman yang tinggi berkenaan dengan Islam.Ini kerana para musuh islam akan mencuba sedaya upaya untuk mencari kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin dan pengikut Gerakan Islam untuk merendahkan kesucian Islam itu sendiri. Realiti ini dapat diperhatikan di media massa elektronik dan cetak dimana berlaku penyiaran berita yang remeh temeh melibatkan kepimpinan dan pengikut Gerakan Islam manakala segala kebobrokan, kezaliman dan kesalahan pemimpin berkefahaman sekular cuba dilindungi dan dibaikpulih imej mereka.

Alfadhil Naqib juga mengulas berkenaan dengan kualiti pemimpin dan penyokong Gerakan Islam masakini terutamanya bila melibatkan persoalan ibadah. Hasil dari ibadah ini akan mewarnakan corak jemaah itu sendiri dan kita tidak mahu dianggap mempunyai kualiti yang rendah umpama buih di lautan yang nampak banyak tetapi hakikatnya kosong dan mudah ditolak ke tengah dan ke tepi.

Usrah Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar & Ar Rahman Kali Ke 05 ini telah dihadiri oleh Saudara Wan Mohd Faisal Wan Abdullah (Timbalan Pengerusi PASTI Ar Rahman), Ustaz Mohd Azrul Mohd Zubir (Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg. Baru Kerteh), Mohd Zuraidi Kassim (Setiausaha Pemuda PAS Cawangan Kg. Baru Kerteh), Mohd Tishaah Hamzah (Pengerusi PASTI Al Abrar), Syed Khairi Amier Syed Raduan (Timbalan Pengerusi PASTI Al Abrar), Abu Abbas Abdul Hamid (Setiausaha PASTI Al Abrar), Saiful Azmi Suhaili (Setiausaha KAFA Al Abrar), Hj Roziman Yahaya (Bendahari KAFA Al Abrar), Rahimi (AJK Pemuda PAS Kg. Gelugor) serta Puan Mahani Mohd, Puan Dayang Man & Puan Sri Hariani Zakaria (guru PASTI Al Abrar), Ustazah Cik Norsyuhada Hj Wahab (Guru KAFA Al Abrar) dan Puan Zaini Jib (Guru PASTI Ar Rahman).

Sabtu, Julai 25, 2009

ISU LILIN : Luahan Hati Seorang Suami Melayu.....




Saya ingin meluahkan keluhan hati saya (secara ringkas)... Ini adalah kisah benar tentang diri saya sendiri, semoga dapat diambil pengajaran daripadanya...

Isteri saya seorang Cina...! Cina tulen. Bukan Cina keturunan separuh-separuh. Bukan darah Cina kacukan. Cina 100%. Ibubapa mertua saya memang Cina 'pure' dan menganut agama Budha. Begitu juga seluruh ahli keluarganya yg lain. Bahkan keluarga mereka agak tebal semangat kecinaannya...

Tidak perlu saya ceritakan betapa sulitnya meyakinkan pihak keluarganya sebelum perkahwinan kami pada tahun 1997, bahawa saya bukan hendak membawa anaknya masuk MELAYU. Dia tetap seorang Cina, cuma agamanya sahaja yg bertukar kpd ISLAM.

Saya terpaksa berhadapan dgn kedua ibubapa dan abangnya yg sulung utk menjelaskan bahawa sebagai Muslim, isteri saya akan mengerjakan Solat (akan saya ajarkan) dan tidak lagi akan menyembah selain Allah, saya akan mengajarnya mengaji Qur'an, pakaiannya kena menutup aurat (memakai tudung kepala), berpuasa selama sebulan dlm setahun dan kalau ada kemampuan, kami akan ke Mekah menunaikan Haji sekali seumur hidup. Itu saja.....! Adapun perkara lain yg berkaitan Rukun Iman dan Rukun Islam, saya kira tidak perlu saya jelaskan kpd keluarganya secara sangat terperinci...kerana saya hanya menerangkan perkara dasar dan mudah yg boleh dinampak oleh mata kasar mereka sahaja....

Ternyata keluarganya berpuashati dgn penjelasan itu dan semuanya merestui perkahwinan kami. Dan ternyata juga bahawa penentangan mereka sebelum ini (terutama abangnya yg sulung) terhadap perkahwinan kami adalah semata-mata kerana sikap prejudis mereka kpd MELAYU, dan bukan sama-sekali berdasarkan kpd prasangka buruk mereka terhadap Agama ISLAM...

Kami dikurniakan 3 orang anak. Isteri dan anak2 saya masih mengamalkan 'budaya Cina' dlm kehidupan seharian mereka terutama dlm soal pemakanan. Saya tidak melarangnya selagi ianya tidak bertentangan dgn Syarak.

Apabila tiba hari perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun, kami sekeluarga tidak pernah ketinggalan utk pulang ke rumah ibubapa mertua saya di Pahang dan meraikan bersama keluarga mereka...tetapi kami tidak pernah pulang pada Hari Wesak... isteri saya seorang yg cerdik dan terpelajar dan berkelulusan tinggi dan sekarang pun memang dia memegang jawatan yg tinggi dlm sektor awam.... Jadi dia lebih faham drp saya bahawa Hari Wesak adalah Perayaan Agama Budha dan haram bgi kami sebagai keluarga Islam utk turut meraikannya...

Apabila tiba Hari-Raya Idilfitri dan idil-Adha, kami sekeluarga tetap kan pulang ke rumah ibu-bapa saya di Terengganu utk meraikan hari Perayaan Umat Islam itu...Tidak ada masalah dlm soal ini, bahkan tidak pernah timbul masalah besar dlm hal ini selama perkahwinan kami selama lebih 12 tahun....

Tetapi sejak seminggu kebelakangan ini, isteri saya sering menimbulkan persoalan dan mengungkit-ungkit tentang hal budaya Melayu, budaya Cina, dan hubungannya antara budaya sesuatu kaum dgn Agama Islam....iaitu semenjak kes DS Nizar menghadiri upacara penghormatan kpd Teo Beng Hock, seorang pemuda Cina (yg isteri saya percaya) telah mati dibunuh oleh orang Melayu!

Nampak seperti dia sangat kecewa dgn sikap segelintir orang kita yg tanpa segan-silu menjatuhkan hukuman kononnya DS Nizar telah rosak akidah, telah melakukan sesuatu yg bertentangan dgn syarak, dsbnya...menurut isteri saya, dia tidak hairan jika kutukan terhadap DS Nizar itu datang dari orang UMNO, kerana dia lebih maklum tentang pemahaman orang UMNO tentang hubungan MELAYU-ISLAM memang 'cetek sangat'...tetapi yg sangat mengguris hatinya ialah sikap segelintir orang PAS sendiri yg bersuara senada dgn orang UMNO dlm hal ini....

Secara ringkasnya, persoalan yg sering diungkit kpd saya dlm masa 3-4 hari ini ialah :-

1) Apakah setiap amalan budaya kaum Cina boleh merosakkan akidah Islam seseorang? Bagaimana pula dgn budaya Melayu yg tidak ada kena-mengena dgn Agama Islam? Apakah bangsa Melayu itu sangat mulia di sisi Allah sehingga diberi keistimewaan sebegitu rupa?

2) Mana yg lebih baik di sisi Islam, seorang perempuan yg memakai baju kurung (merujuk kpd Melayu) tetapi tidak memakai tudung kepala, atau seorang Cina Islam yg memakai seluar panjang dan T'shirt longgar lengan panjang dan bertudung kepala?

3) Kenapa secara tiba-tiba budaya membakar lilin dlm sesuatu upacara dikira bertentangan dgn Syarak, padahal selama ini ramai orang Islam yg menyalakan lilin pada majlis hari jadi, tetapi tidak pernah terdengar pula ada 'fatwa' seperti itu dikeluarkan?

4) Dlm upacara kematian, budaya kaum Cina memang menyalakan lilin sebagai penghormatan, walaupun si-mati itu adalah Cina Islam. Kalau itu dikira boleh merosakkan akidah, bagaimana dgn budaya Melayu yg membakar kemenyan di rumah si-mati? Apa istimewanya MELAYU di sisi Agama Islam, seolah-olah menganggap bukan-Melayu itu sebagai Muslim kelas 2?

5) Kalau budaya memakai baju hitam sebagai berkabung dan menunjukkan kesedihan oleh kaum Cina dikira merosakkan akidah Islam, bagaimana pula dgn budaya Melayu yg memakai 'baju melayu' dan memakai 'songkok hitam' bila menziarahi mayat? Padahal itu juga tidak ada kena-mengena dgn agama Islam! Apa lebihnya baju-melayu dan songkok hitam di sisi syarak?

Saya terkedu, dan hanya dapat menunjukkan penjelasan dari YB Khalil Idham Lim kpd isteri saya. Dia berpuashati dgn penjelasan itu, tetapi menurutnya itu penjelasan dari seorang Cina-Islam sepertinya juga...apa yg dipertikaikan ialah sikap orang Melayu-Islam-PAS terhadap isu ini...

Saya sukar menenangkan hati isteri saya, kerana orang PAS sendiri seperti bercanggah pendapat dlm soal ini....dan saya hanya mampu berkata : "Ok lah, kita tunggu sahaja penjelasan dari Dr Asri........" Hanya itulah saja yg mampu melunakkan hatinya buat sementara ini...

Akhir sekali, saya suka memetik ungkapan Arab yg berbunyi :

"ZONNU AL-'AAKILI KHAIRUN MIN YAAKINI AL-JAAHILI"

(SANGKAAN seorang yang berakal (ALIM) itu adalah lebih baik dari KEYAKINAN seorang yang JAHIL)

Isnin, Julai 20, 2009

Modal baru utk UMNO syok sendiri

Sebenarnya UMNO/BN walaupun tidak menang tetapi berpuas hati kerana dapat menurunkan kelebihan majoriti yang diperolehi oleh PAS dari 1,352 kepada hanya 65 undi sahaja. Kalau boleh UMNO/BN juga mahu menang. tetapi UMNO/BN gagal memastikan gerak kerja "membeli" undi berjaya 100%, tetapi hanya 90% sahaja. Jika 100% usaha jahat UMNO berjaya, UMNO/BN hanya boleh menang dengan majoriti tidak sampai 150 undi sahaja.

Sekurang-kurang PRK-MU adalah peluang UMNO hendak membersihkan kekotorannya setelah gagal mengatasi kesucian PAS dan Pakatan Rakyat. Kira-kiranya, berdasarkan keputusan terkini PRK-MU yang masih menyebelahi PAS yang disifatkan oleh UMNO/BN sebagai menang "nyawa-nyawa ikan". Kalau ukuran majoriti yang secebis inilah yang disifatkan sebagai menang nyawa-nyawa ikan, maka YB Raja Ahmag Zainuddin yang menang di DUN Kubu Gajah dengan majoriti 66 undi juga adalah menang nyawa-nyawa ikan.YB Datuk Hamdi di DUN Pengkalan Baharu nyawa-nyawa ikan juga, majoriti 14 sahaja. Satim Diman kawan kepada Khir Toyo yang selalu bising itu pun majoritinya 45 sahaja di DUN Seri Serdang. Tidak akan mengaku UMNO/BN betapa wakil rakyatnya juga sedang hidup dengan nyawa ikan, kalau tidak mungkin nyawa hantu.

Dato' Mustafa Mohamad terus membuat andaian betapa rakyat Kelantan sudah hilang keyakinan terhadap pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Turun majoriti adalah buktinya. Jika dilihat kepada jumlah undi, bermaksud 5,348 orang yakin kepada PAS dan hanya 5,283 yang yakin kepada UMNO/BN.UMNO/BN gagal meyakinkan 65 orang pengundi yang masih yakin dengan dasar perjuangan PAS. Jika berdasarkan perbandingan purata undi yang diperolehi oleh PAS dan UMNO sejak PRU 1986,1990,1995,1999,2004,2008 dan PRK2009, purata undi yang diperolehi oleh PAS adalah 4,960 undi berbanding 3,696 undi oleh UMNO/BN. Ini menunjukkan betapa keyakinan pengundi Manek Urai terhadap PAS adalah konsisten.

Dengan kuasa media yang ada, isu majoriti turun inilah akan terus menjadi modal yang dijaja oleh UMNO/BN betapa kayakinan rakyat terhadap UMNO/BN telah berjaya dipulihkan walaupun UMNO/BN sendiri pun sedar tentang hakikat krisis keyakinan rakyat terhadapnya. Sekurang-kurangnya UMNO/BN boleh terus syok sendiri. Dengan menyalahgunakan segala jentera dan intsrumen kerajaan milik rakyat, nampaknya UMNO/BN masih belum mampu memperbodohkan rakyat di Manek Urai. Ditaqdirkan oleh Allah masih ada lebihan 65 orang manusia yang masih yakin dengan dasar perjunangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Bilakah modal isu majoriti turun ini akan mengakhiri syok sendiri UMNO/BN, apabila ditaqdirkan oleh Allah UMNO/BN akan tewas dalam siri pilihanraya kecil yang akan datang. Selepas Rasulullah menubuhkan negara Islam Madinah, tentera islam yang dipimpin oleh Rasulullah menghadapai 48 peperangan dalam masa beberapa tahun. Kita baru 6...!!!

JUMPA EHUD BARAK :ZAHID BIADAB DENGAN UMAT ISLAM


Pas mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini. Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya beliau ialah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak hendak tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel. Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa boleh berbincang. Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel. Tentu kita masih ingat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti pertemuan ini medapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.

ISRAK MIKRAJ


ISRAK Mikraj ( الإسراء والمعراج) adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.

Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.

Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. “Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Isra’:1)

Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.

Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah.’

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.

Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.

Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.

Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.

Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.

Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.

Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.

Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.

Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.

Program Solat Hajat & Tahlil Perdana di Surau Darul Taqwa


Program Solat Hajat & Tahlil Perdana di Surau Darul Takwa, Kg. Gelugur, Kertih, Kemaman, Trg.

Badan Khairat Kematian Surau Darul Taqwa, Kg. Gelugor, Kerteh dengan kerjasama Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Cawangan Gelugor akan menganjurkan Majlis Solat Hajat & Tahlil Arwah Perdana 2009 pada 6hb Ogos 2009, Khamis selepas solat Maghrib berjemaah bertempat di Surau Darul Taqwa. Penyertaan adalah dibuka kepada semua muslimin dan muslimat yang ingin mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kaum keluarga dan sahabat handal yang telah kembali kerahmatullah. Majlis akan dimulai dengan sembahyang hajat berjemaah diikuti dengan bacaan tahlil perdana beramai - ramai.

Bagi memudahkan pengurusan, pihak penganjur telah menyediakan Borang Penyertaan yang boleh didapati di Surau Darul Taqwa atau menghubungi Setiausaha Badan Khairat Kematian, Syed Khairi Amier Syed Raduan (0122367801) atau Setiausaha PAS Cawangan Kg. Gelugor, Raja Abdul Rahman Raja Abdul Aziz (0129513391). Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi setiap nama dan bayaran atau sumbangan adalah berdasarkan kepada jumlah nama yand diserahkan. Peserta boleh menyenaraikan seberapa ramai nama allahyarham dan allahyarhamah di borang yang disediakan

Jumaat, Julai 17, 2009

Skandal PKFZ: Tee Kiat dakwa terima ugutan bunuh...

Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat mendakwa beliau telah menerima ugutan bunuh bagi menghalangnya daripada mendedahkan laporan mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Katanya, ugutan tersebut dibuat oleh kongsi gelap yang didakwanya diupah oleh pihak-pihak yang terlibat dalam skandal tersebut.

Ong turut mendedahkan bahawa kumpulan yang cuba menghalangnya daripada mendedahkan laporan tersebut, termasuk kuasa politik dan kuasa perniagaan dari pihak-pihak yang terlibat dalam skandal tersebut, termasuk orang dalam parti pemerintah.

Mesej tersebut berbunyi: "Kalau anda hilang di dunia suatu hari nanti, sepatutnya anda tahu yang berlaku".

Ong menegaskan demikian dalam wawancara eksklusif tiga muka surat dengan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily.

Presiden MCA itu mendakwa kuasa tersebut juga menyusup masuk ke dalam politik dalaman MCA.

Menurutnya, mereka ini cuba mengguna wang untuk membeli perwakilan, penulis blog dan ahli akar umbi untuk menjatuhkannya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Katanya, ada juga orang yang menyebarkan khabar angin kononnya pendedahan laporan skandal PKFZ itu adalah tindakannya sendiri tanpa mendapat persetujuan BN dan kabinet serta tidak boleh diterima oleh kerajaan BN.

Kekalahan besar BN

Bagaimanapun, Ong menegaskan bahawa tindakanya dibuatnya mengikut semua prosedur.

Sehubungan itu, katanya, sekiranya tindakannya itu salah dan mengakibatkan negara terjerumus dalam kancah huruhara dan memalukan BN, dan kalau ada orang yang lebih pandai boleh membantu kerajaan, beliau sedia berundur dan meletakkan jawatan.

Ong yang juga menteri pengangkutan berkata, beliau kini dikepung dari setiap sudut.

Menjelaskan tindakannya mengumumkan laporan PKFZ tersebut, Ong berkata, ia kerana projek itu membabitkan wang yang terlalu banyak.

Beliau tidak mahu hutang itu "ditanggung oleh anak cucu pada masa depan".

Ong juga mendakwa bahawa isu PKFZ telah menjadi punca 'kekalahan besar' BN dan MCA dalam pilihanraya umum tahun lalu.

"Terus mengelak persoalan ini juga tidak mungkin dapat melenyapkannya dari ingatan rakyat, jadi mengapa tidak teruskan siasatan terperinci demi mencari kebenarannya," katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan polis, Ong berkata: "Saya tidak sama seperti orang lain, yang suka buat laporan polis dan disiarkan dalam surat khabar".

Rabu, Julai 15, 2009

Usrah & Mesyuarat Bulanan Pemuda DUN Kemasik Bulan Julai 2009












Usrah dan Mesyuarat Bulanan Pemuda DUN Kemasik untuk bulan Julai 2009 telah diadakan di Surau Darul Taqwa, Kg. Gelugor, Kerteh.

Slot usrah ditukar dengan sessi kuliah maghrib oleh Alfadhil Ustaz Zulkifli yang mengupas konsep 'nahi mungkar' yang perlu diamalkan oleh setiap individu yang mengaku sebagai seorang Islam. Beliau menghuraikan dengan panjang lebar pengertian konsep mencegah kemungkaran. Iman Ahmad menegaskan setiap kemungkaran (kemaksiatan) yang berlaku samada di depan mata kita atau ditempat lain hendaklah ditegah dan dihalang mengikut tahap kemampuan sendiri samada dengan tangan (perbuatan), dengan lidah (percakapan) ataupun dalam hati (iman). Tidak redha atau tidak merestui kemungkaran yang berlaku dalam hati merupakan serendah - rendah iman dan tiada lagi keimanan selepas dari itu.

Mesyuarat Bulanan Pemuda DUN Kemasik kali ini dimana PAS Cawangan Kg. Gelugor menjadi tuan rumah mengikut penggiliran. Mesyuarat akan datang Insyaallah akan diadakan di Surau Mujahiddin, FELDA Kerteh 5

Sabtu, Julai 11, 2009

KJ PAKAI KETAYAP GALI KUBUR `KERAJAAN PERPADUAN'


KJ dah serik ke nak buat program seperti ini lagi?
Oleh: WFAUZDIN NS

KALI pertama mungkin ramai yang dapat melihat bagaimana rupa KJ Ketua Pemuda Umno yang dikaitkan dengan rasuah memakai ketayap atau kopiah di atas kepala. KJ dalam siri ceramahnya kelihatan benar-benar kekeringan idea untuk disampaikan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai sehinggakan sanggup `menggali' semula kubur `Kerajaan Perpaduan' yang telah ditalkinkan oleh Pas itu. Begitulah bankrapnya idea Umno di Manek Urai untuk mendapatkan simpati pengundi di situ. Apa yang dikempenkan oleh Ketua Pemuda rasuah itu? Jika berminat untuk melihat gambar KJ berkekopiah dan apa yang banyak beliau bangkitkan semasa ceramahnya, sila baca di sini.

Sasaran utama beliau di dalam kempennya adalah YB Husam Musa. KJ mengakui kehebatan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi beliau menganggap MB Kelantan itu termakan hasutan YB Husam Musa terutamanya di dalam isu Kerajaan Perpaduan. Hebat sungguh YB Husam sehinggakan beliau mampu mempengaruhi Mursyidul Am Pas bahkan juga turut mempengaruhi Presiden Pas untuk menolak Kerajaan Perpaduan bersama parti rasuah Umno itu. Boleh kita bayangkan betapa marahnya KJ terhadap kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diimpikannya itu kerana beliau tahu itulah satu-satunya senjata yang Umno ada untuk menikam Pas di kemudian hari.

Bertambah dungu lagi, KJ menuduh YB Husam juga adalah penghalang pembangunan di Negeri Kelantan. Bertambah-tambah baghal pemikiran menantu Pak Lah ini semenjak menjadi Ketua Pemuda Umno yang tidak terpilih menganggotai kabinet Najib itu. Masuk akalkan YB Husam penghalang kemajuan dan pembangunan di Kelantan? Rakyat Kelantan semua tahu apa yang telah dilakukan oleh YB Husam Musa untuk membangunkan ekonomi dan taraf hidup rakyat Kelantan. YB Husam lah tokoh yang paling lantang menuntut hak royalti minyak di Kelantan demi rakyat Kelantan. KJ mungkin tidak tahu perkara ini kerana boleh dikira kedatangan KJ ke Kelantan. KJ mungkin ingin menghilangkan rasa malu beliau sewaktu Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu di mana program beliau membawa pengundi-pengundi luar balik ke Kelantan memakan dirinya. Kali ini program tersebut tidak dilakukan, sebaliknya membawa pemidato-pemidato yang baru di`rekrut'kanya untuk berkempen di Manek Urai. Malangnya, sehingga kini pemidato-pemidato tersebut tidak mampu mengeluarkan suara di Manek Urai, maka terpaksalah KJ yang berpidato.

Tidak malukah KJ apabila berkempen dengan isu Kerajaan Perpaduan yang telah ditalkinkan oleh Pas itu? Tidakkah itu menunjukkan betapa kemaruknya Umno kepada Pas? Sewajarnya KJ menunjukkan contoh kempen yang berkualiti kepada pemidato-pemidato muda yang baru dilatihnya. KJ akan terus dijadikan bahan ketawa rakyat di Manek Urai jika beliau terus bercakap soal Kerajaan Perpaduan apatah lagi jika KJ bercakap pula soal agama.

Bagi rakyat di Manek Urai, biar berapa banyak sekali pun KJ bertukar kopiah dari warna hitan ke warna putih atau berserban dan berjubah sekali pun, rakyat sudah kenal KJ adalah seorang Ketua Pemuda Umno yang didapati terlibat dalam rasuah politik wang tetapi masih memegang jawatan dalam parti. Jika KJ berceramah pun, rakyat akan hadir untuk menontonnya tetapi sekadar beranggapan seperti menonton `wayang kulit' dari Umno. Persembahan wayang kulit sememangnya amat diminati oleh rakyat Kelantan, dan `patung wayang kulit' yang paling diminati adalah KJ sendiri

Khamis, Julai 09, 2009

Penjelasan Isu Khinzir di Mergong

Kerajaan PAS Kedah tidak pernah sekali-kali melarang orang bukan Islam memakan, menternak atau menyembelih babi sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak namun mengambil kira keselesaan, faktor kesihatan dan persekitaran sebagai keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan.Tindakan kerajaan Kedah menutup pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di Alor Star adalah mengambil kira aduan dan sensitiviti orang ramai yang tidak selesa kerana ianya berada di tengah-tengah kawasan perumahan atau kampung orang Melayu dan bersebelahan dengan pasar.
Sungguhpun begitu, sebelum merobohkan, kerajaan negeri telah memberi tempoh yang munasabah untuk mereka yang terbabit berpindah namun tidak diendahkan.
Setakat ini, Kedah mempunyai dua pusat penyembelihan babi yang masih beroeprasi iatu di Tunjang dan Simpang Empat.
"Kini, sekali lagi kerajaan negeri mengambil langkah proaktif menyedia tapak baru yang lebih baik untuk pusat penyembelihan babi yang dirobohkan. "Menteri Besar Kedah sentiasa komited dan akan mengumumkan kawasan baru itu dalam tempoh masa yang terdekat ini dan kita anggap isu ini sudah hampir selesai,"
Ini menunjukkan, PAS berjaya menyelesaikan masalah berbangkit yang 'ditinggalkan' kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak 30 tahun lalu di mana segala bantahan dan aduan orang awam tidak dipedulikan lantaran Umno menjadi boneka MCA dan Gerakan berhubung isu itu. "Orang bukan Islam juga tidak mempunyai masalah tentang penutupan itu yang mengambil kira faktor persekitaran, pencemaran dan kesihatan. Cuma yang mereka pentingkan ialah bekalan daging babi itu sentiasa cukup,"Adalah tidak wajar isu yang berkait faktor persekitaran dan kesihatan ini dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga cuba menimbulkan pula isu perkauman dan masalah yang lain pula. Ini termasuklah membangkitkan tuduhan kononnya kerajaan negeri bakal merobohkan kuil dan tokong.
"Jika benarlah Kerajaan Negeri menghalang orang bukan Islam daripada melakukan amalan agama mereka sendiri, sayalah orang yang pertama keluar daripada parti dan menentang kerajaan negeri. "Kerana saya yakin kerajaan negeri akan melaksanakan apa yang dituntut oleh agama Islam iaitu memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk melaksanakan ibadat dan ajaran masing-masing,"Saya ingin menasihatkan semua pihak agar tidak terperangkap dengan isu-isu yang dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Kedah.Saya juga berharap agar rakyat berbilang kaum supaya sentiasa menjaga keharmonian di Kedah agar tidak diserap oleh eleman sempit agama dan perkauman yang akan mengugat kestabilan negeri itu."Saya juga harap DAP akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk melihat kejayaan yang diimpikan oleh rakyat yang sentiasa menyokong perjuangan kita yang berlandaskan kepada pembelaan nasib dan keadilan terhadap rakyat,"

Posted by MahfuzOmar

Rabu, Julai 08, 2009

PAS Dituduh Takabbur : Tuduhan Shahrizat Tidak Berasas


"Membaca tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada hari ini memanggil saya untuk memberikan sedikit ulasan. Kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang tewas dalam pilihanraya umum yang lalu itu, PAS Kelantan sudah bersifat takkabur (ejaan di dalam akhbar : takbur) kerana mengkritik UMNO secara total. Menurutnya seperti yang dilaporkan di dalam Sinar Harian hari ini (08 Julai 2009), PAS Kelantan bukannya turun buat kerja dan ekoran itulah, beliau sampai menitiskan air mata melihat kemiskinan rakyat Manek Urai.

Pertama, tuduhan takabbur. Kalau maksudnya membesarkan diri, maka tuduhan itu lebih layak sebenarnya untuk UMNO. Shahrizat perlu tahu bahawa menjelang kempen pilihanraya umum ke 12 yang lalu, tatkala Shahrizat sibuk berhempas pulas mempertahankan Lembah Pantai dari diserang oleh Nurul Izzah, di Kelantan dijalankan kempen yang sangat agresif untuk menawan negeri Serambi Mekah ini. Ada seorang Timbalan Menteri dari Bachok yang diwar-warkan sebagai bakal Menteri Besar jika UMNO berjaya menawan Kelantan. Gambarnya ditampal merata-rata, membayangkan seolah-olah UMNO sudah tahu apa yang tertulis di lembaran qadha’ qadar bahawa mereka akan bersemayam di pejabat SUK pada 9 Mac 2008.

Rakyat Kelantan bukan buta melihat perbuatan ini. Apa jenis kerja macam ni. Pilihanraya belum lagi berlaku, Menteri Besar sudah ditabalkan. Siapa yang takabbur dalam soal ini, PAS Kelantan atau UMNO Kelantan? Itu belum lagi dicampur kempen Pemuda UMNO yang berslogankan ’18 tahun Pade Doh’ dicetak di atas baju tshirt berwarna hitam membayangkan kelam gelapnya hati mereka di kala itu. Seluruh Kelantan menyaksikan perarakan motosikal membawa bendera UMNO sebesar suku padang bola bagi membayangkan kesungguhan UMNO menawan Kelantan.

Rakyat Kelantan bukan tuli mendengar hiruk pikul suara deruman motosikal mat-mat rempit yang membawa slogan ’18 tahun pade doh’ itu. Akhirnya, kempen agresif BN Kelantan makan diri, tinggal enam kerusi di DUN Kelantan yang kebanyakannya sebelah hulu.

Kedua, isu kemiskinan di Manek Urai. Shahrizat bercakap seolah-olah penduduk Lembah Pantai kesemuanya memiliki banglo sebesar Khir Toyo miliki tatkala beliau mewakili parlimen tersebut. Lupakah Shahrizat, 2004-2008 UMNO yang bertakhta di Manek Urai. Apakah pembanguan yang dibuat oleh UMNO ketika itu? PAS hanya menawan semula Manek Urai tahun lepas. Ertinya, jika ada kemiskinan tegar di Manek Urai, ia turut menandakan kegagalan UMNO juga. Pada masa itu, kenapa Shahrizat tidak saja bertandang di sini dan titiskanlah air mata suci itu. Atau air mata itu hanya menitis pada musim pilihanraya? Jika demikian, itu bukan air mata yang ikhlas… itu air mata buaya.

Apapun, kepada Datuk Seri Shahrizat, bersabarlah dalam masa enam hari lagi menjelang PRK ini. Selepas ini, Datuk Seri tak perlu menangis lagi di sini……

BERSATU DENGAN ISLAM, BUKAN DENGAN MELAYU




Utusan meroyan melaporkan
[1];

“SHAH ALAM 4 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka”

KOMEN:

Umat Islam khususnya melayu hilang ketuanan bukan kerana berpecah, tetapi kerana hilang identity diri yang sudah mula meninggalkan ajaran Islam.

Sejak Malaysia merdeka, sebarang usaha memahamkan rakyat dengan Islam, seterusnya melaksanakan Islam di abaikan dengan sedemikian rupa. Jika islam dilaksanakan, sudah pasti kekalutan dalam Negara seperti yang berlaku pada hari ini tidak akan berlaku sama sekali. Bahkan, sudah pasti ketika ini kita akan melihat Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang penganut Islamnya bukan sahaja dari kalangan orang melayu, malah sudah menjangkaui orang berbangsa cina dan India, kerana telah melihat keadilan Islam.

Apa yang pasti, keadaan ini tidak berlaku. Yang wujudnya adalah, UMNO dan kebanyakkan mufti menjadi candu untuk mensangsikan rakyat terhadap Islam itu sendiri.

BIMBANG BERPECAH?

Apakah benar mufti bimbang hilangnya ketuanan melayu islam di Malaysia, atau mufti sebenarnya bimbang hilangnya ketuanan UMNO yang semakin hari semakin hilang?? Ekoran itulah, mufti mula berbicara tentang perpecahan umat melayu??

Sewajibnya, mufti berbicara tentang hilangnya pengamalan Islam dalam sistem negara yang diperintah oleh UMNO. ini kerana, dalam Islam, penyatuan hanya berlaku dengan berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Firman Allah;

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

Maksudnya;
”Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah seluruhnya, dan jangan kamu berpecah belah”

(Surah Al-Imran : 103)

Apabila manusia tidak berpegang teguh dengan tali Allah, tidak ada kesatuan atau perpaduan. Perpaduan hendaklah atas asas keadilan sejagat yang merupakan asas ajaran al-Quran dan As-Sunnah.

Dan sesungguhnya, perpecahan pasti akan berlaku. Iaitu perpecahan antara manusia yang mahukan kebenaran dan manusia yang benci kepada kebenaran dan mahukan kesesatan.

UMNO mahukan kesesatan. PAS mahukan kebenaran. Sudah pasti keadaan ini tidak boleh disatukan dan kecampurkan.

Firman Allah;

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
”Jangan kamu pakaikan kebenaran dengan kebatilan dan kamu sembunyikan kebenaran dalam keadaan kamu mengetahuinya”

(Surah Al-Baqarah : 42)

Justeru, mufti perak tidak perlu mengulas soal perpecahan umat melayu setelah tidak berjaya mahu menyatukan PAS – UMNO dengan alasan mahu menubuhkan negara Islam melayu, tetapi yang seharusnya dilakukan oleh mufti adalah, mendesak agar UMNO menukar dasar parti mereka dengan menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, barulah soal perpecahan umat melayu bisa dibicarakan.

Sekian

Wallahu ’Alam
Al-Bakistani

Jumaat, Julai 03, 2009

Kronologi Rumah Sembelih Khinzir diMergong..DAP keluar kerana Babi

Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kroniologinya.......

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94 - Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95 - Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80

11.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001 - Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.

Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09 - dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.

Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.

YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.

MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.


2.6.09 hingga 25.6.09 - YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.

Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.

Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.

Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk.

YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima.

Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang.

Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan.

MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.

Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.

Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan ioleh YAB MB.

Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.

Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.

Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangakan perkara yang sama.

Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.