PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Selasa, Jun 30, 2009

PROGRAM "BERSAMA PEMUDA"

Lujnah Sukan & reakreasi PEMUDA caw. Gelugor dan Telaga papan telah menganjurkan program "BERSAMA PEMUDA".Program ini bermula pada 26hb june 09 hingga 28hb june 09.Dimulai dgn futsal pantai yg mana disertai oleh 16 pasukan,pertandingan ini berlangsung selama 2 mlm berturut2,didlm program ini juga,PEMUDA caw telah menghantar pasukan kepertandingan futsal 24 pasukan ajuran PAS caw panalex bersama Pemuda PAS DUN kemasek pada 27hb june 09.sebanyak 5 pasukan telah dihantar oleh PEMUDA caw. ke pertandingan tersebut.Diikuti dgn majlis penyampaian hadiah kpd pemenang2 futsal pantai dan bbq bersama2 pemuda disekitar UPU Pekan Kerteh pada mlm 28hb june 09.alhamdullilah program2 ini telah berjalan dgn jayanya.Matlamat menganjurkan program2 sebegini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara AJK2 PEMUDA PAS caw dgn pemuda2 disekitar UPU PEKAN KERTEH.program ini juga adalah susulan dari PROGRAM FUTSAL PERSAHABATAN yg berterusan sehingga kini.Program ini dilancarkan oleh Lujnah Sukan & Rekreasi PEMUDA caw. pada 2 bulan yg lepas.insyaallah jika diizinkan program "SUKANEKA KELUARGA UPU PEKAN KERTEH" akan menyusul.

Majlis Penyampaian Hadiah & BBQ







Kg. Gelugor : Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan yang memenangi pertandingan Bolasepak Pantai Tertutup Pemuda Kg. Gelugor telah diadakan di perkarangan Kedai Abang Zek, Muara Sungai Kerteh, Kg. Gelugor pada malam Ahah lepas. Acara dimeriahkan lagi dengan para pemuda bersama - sama menikmati barbeque disamping berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa hamper.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ustaz Haji Mahadi Nawi, Timbalan Pengarah 2 PAS Majlis Tindakan DUN Kemasik dan Saudara Maznan Chik selaku Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik.

Pengarah pertandingan, Saudara Mohd Nazran Mohd Noor berkata sambutan para pemuda terhadap pertandingan futsal pantai ini amat menggalakkan dan jika mendapat bantuan kewangan dari mana - mana pihak beliau akan menjadikan pertandingan ini acara tahunan.

futsal pantai 16 pasukan 26hb june - 27hb june 09












pasukan yg layak kepertandingan akhir futsal pantai..juara bg futsal pantai tahun ini dimenangi oleh pasukan HARIMAU KUMBANG naib juara pula pasukan Ceplos..















aksi2 perlawanan akhir futsal pantai













penganjur kejohanan merangkap AJK pemuda caw. gelugor


futsal 24 pasukan 27hb june 09

perlawanan diantara kg tengah A vs cabang B

kg tengah B vs kg baru A pusingan ke2 dimenangi oleh kg tengah B
gelugor A vs bkt pahang peringkat pusingan ke2 dimenangi oleh gelugor A
tok imam pun boleh main jugak..saper kata tok imam pandai ratib je..hehehe





Bandar Baru Kerteh : Pertandingan Futsal 5 Sebelah anjuran Pemuda PAS Cawangan Penelex/Taman Wan Adnan Kerteh dan Lujnah Sukan Pemuda PAS DUN Kemasik telah dimenangani oleh pasukan Batu Putih FC setelah menewaskan pasukan Kg. Tengah Kerteh FC dalam perlawanan akhir di Samsaba Courts, Bandar Baru Kerteh. Pasukan Rumah Murah A berjaya menduduki tempat ke-3 setelah menewaskan pasukan Rumah Murah B dalam perlawanan penentuan tempat ke3/4 pada petang semalam. Kemenangan ini membolehkan pasukan Batu Putih FC menggondol hadiah wang tunai RM500, Piala Pusingan PAS Cawangan Penelex/Taman Wan Adnan serta Piala Iringan.

Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Saudara Amri Mamat. Pihak Penganjur pertandingan amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh para pemuda dan mematuhi etika berpakain di sepanjang perlawanan berlangsung. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang memenangi pertandingan dan syabas dengan semangat kesukanan menurut islam yang ditunjukkan dan dipatuhi oleh para pemain.

Jumaat, Jun 26, 2009

Hikmah disebalik sujud



Apabila kita sujud pada Illahi terutama semasa mengerjakan solat, ini bermakna kita telah meletakkan Allah di tempatnya selaku tuhan kita dan bermakna benarlah kita sebagai hambanya yang taat melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang. Oleh sebab kasih sayang Allah kepada hambanya sebanyak 99 kali kasih sayang ibu kandung kita maka ia memberikan beberapa hikmah sujud antaranya;

Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud akan :

Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
Melegakan sakit hernia.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
Meringankan bahagian PELVIS.
Memberi dorongan untuk mudah tidur
Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
Mengurangkan kegemukkan (obesity).
Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima tekanan darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTEIOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabbur dapat dikikis.
Wallahualam.

Rabu, Jun 24, 2009

MU!!! UMNO terburai lagi terbarai...

Posted by Addin | 6/24/2009
UMNO berkokok sumbang lagi, kini di Manek Urai pula. Umpan kebendaan dan janji-janji kosong di hamburkan di Manek Urai. Kadang-kadang aku pelik jugak, kenapalah UMNO ni tak serik-serik dan tak reti-reti bahasa lagi. Mungkin jugak otak dan fikiran mereka dah jadi bebal akibat dosa-dosa melawan agama Allah SWT. Kemungkinan besar faktor hampir 99 peratus pengundi di DUN Manek Urai daripada orang Melayu menjadi sebab utama UMNO ingin berkokok dan bergalak semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di DUN Penanti.

UMNO masih menganggap orang Melayu mudah diperbodohkan dengan umpan kebendaan dan projek "mee segera" berbanding kaum lain. Betapa murahannya orang Melayu di kaca mata para pemimpin UMNO. Disebabkan faktor itu juga UMNO nampak mereka ada kelebihan dengan mengumpan banyak kebendaan dan projek "mee segera" bagi menawan hati pengundi Melayu. Menurut daftar pemilih sebelum ini daripada 12,272 pengundi di DUN Manek Urai bilangan pengundi bukan Melayu hanya seramai 88 orang, manakala pengundi pos sebanyak 83 orang.

Di khabarkan juga, Ketua Pemuda Rasuah Malaysia juga akan turut berkokok sumbang dan melalak tak tentu hala kat Manik Urai. Ini merupakan "political advantage" kepada PAS kerana rakyat Kelantan tidak mudah lupa dengan tragedi "pade doh 18 tahun" yang dilancarkan oleh bekas budak tingkat 4 pejabat PM ini. Tragedi ini cukup melukakan hati rakyat Kelantan malah menimbulkan rasa kurang senang pemimpin UMNO sendiri. Sebenarnya UMNO tidak pernah belajar dengan kesilapan yang telah mereka buat selama ini.

Politik dikaitkan dengan intrig dan polemik, masyarakat Kelantan merupakan masyarakat yang gemar berpolitik tanpa mengira musim. Rakyat Kelantan merupakan rakyat paling peka dengan isu-isu semasa berbanding teman-teman mereka di negeri lain. Sementelah pula di Manek Urai yang merupakan kubu kuat PAS sejak 1986. Hanya PRU 2004 PAS tewas tipis kepada UMNO BN. Pada pilihanya kecil kali ini, para pengundi di Manek Urai akan pastikan UMNO terburai dan terbarai dan bersemadi terus disana. Jangan tinggalkan jejak UMNO walaupun sedikit wahai pengundi Manek Urai...

Akankah Diturunkan Allah Seorang PM Rakyat Seperti Ini?







"Saya sangat tertarik dengan keperibadian Ahmadineneejad yang sering digambarkan hidup begitu sederhana. Di bawah ini disertakan tiga keping gambar majlis jamuan negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini (tiga gambar itu diambil dari Cina Islam).

Dalam gambar tersebut Presiden Bolivia Juan Evo Morales kelihatan berkot hitam. Presiden Iran dan tetamunya makan sambil bersila, tiada set perabot makan yang serba mewah, tanpa protokol makan gaya-Barat seperti yang di amalkan di negara ini dan pastinya tidak diadakan di hotel 7 bintang!





Ahmadineejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat presiden yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sangat sederhana.

2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.

.
2

3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Teheran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .

4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universii tempatan hanya sekitair US$ 250.

5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.

6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.

7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden adalah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari Ahmadineejad ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.

3

8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.

9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.

10.Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.


4

11. Ketika waktu solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.


5


12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.


6

13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.

7

Apakah suatu hari nanti Allah akan menurunkan kita seorang Perdana Menteri dan Ketua Negara yang segagah, sesederhana dan sentiasa berpegang teguh kepada perintah Allah seperti Ahmadineejad? Semoga PRU ke-13, ke-14 atau ke-15 nanti rakyat Malaysia dapat menyaksikan seorang PM yang seberani dan sesederhana Ahmadineejad memerintah satu Malaysia.
P/s-Mengapa kebanyakkan peminpin melayu masa kini yang terkenal dengan adat dan budaya islam yang halus lagi lembut tidak memiliki sifat sedemikian?

Ahad, Jun 21, 2009

perjanjian Hudaibiyah = Kerajaan Perpaduan??

kepimpinan Ulama ala Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ternyata kejayaannya. Tapi sedih, ia tidak dicontohi oleh ulama-ulama yang lain.


PERJANJIAN HUDAIBIYYAH – KERAJAAN PERPADUAN??

Seorang kawan dari negeri Pahang telefon. Bertanya pendapatku dengan katanya, kerajaan perpaduan ini adalah sama seperti perjanjian Al-Hudaibiyyah.

Aku menjawab, ”mengapa tak kata, Kerajaan pakatan rakyat itu sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah”.

”betul juga” katanya ringkas.

Sesampai di rumah. Melayari internet, aku membaca ada ulasan yang menyebut, bahawa kerajaan perpaduan ini sama seperti kandungan “piagam madinah”.

Yang lebih mengkelakarkan, ada pihak tertentu mengkiaskan kerajaan perpaduan ini sama seperti pertemuan Musa AS dengan Firaun seperti yang diceritakan oleh Allah dari surah Taha.

Amat pelik cara hujjah itu.

PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

Dalam sirah Nabi SAW, terdapat satu sejarah besar yang dinamakan sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah. Dalam perjanjian tersebut, terdapat sedikit kekacauan di kalangan para sahabat dalam menerima kandungan perjanjian yang dilakukan di antara team Islam dengan team kafir Quraish.

Pertentangan dari kalangan sahabat terhadap kandungan perjanjian itu adalah disebabakn tidak setuju dengan tindakan Nabi SAW yang dilihat agak toleransi dalam menulis surat perjanjian, sehingga sampai satu tahap terpaksa memadamkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”muhammad Rasulullah”.

Apa yang boleh dipelajari dari sirah Nabi SAW ini, kita akan memahami bahawa tujuan Nabi SAW bertindak sedemikian adalah untuk mendapat maslahah yang lebih besar di sebalik perjanjian tersebut, walaupun dilihat dari satu sudut seakan-akan menggadaikan beberapa perkara dalam islam.

Apa yang lebih pasti, walaupun Nabi SAW mengugurkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”Muhammad Rasulullah” ternyata musuh terpedaya dengan tindakan Nabi SAW itu dengan menerima kandungan perjanjian tersebut. Apabila mereka menerima, 10 tahun kemudiannya Islam telah mendapat kemenangan yang gilang gemilang dengan kejadian sejarah fath makkah.

Nyatanya, kandungan perjanjian itu dilihat seperti perangkap yang di pasang oleh Nabi SAW dalam menguasai musuh Islam ketika itu.

Keadaan ini agak berbeda dengan Kerajaan perpaduan. Ini kerana, dengan isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh pimpinan PAS, juga disokong oleh pimpinan PAS yang lain pula, dilihat seakan-akan ”perangkap makan tuan”.

Dalam keadaan mempertahankan kerajaan perpaduan ini, dilihat ahli PAS sudah tidak berpaduan lagi, disamping lebih 60 peratus Non Muslim yang sebelum ini menyokong PAS sudah sangsi dan mula menolak PAS.

Begitujuga, keraguan dari sahabat-sahabat dalam pakatan juga semakin terserlah.

Bermakna, kerajaan perpaduan ini bukanlah mendapat keuntungan untuk kemenangan Islam, tetapi memberi kerugian yang amat besar terhadap kemenangan Islam itu sendiri.

Jika dilihat dalam kerajaan Pakatan Rakyat pula, keuntungan dakwah islamiyyah itu amat terserlah, sepertimana keuntungan dakwah Islamiyyah yang dikecapi dalam perjanjian al-hudaibiyyah.

Masakan tidak, kita dapati ketika Pakatan Rakyat dibina, kepercayaan non Muslim terhadap PAS amat ketara dilihat menerusi sokongan mereka. Begitujuga, sokongan orang melayu terhadap PAS semakin hari semakin terserlah.

Pun begitu, menyedihkan sokongan itu kembali berkurangan disebabkan idea kerajaan perpaduan ini dilontarkan tanpa diadakan perbincangan yang lebih mendalam di kalangan parti PAS, juga dikalangan kawan-kawan dari Pakatan Rakyat.

PIAGAM MADINAH

Jika kita merenung dalam kandungan piagam madinah, kita akan dapati bagaimana konsep pemerintahan Islam yang dilakukan oleh Nabi SAW berjaya menyatukan semua bangsa dan agama dalam sebuah negara.

Ekoran itu, kita dapat melihat bagaimana orang yahudi dan nasrani bisa duduk dalam kerajaan Islam Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. malah, yang lebih membanggakan lagi, apabila kerajaan Islam yang dikepalai oleh Nabi SAW itu mendapat sokongan dan dokongan dari kalangan non Muslim sehingga sampai satu tahap, ada sebilangan non muslim sanggup berjumpa dengan Nabi SAW semata-mata mahu meminta izin untuk memberikan bantuan tenaga dalam mengalahkan musuh-musuh Islam dalam sesuatu peperangan.

Keadaan ini tidak sama dengan kerajaan perpaduan yang diideakan. Ini kerana, dalam piagam Madinah, ketoleransian itu wujud dengan ditabalkan Nabi Muhammad SAW itu sebagai ketua kerajaan, sedangkan keadaan ini tidak berlaku dalam kerajaan perpaduan.

Begitujuga, piagam madinah mengandungi maksud bahawa non muslim bisa duduk dalam kerajaan Islam pimpinan Nabi, dengan sama-sama berusaha hendak membantu Nabi SAW dalam membangunkan kerajaan. semua ini bersebab, kepercayaan mereka terhadap Nabi SAW itu semakin hari semakin bertambah.

Keadaan ini tidka berlaku dalam kerajaan perpaduan. Ini kerana, semenjak idea ini ditimbulkan, kesangsian non muslim terhadap PAS semakin hari semakin ketara. Bukan sekadar kesangsian, malah penolakan secara terang-terangan dari pihak mereka juga amat kelihatan.

NABI MUSA JUMPA FIRAUN

Ada pula pihak tertentu berhujjah dengan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang arahan Allah agar Musa berjumpa dengan Firaun.

Firman Allah;

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya;
“Pergilah kamu berdua (musa dan Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia adalah taghut (melampaui batas) * maka katakanlah kepadanya dengan perkataan yang lembut, mudah-mudahan dia akan ambil peringatan dan bisa menjadi takut”

(Surah Taha : 44)

Perlu diingat, pertemuan Musa dan Harun dengan Firaun, bukannya mahu membina kerajaan, tetapi berjumpa dengan firaun untuk menyampaikan satu hasrat dari Allah bahawa Firaun itu adalah taghut.

PENUTUP

Jika mahu dilihat dari sudut dakwah Islamiyyah, bersama-sama dengan kerajaan pakatan rakyat lebih banyak memberi keuntungan, berbanding melahirkan idea kerajaan perpaduan.

Di kala Non Muslim sudah semakin hari semakin hampir dengan Islam, inilah masanya kita berusaha dengan seagrasifan yang mungkin untuk memahamkan Islam kepada mereka.

Bukan bermakna, dakwah kepada UMNO itu tidak penting, malah ia adalah sesuatu yang penting. Pentingnya itu, bukan dengan bergabung kerajaan dengan “PARTI UMNO”, tetapi cukup sekadar dengan “individu-individu UMNO” sahaja.

Orang tua-tua dulu ada menyebut;

”jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”

Justeru, aku amat menyokong kenyataan tok guru nik abdul aziz dalam akhbar;

“Menteri Besar Kelantan itu turut mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara UMNO dan Pas dengan menyifatkan kerajaan pakatan pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

Pacak satu lagi batu nesan umno dimanek urai


Oleh: WFAUZDIN NS

BIAR betapa hebatnya propaganda Umno dan media kawalan mereka mengatakan Pas terutamanya kini di ambang perpecahan, namun sebagai penyokong setia Pas dan juga PR termasuk Kelab Penyokong Pas harus berani turun membuktikan bahawa propaganda murahan Umno tidak laku di bumi Kelantan ini khususnya di Manek Urai. Memang benar, berlaku sedikit kocakan di dalam Pas dan tempiasnya dirasai oleh rakan-rakan di dalam PR, tetapi sehingga kini kesemua pimpinan Pas dan juga PR telah nekad untuk `menggali' satu lagi `kubur' buat Umno dan `batu nisan'nya telah pun ditempah.

Mahu tidak mahu, Umno terpaksa menggigit jari dan menelan air liur mereka untuk melihat Pas berpecah. Oleh itu, tidak hairan lagi di TV3 khususnya dan Utusan Meloya amnya, begitu hebat `lagu' ciptaan Tuan Guru Presiden Pas bertajuk `Kerajaan Perpaduan Umno-Pas' dimainkan, sedangkan sebenarnya `lagu' berkenaan masih belum dilengkapi dengan `irama dan lagu' hanya sekadar `lirik' yang tercipta, bahkan albumnya pun belum dikeluarkan. Tetapi `lagu' yang tidak siap berkenaan amat diminati oleh Umno kerana `ada udang di sebalik batu'. Dan yang terbaru seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, `lagu Kerajaan Perpaduan' tersebut telah ditarik balik kerana tiadanya `irama dan lagu' yang bersesuaian buat tajuk `lagu' tersebut pada ketika ini. Maka, sumbanglah bunyinya `lagu' tersebut apabila Umno memainkannya.

Setelah beberapa kali Umno di`kapankan' di dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil sebelum ini, sudah pasti Umno tidak mahu lagi menanggung malu. Apatah lagi Umno mengakui bahawa kekuatan Pas dan PR hanyalah bergantung kepada yang bukan Melayu, maka di bumi Kelantan ini Umno terpaksa membuktikannya. Jika Umno tewas, ini bererti semua kaum menolak Umno kecuali mungkin golongan `jin jahat atau hantu-hantu' yang sudah cukup umur untuk mengundi. Pas tidak harus leka dengan kemungkinan bantuan dari `makhluk halus' ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa `makhluk halus' seperti ini wujud semasa pilihanraya.

Gunakanlah peluang ini untuk membuktikan bahawa sebenarnya Umno dan Pas tidak serasi untuk di`tunangkan' apatah lagi untuk di`kahwin'kan. Sekian lama Pas telah cuba untuk berdakwah dengan Umno, tetapi jenis Umno ini tidak akan menerima Pas selagi Pas berjuang atas paksi Islam. Tetapi Pas tidak lama mengambil masa untuk menyedarkan bukan Islam terhadap Islam, apabila beberapa pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR kini telah mula memetik ayat-ayat Al-Quran di dalam ucapan-ucapan mereka. Jelas terbukti bahawa Pas sebenarnya lebih serasi, mudah dan senang untuk menjalankan kerja dakwah mereka bila berada di dalam PR jika dibandingkan bersama dengan Umno. Umno ingin bersatu atas dasar Melayu kerana pada mereka Melayu itu Islam, kuat Melayu maka kuatlah Islam. Prinsip ini sebenarnya sesat lagi menyesatkan. Kekuatan kerajaan Islam di zaman Uthmaniah bukan kerana Uthmaniah itu Melayu, tetapi kerana perjuangannya meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan juga kerana keadilannya terhadap semua rakyat.

Saya berharap tiada larangan buat sesiapa sahaja untuk menabur bakti di Manek Urai asalkan tujuannya satu iaitu untuk `mengapan'kan Umno. Kesemua peringkat pimpinan haruslah dibenarkan datang ke Manek Urai kerana di sana nanti kita akan dapat melihat dengan lebih jelas dan nyata siapakah yang ikhlas berjuang untuk Pas dan siapakah yang datang untuk membawa `cincin pertunangan untuk melamar Umno'. Tetapi saya percaya, setelah berbagai pendapat dan kritikan telah dibuat termasuk nasihat dan teguran dari Mursyidul Am, pemimpin-pemimpin Pas yang akan datang ke Manek Urai akan datang dengan semangat yang lebih kuat dan jitu. Biarkan mereka datang untuk mensucikan `dosa-dosa' mereka terhadap parti yang kita sayangi ini.

Bila menteri cap ayam bersuara


Muhyiddin Yassin,yang juga timbalan menteri perdana malaysia berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

tu la,kalau dah bangang,memang akan bengang dulu kini dan selamanya..memang bukan hak gua nak kata dia tu masuk syurga dia tu masuk neraka,cuma ucapan lawak muhyidin memang tahap kritikal.

umNo pada dasar pun dah bertentangan dengan islam,united MALAY nasional organisation.bunyi dah perkataan yang melambangkan perkara yang tidak diajar islam iaitu perkauman.umNo ni dasarnya assobiyah,islam larang assobiyah,camne nak masuk syurga.

islam juga melarang umatnya mengamalkan rasuah,umNo ni dah terang terangan parti rasuah,tak caye tanyalah khairy..nak masuk syurga camne.

umNo dulu roboh rumah Allah,camne nak masuk syurga Allah.

umNo juga selalu anjurkan pesta pesta maksiat,nak masuk syurga camne,gambar di atas tu buktinya..

banyak perkara yang dilakukan umNo ni bertentangan dengan islam bahkan ada dalam katogeri melawan islam,cmane nak masuk syurga..

gua tak kata kalau undi pas masuk syurga,itu kerja Allah,cuma cuba bandingkan antara dua.mana yang lebih dekat dengan islam....korang fikir la sendiri.

Futsal persahabatan

seperti kebiasaan,lujnah sukan dan reakreasi caw.telah mengadakan program futsal.setelah lebih 2 bulan program ini dilancarkan,program ini mendapat sambutan yg mengalakkan dari pemuda2 sasaran.program ini diadakan 2 kali seminggu,iaitu pd hari rabu mlm khamis dan sabtu mlm ahad..program mlm tadi melibatkan lebih 20 org pemuda2 sasaran disekitar kg gelugor,kg tengah dan kg telaga papan.perlawanan mlm td dimenangi oleh team ajk pemuda caw.tetapi keputusan itu tidaklah penting.apa yg penting disini adalah sasaran dan matlamat kami utk mendekati pemuda2 disekitar tercapai.gambar2 tidak dapat dilampirkan disbbkan jurukamera terlupa hendak membawa kamera keprogram tersebut.insyaallah kami dari lujnah sukan dan reakreasi akan menganjurkan satu program yg diberi nama "BERSAMA PEMUDA".program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 26hb june 09 sehingga 28hb june 09.program2 yg dirancangkan adalah futsal pantai 16 pasukan,futsal padang 24 pasukan dan diakhiri dgn program BBQ.insyaallah..

Khamis, Jun 18, 2009

Ust.Ahmad Awang enggan dedah siapa....

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang enggan mendedahkan nama pengkhianat mandat rakyat yang menghasut beliau supaya merelakan PAS membentuk kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

"Hanya beberapa orang pemimpin lain dan saya sendiri yang tahu siapa beliau," kata beliau yang hanya tersenyum apabila didesak oleh wartawan yang mahu tahu adakah si celaka penagih Umno itu dari kalangan mereka yang terpilih sebagai pemimpin PAS baru-baru ini.

Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

Beliau juga memberitahu, jalang politik barua Umno itu menghubungi beliau sehari atau dua hari selepas PAS Perak mengumumkan ia akan membentuk kerajaan bersama-sama DAP dan PKR.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga memberitahu pemberita bahawa Mufti Perak menjadi barua Umno untuk memujuk PAS supaya membentuk kerajaan bersama-sama parti peneraju Barisan Nasional (BN) itu di Perak.

Menurut Ustaz Ahmad, Mufti Perak itu juga cuba memperdayakannya supaya mempersetujui pembentukan kerajaan apabila beliau menipu Ustaz Ahmad kononnya Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersetujui pembentukan kerajaan dengan Umno itu.

Tetapi, Ustaz Ahmad yang lebih mengenali Mursyidul Am PAS berbanding mufti pembohong itu menyatakan beliau tahu bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mungkin bersetuju dengan pembentukan kerajaan sedemikian.

(Nota penting, perkataan-perkataan "pengkhianat mandat rakyat", "si celaka penagih Umno", "jalang politik" dan "barua" adalah perkataan saya sendiri dan tidak pernah diucapkan oleh Ustaz Ahmad. Saya juga akan berusaha mencari identiti sebenar jalang politik barua Umno itu dan mendedahkan namanya dalam blog ini)

Kerajaan Perpaduan blh menghancurkan PAS dan PR



Tak abih2 lagi lagi dengan citer Kerajaan Perpaduan. Betui kata TGNA. Kalo udah gatai dan tak dan2 nak jadi menteri, baik keluar jer dari PAS. UMNO Cheras siap offer lagi. Apa lagi yang ditunggu, keluar ler. Buat aper lagi duduk tercogok dalam PAS. Baikler berambus. Baikler jadi ustaz UMNO.

Sebenornye teman baru jer chek nama teman dalam PAS. Memang teman ahli PAS. Teman ahli tiga parti. Ahli UMNO, PAS dan PKR. Teman tak tahu macam mana tetiba teman jadi ahli UMNO. Lantaknye ler. Teman memang isi borang PAS tetapi tak tahu di mana ditala di deme akan teman ni. Oleh kerana PAS tak serius nak terima teman, temanpun isi borang PKR.

Tapi teman pelikler dengan PAS. Adaker ditalanye teman ke cawangan yang jauh daripada alamat teman. Lainler kalo tempat teman ni takde cawangan PAS. Udahler ditalanye entah kemana, tak berkhabor pulak tu. Setelah lebih 10 tahun, baruler teman tahu yang teman ni ahli PAS di cawangan..… Itupun sebab teman mencari. Kalo idak, sampai ke sudah teman tak tahu akan status keahlian teman.

Oleh kerana teman juga adalah ahli PAS, maka teman berhak menulis pasai PAS. Kepada pemimpin PAS yang nombor satu dan nombor dua serta SUnya, teman nak bagitahu yang mulut kome tu telah menyusahkan ahli PAS macam teman ni. Yang nak beradap dan berkempen face to face dengan pengundi, adalah orang macam teman ni. Kome tu tahu ceramah jer. Kome tu tahu nak jadi calon jer. Abih ceramah, kome balik. Yang kulu kelo ke darat ke baroh berkawan dengan pengundi, orang macam teman ini ler. Masa, tenaga dan duit yang abih usah citer ler.

Sebab itu teman katakan tadi yang kome ni bukan nyenangkan ahli PAS, tapi menyusahkan. Takkan kome tak tahu yang PAS udah elok pakatnya dengan PKR dan DAP . DAPpun udah mula boleh baca dan paham al-quran. Lim Guan Eng pun selalu nyebut nak tiru pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pasai si Karpal Singh tu, lantaknyer ler. Dalam tempoh DAP udah mula berjinak dan cuba memahami PAS, tetiba kome pulak buat hal nak berkawan dengan UMNO. Pelik teman. PAS yang mengEsakan Allah tetiba nak percaya dengan UMNO yang lebih percayakan bomoh daripada Allah.

TGNA memang ada buat silap. Silap kerana mempertaruhkan Ibrahim Ali di Pasir Mas. DSAI juga selalu buat silap. Silap kerana percayakan Saiful. Silap kerana terlalu yakin akan 916. Silap kerana melantik Hj Othman mengemudi PKR Perak. Begitu juga dengan Karpal Singh yang buat silap pertikaikan hudud. Tetapi silap deme takdeler sampai nyusahkan parti. Parti masih kukuh. Sokongan masih bertambah.

Tetapi silap TGHA dan kumpulannya boleh menghancurkan PAS dan PR. UMNOpun tahu yang UMNO tidak lagi boleh bertahan pada PRU13. Walaupun pengundi Melayu kampung masih bersama UMNO, jumlah pengundi Melayu yang mengundi UMNO semakin berkurangan. Sokongan bukan Melayu kepada PR pula telah bertambah dengan begitu ketara. Beberapa siri PRK termasuk PRK Bukit Gantang adalah buktinya. Dengan kata lain peluang PR memerintah Malaysia pada PRU13 lebih cerah berbanding UMNO. Sebab itulah UMNO memuji UG Presiden PAS. Najib kata PAS ikhlas. Kome ingat senangker UMNO nak muji PAS kalo takde udang di sebalik mee.

Tadi si SU PAS dengan bangganya mengatakan bahawa perbincangan dengan UMNO mesti melibatkan PKR dan DAP. Kenapa hari ni baru nak konar macam tu. Sebelum ni gah bebenor dengan UG. Siap dengan dalil lagi. Allah suruh kita berdamai. Jangan bergaduh. Berdamailer dengan UMNO. Tak payahler ungkit2 lagi pasai Altantuya. Tak payahler ungkit2 lagi pasai bomoh. Kata UMNO, bimbingler UMNO ke jalan yang benar.

Sepatutnya pimpinan utama PAS bantu MB Nizar di Perak. Sepatutnya PAS bersama PKR dan DAP memikirkan beberapa langkah proaktif ke arah memahamkan rakyat kampung tentang isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi PAS tetap dengan ceramah risalah, ceramah risalah, ceramah risalah tanda tangan. Takdeker mende lain yang lebih berpekdah dan berkesan yang kome boleh buat. Buatler Futsal Piala Nizar atau Speaker. Buatler Kuiz Merampas Perak peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan. Hakim2 peringkat negeri dan kebangsaan mesti terdiri daripada ADUN PR. Ate ngape, payah bebenorker nak buat yang lain selain daripada ceramah?

Pemimpin2 utama PAS hari ni seolah2 udah jadi seperti perumpamaan, Gajah depan mata yang begitu besor tak berapa nampak, tapi hama yang nun jauh di Putrajaya nampak bebenor.

Program ziarah muslimat caw.




Program ziarah dan sumbangan diteruskan,kali ini lawatan dr muslimat caw.ke rumah ibu2 tunggal.didlm lawatan tersebut pelbagai rintihan telah diluahkan kpd kami.khususnya Pn.Sabariah Mohd yg terpaksa menjaga anak saudaranya yg sakit mental ini.Semasa dilahirkan anak saudaranya yg bernama Zulkeffli ini sihat dan kecacatan yg sedikit dimulutnya(sumbing),hanya selepas umur 20thn,dia membuat pembedahan mulutnya yang sumbing itu,ditakdirkan allah dia mula selalu tidak sihat tubuh badan,sedikit demi sedikit perubahan terdapat pada dirinya,sehinggalah mentalnya menunjukkan perubahan yg mendadak.sehinggalah keadaannya jd begini.semasa sihat,beliau selalu berjemaah disurau.tiada apa yg dapat kami bantu selain doa dr kami agar saudara Zulkeffli sembuh seperti sediakala.

UMNO Cheras sedia terima Ust Nasha?

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG telah diduga. Umno akan sentiasa menunggu umpan dikailnya di makan. Walaupun kenyataan Mursyidul Am Pas yang mahukan Ustaz Nasha keluar dari Pas serta dari MP Bachok SEKIRANYA Ustaz Nasha ingin bersama Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah satu kenyataan berunsur AMARAN dari seorang Mursyidul Am, tetapi Syed Ali Al-Habshee Ketua Umno Bahaian Cheras telah mula merasa seronok. Apakah Ustaz Nasha berselera dengan Umno? Itu kita belum tahu, cuma kita inginkan satu penjelasan muktamad dari Ustaz Nasha bahawa tiada Kerajaan Perpaduan.

Ketua Umno Bahagian Cheras di dalam blognya berkata Umno bahagian itu sedia menerima Ustaz Nasha menjadi ahli Umno. Isu Kerajaan Perpaduan kini berada di kemuncaknya dan Mursyidul Am Pas telah mula lantang mengeluarkan pendapatnya selaku Mursyidul Am. Apakah MB Kelantan ini tidak suka kepada perpaduan umat? Sudah tentu tidak, kerana di bawah pentadbirannya di Kelantan, usaha untuk menyatupadukan rakyat tidak mengira bangsa, ugama dan parti giat dijalankan. Hasilnya, Pas semakin kuat di Kelantan dan semua rakyat di Kelantan hidup dengan aman dan makmur. Ini membawa maksud, tanpa Umno penyatuan Melayu boleh dicapai. Tanpa Umno juga, Islam boleh dikembangkan.

Sejarah lampau banyak mengajar Pas tentang perpaduan bersama Umno. Pas pernah ditendang keluar dari Umno, dan Pas juga pernah `diceraikan' oleh rakannya Parti Melayu Semangat 46 apabila parti tersebut menyertai Umno. Bahkan, pemimpin Kanan Pas sendiri Ustaz Nakhaie menyertai Umno. Apakah kesemuanya itu boleh menyatupadukan umat? Perpaduan hakiki hanya boleh dicapai melalui ajaran Al-Quran, apakah Umno bersedia untuk menerima Al-Quran sebagai panduan untuk merealisasikan perpaduan ini? Timbul persoalan, mengapa Pas sanggup bersama dengan PKR dan DAP di dalam PR?

Persepakatan Pas dengan PKR dan DAP juga bukan persepakatan mutlak. Persefahaman di dalam PR juga mempunyai syarat-syarat tertentu yang di antaranya semua parti di dalam gabungan tersebut mestilah sentiasa menghormati prinsip dan dasar parti masing-masing. Jangan ada penentangan terhadap dasar parti oleh parti yang lain. Tumpuan ketiga-tiga parti di dalam PR ini juga adalah terarah kepada perkara yang perlu diperjuangkan bersama seperti menolak amalan rasuah, kezaliman, kebebasan media, kehakiman, kedaulatan undang-undang dan beberapa perkara yang semakin rosak di bawah kerajaan Umno/Bn sekarang. Tidak masuk di akal oleh kita, bagaimana mungkin Pas boleh memperjuangkan semua isu ini sekiranya Umno dijadikan rakan sepakat mereka. Lihatlah siapa pemimpin Umno sekarang di semua peringkat. Lihatlah betapa Umno masih segan atau tidak mampu memisahkan perasuah dari kepimpinan mereka. Apakah jika Pas bersama dan berpakat dengan Umno, maka Pas berupaya mengatasi masalah-masalah tersebut? Bagaimana dengan isu di Perak, bagaimana pula tentang jenayah yang berlaku terhadap Altantuya? Dan, banyak lagi.

Oleh yang demikian, pada pendapat saya Mursyidul Am Pas telah mengeluarkan kenyataan yang amat tepat, bijak dan berpandukan kepada sejarah silam serta keadaan semasa. Betapa sayangnya beliau kepada Ustaz Nasha sekalipun sudah tentu tidak dapat melebihi cinta, kasih dan sayangnya Mursyidul Am ini kepada Pas. Apakah Mursyidul Am mempunyai kepentingan peribadi apabila menentang Kerajaan Perpaduan ini? Tidak masuk akal, kerana beliau tidak akan bermimpi untuk menjadi PM dalam waktu usia sekarang tambahan pula keadaan kesihatannya. Sedangkan jawatan MB Kelantan yang dipegangnya beberapa penggal ini pun sudah mula dirasakannya perlu dilepaskan. Beliau tiada hasrat dan cita-cita lain melainkan inginkan Pas menjadi satu parti yang akan menggantikan Umno memerintah negara ini walaupun pada ketika itu mungkin beliau telah kembali ke alam yang lain.

Selaku seorang ayah, apabila anak tidak mendengar kata setelah diberikan teguran secara baik, dijerkah, akhirnya ayah terpaksa menggunakan rotan untuk mendidik anak kesayangannya. Bagi saya, Ustaz Nasha adalah anak kesayangan Mursyidul Am kerana itulah beliau sanggup mengenepikan beberapa calon anak jati Kelantan yang layak di Bachok dan merestui Ustaz Nasha sebagai MP Bachok. Pengorbanan seorang ayah dan kasih sayangnya perlulah disanjungi oleh seorang anak. Tiada ayah yang sanggup melihat anaknya terbiar dan tersesat jauh dipengaruhi oleh dunia luar yang terlalu banyak bahaya, mudharat dan risikonya.

Rabu, Jun 17, 2009

Gazza dihatiku

Adakah Gaza masih dalam ingatan kita atau sedikit demi sedikit kita lupakan? Masih teruskah boikot anti produk Israel dan sekutunya? Sebagai refresh saya mendapat artikel yang menarik mengenai peperangan Gaza-Israel lalu.

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut

keajaiban Gaza
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.

Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Selasa, Jun 16, 2009

Futsal persahabatan


Perlawanan futsal yg diadakan di masterscaf paka pada 13hb 6 baru2 ini menemukan pasukan senior dan junior yang mana berkesudahan dgn kemenangan dipihak junior dgn kelebihan jaringan yg agak tipis...

Isnin, Jun 15, 2009

Makkah dan Madinah akan datang

Kerajaan Arab Saudi bercadang untuk memajukan kawasan Masjidil Haram –tempat Ka’bah berada di dalamnya– dan Masjid Nabawi di Madinah sehingga akan menjadi bangunan termegah di dunia. Memang seharusnya, kerana puluhan juta umat Islam dari seluruh dunia tertumpu tempat suci itu setiap tahun, sampai kiamat untuk menyempurnakan ibadah rukun Islamnya. Benar-benar projek mega raksasa yang sangat sangat sangat mengagumkan sekali. Malah lebih hebat dari Projek Koridor yang dicadangkan oleh kerajaan Be End!!! Inilah foto-fotonya. Jangan lupa memuji Allah dan Rasul-Nya!!

image0015

Tiga tahun ke depan, Makkah Al-Mukarramah akan menjadi begini!!

a

image0026

Proyek perumahan (penginapan) raksasa akan dimulai memutari Masjidil Haram. Dan hasilnya akan seperti ini setelah 12 tahun!! Titik kecil di tengah-tengah lingkaran adalah Ka’bah.

a

image0036

Gedung Tertinggi ke-2 di dunia akan dibangun di Jeddah. Dan, kareta api listrik akan dimulai tahun depan dari Masjidil Haram ke Mina, dari Mina ke Mudzalifah, dari Mudazalifah ke Arafah.

a

image0044

Rumah Allah, Ka’bah, akan tertutup oleh empat payung raksasa. Ratusan ribu jama’ah haji yang sedang melaksanakan ibadah akan merasakan teduh dari sengatan panas sinar matahari!! Allahu Akbar!!

a

image0086

Dan, lingkungan Masjid Nabawi di Madinah akan seperti ini setelah empat tahun ke depan!! Kotak kecil di tengah lingkaran adalah Masjid Nabawi sekarang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Program Khairat Kematian

Atas keperihatinan kami kpd masyarakat setempat,Ajk2 PAS caw. Gelugor telah mengambil satu langkah menganjurkan program Khairat Kematian,program ini ditubuhkan pada awal Jan 09.Program ini diletakkan dibawah Lujnah Kebajikan Caw. seramai 119 ahli telah dapat dikumpul.Pakej yg ditawarkan adalah seperti berikut 1-setiap kematian suami atau isteri akan mendapat sumbangan sebanyak RM800.00, 2-setiap kematian yg melibatkan anak2 ahli yg berumur 17thn kebawah akan mendapat sumbangan sebanyak RM500.00 termasuk anak2 ahli yg berumur 23thn kebawah jika masih menuntut di IPT, 3-jika kematian melibatkan satu keluarga akan mendapat sumbangan sebanyak RM3200.00,yuran keahlian sebanyak RM5.00 sebulan dikenakan pada setiap ahli.program ini bertujuan utk PAS caw Gelugor berbakti kpd masyarakat setempat,diharap dengan program ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara ahli2 Badan khairat dgn Ajk2 caw.Insyaallah

Sabtu, Jun 13, 2009

Jadual kuliah surau darul taqwa

  • HARI
  • BIDANG
  • KITAB
  • PENGAJAR
  • AHAD
  • FEQAH
  • SIYARUSSALIKIN
  • UST.ZULKIMAN ZAKARIA
  • ISNIN



  • SELASA
  • TAFSIR
  • TAFSIR AR-RAHMAN
  • UST.SUBLEE SHAMSUDDIN
  • minggu pertama

  • AL-AZKAR
  • UST.SYEIKH HANAFI ABD AZIZ
  • RABU
  • HADIS
  • MUQADIMAH HADIS
  • UST.MOHD YUSSOF
  • KHAMIS
  • AQIDAH
  • AQIDAH MUSLIM
  • UST.ALIAS ABD HAMID
  • JUMAAT
  • TASAUF
  • MINHAJUL ABIDIN
  • UST.HASSAN MAT ZIN
  • SABTU



Ahli Badan Khairat Kematian

AHLI BADAN KEBAJIKAN & KHAIRAT KEMATIAN 2009
SURAU DARUL TAQWA KG.GELUGOR KERTIH





BIL NAMA AHLI NO AHLI CATATAN NO TEL
1 HJ. MOHD B. ALI 0001
017-9842979
2 WAN MAZULKI B.WAN JUSOH 0002
019-9644665
3 M.HASYIM KOO B. ABDULLAH 0003
013-9132752
4 ALIAS B. OTHMAN 0004
012-9338874
5 M.NAZRI B. M.NOR 0005
017-9761305
6 MOHD NAJIB B. AHMAD 0006

7 SY. KHAIRI AMIER 0007
012-2367801
8 HAMDAN B. MAMAT 0008
019-9635780
9 HJ.MAAROF B. MAT RASHID 0009
019-9153522
10 MAZIDI B. ABD RASHID 0010
019-9348886
11 HJ.MOHAMED B. SALLEH 0011
012-9212976
12 AMLA B. SALIM 0012
09-8262520
13 ABD RASHID B. MUDA 0013
019-9348886
14 MD.AMIN B. ALI 0014
012-9282415
15 MOHD TISHAAH B. HAMZAH 0015
019-9348062
16 MAZNAN B. CHE CHIK 0016
019-9577071
17 HAMZAH B. AWANG 0017
019-9348062
18 IZUDDIN B. ENDUT 0018
012-9007091
19 ABDULLAH B. MOHD 0019
017-9555163
20 KHAZIMAH BT. SALLEH 0020

21 HJ. SHAMSUDDIN B. KARIM 0021
019-9903861
22 IBRAHIM B. SALLEH 0022
09-8264797
23 HJ.MOHAMMAD IBRAHIM 0023
09-8264286
24 ABD RANI B. MOHAMMAD 0024
019-2080851
25 MOHD NAZRAN B M.NOR 0025
019-9539242
26 MARIAM BT ABD RAHMAN 0026
09-8263259
27 AISHAH BT OTHMAN 0027
09-8263259
28 LIJAH BT MUSA 0028

29 LIJAH BT IBRAHIM 0029

30 ABDULLAH B.SALLEH 0030
019-9970149
31 MAZALAN B. SENAN 0031
013-9815555
32 IDRIS B. ASID 0032
014-5397605
33 DUTA B. HAMZAH 0033
019-9591050
34 ZAKARIA B. AWANG 0034
013-9905910
35 ZAMLI B. MUHD YUSOFF 0035
013-9122264
36 ABU BAKAR B. NGAH 0036
019-9350553
37 RAZALI B. IBRAHIM 0037
017-9220513
38 MOHAMED AWANG 0038
019-9152078
39 OMAR B. TAWANG 0039
09-8262267
40 WOOK IBRAHIM 0040

41 SALIM B. AMAT 0041
019-9154375
42 WAHAB B. MOHD 0042
019-9297099
43 JAAFAR B. MAHMUD 0043
013-9810486
44 SABARIAH BT MOHAMAD 0044
09-8263259
45 AD ASMERA B. ABU BAKAR 0045
013-9244846
46 ABD MARHALIM B. MOHD ALI 0046
019-9132461
47 RUSLI B. MOHAMED 0047
019-9848778
48 MUHAMMAD HAFIZ HASSAN 0048
019-9570917
49 SEMEK@AINAH 0049
09-8262269
50 NORLELA BT. MUHAMAD 0050
012-9551952
51 NORDIN B. MUHAMAD 0051
019-9759792
52 WAHID@AWANG HID SALLEH 0052
019-9163488
53 RAMLAH BT. MUDA 0053
019-2080851
54 MARIAM @ SIAH BT. IBRAHIM 0054
014-5107975
55 HASNAH BT KAMSAH 0055
017-9842979
56 SALEEM PATTANI ALI KUTTY 0056
019-2206595
57 ROSLAN B. AWANG 0057
019-9930100
58 RAMZAN B. IBRAHIM 0058
013-9122252
59 MOHD NORARIZAM 0059
014-8076398
60 MOHD NAZZARUDIN 0060
013-2344241
61 SIDIK B.AWANG 0061
09-8262269
62 WAN MOHD DOM 0062
019-9538711
63 HARUN B. JUSOH 0063
019-9483215
64 AZHARI B. HASAN 0064
013-9237136
65 MUSA B. MUDA 0065
019-9889377
66 SAIFUL AZMI 0066
013-9817881
67 ZAKARIA B. MAMAT 0067
013-9591761
68 OTHMAN B. YAHYA 0068
014-8304837
69 ABD. HAFIZ FIRDAUS B. JUSOH 0069
013-9506307
70 YA B. SULAIMAN 0070
019-9123971
71 SYED SHAHRUL AZUAN 0071
012-2646063
72 HARISMAN MUHD TAJUDDIN 0072
012-9522004
73 SYED RADZUAN SYED MOHD 0073
013-6895869
74 SAMION B. ABD WAHID 0074
019-9498463
75 HARUN B. JUSOH 0075
012-9830816
76 AMIRUDDIN B. ABD HALIM 0076
019-9831802
77 AHMAT SHAHABANI WAHAB 0077
019-9528840
78 AHMAT SAARI WAHAB 0078
09-8263906
79 MAZLAN B. AHMAD 0079
019-9770710
80 AWA BT. MOHAMAD 0080
013-9244846
81 AWALLUDIN AHMAD 0081
012-5550175
82 MOHD ZULKIFLI MD.YUSOF 0082
019-9964668
83 MAT ZUKI B.ISMAIL 0083
019-9839522
84 ISMAIL B. MAMAT 0084
013-2344241
85 CHE KU ZAINAB 0085
013-9591761
86 IBRAHIM B. ALI 0086
019-9931456
87 MOHD NAZLI MOHD ALI 0087
013-9387216
88 ALWI B. MUSA 0088
014-8263167
89 MOHD RIDUAN B. MOHD 0089
012-9663653
90 ROSMAN MAJID 0090
019-9150786
91 WAN MOHD SHAFRIZAL 0091
019-9850920
92 HAWA BT MAT DALING 0092
019-9848778
93 LIMAH BT MERAH 0093
09-8264797
94 FATIMAH BT MAIDIN 0094
09-8261001
95 MUHD NURHALIM MAZALAN 0095
09-8261589
96 ROSLAN B. ENDUT 0096
013-9215593
97 MOHD ZANI B. DAUD 0097
013-9015546
98 TG. AHMAD ANUAR 0098
019-9200104
99 WAN MOHD ZAMZAM 0099
019-9519961
100 CHE ENGKU RAZALI 0100
019-9982137
101 MOHD ZAINAL ABIDDIN 0101
019-9866676
102 RAZALI ISMAIL 0102
019-9216521
103 RAZALI JUSOH 0103
019-9730695
104 W.ABDULLAH B. W.AB BAKAR 0104
019-9330359
105 UST SABLIE SHAMSUDDIN 0105
019-9840966
106 ROSLAN B. AHMAD 0106
09-8265285
107 ZULKIFLI ABD SAMAD 0107
019-9825117
108 ALPATIHAH B. NAWAWI 0108
013-9221867
109 ABD. RAHMAN B. DAUD 0109
019-9507987
110 ALIAS B. ABDULLAH 0110
017-9327783
111 ZIMAH BT. MAHMUD 0111
09-8262269
112 MOHAMAD B. SALLEH 0112
013-9148803
113 MOHD SUFFIAN B. MOHD 0113
012-9856261
114 AHMAD NADZIR B. HASSAN 0114
014-5458018
115 GAYAH BT. YUSOF 0115
013-9423492
116 ZULKIFLI B. EMBONG 0116
019-9093973
117 SHUKRI B. AWANG 0117
013-9212861
118 JEMALAH BT. MOHAMAD 0118
017-9296840
119 AWANG B. MUDA 0119
019-99507987