PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Ahad, Ogos 30, 2009

Usrah pemuda cwg & majlis berbuka

usrah mingguan pemuda caw pd minggu ini disertai dgn berbuka puasa.sempena dibulan ramadhan ini juga usrah mingguan pemuda telah diubah pada hari jumaat jam 6ptg..seramai 14org ajk dr 17 org ajk yg dapat menghadirkan diri..Usrah kali ini lebih berkisar kepada perbincangan TAFSIR SURAH AL-MUJAADALAH ayat 9 hingga 13 berkenaan dgn adab2 didlm majlis2,pemberian sedekah kpd nabi s.a.w..naqib usrah Ust Sublie telah menghuraikan dgn panjang lebar berkenaan dgn perlunya sesorg itu memberi penekanan tentang adab2 ketika berada didlm majlis2 ilmu serta adab2 ketika bermesyuarat dan sedikit berkenaan sedekah sempena dibulan ramadhan al-mubarak.selepas dari program usrah ini,ajk2 berbuka puasa bersama2 kemudian disertai dgn solat tarawih bersama2 Timb. Pesuruhjaya Pas Negeri Ust Abu Bakar Chik..

Khamis, Ogos 27, 2009

Bom jangka Terengganu hampir meletup?

"

Assalamualaikum,,..

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,

Ekoran kegemparan ADUN Kemasik dan beberapa orang kuat Mat Said ditangkap oleh SPRM baru baru ini, timbul spekulasi baru yang mungkin dihadapi oleh kerajaan Terengganu.Yang pasti usaha Mat derih untuk menyingkirkan Mat Said sebagai MB sebelum 13/8/09 tidak berjaya dan keadaan semakin tidak menentu di kalangan ADUN BN.


Mungkinkah Mat Said akan jatuh?Sudah dua percubaan Mat Derih tidak berjaya dan hari ini dilapurkan bahawa undi tidak percaya sudah dihantar kepada speaker dewan(yang belum disahkan) namun sebelum ini ada juga khabar angin yang mengatakan Mat Derih akan menyertai PAS dan ada juga berita yang menyebut Mat Derih bersama ADUN yang menyokongnya akan keluar BN untuk membentuk kerajaan campuran bersama PAS.Tetapi sehingga hari ini satupun belum terjadi.Inilah Bom jangka yang sedang berada di tengah tengah politik Terengganu yang akan meletup bila bila masa.Satu yang pasti, Mat Said hanya boleh dinyahkan dari jawatannya melalui undi tidak percaya di DUN.Ketika ADUN kemasik ditangkap SPRM dulu,ada cerita yang menarik didengar dari penganalisa tidak rasmi politik Terengganu yang menjangkakan DUN akan dibubarkan tidak lama lagi.Berita terbaru yang tersebar yang mengatakan undi tidak percaya sudah dihantar kepada speaker mungkin membenarkan ramalan penganalisa tidak rasmi ini.

Mat Derih mungkin sudah putus harap untuk menyingkirkan Mat Said ala penyingkiran kerajaan PR Perak kerana Sultan tidak mahu bersengkongkol dengan konspirasinya.Oleh itu satu satu jalan yang ada ialah undi tidak percaya kepada MB tetapi Mat Said tidak mudah menyerah kalah.Kalau benar undi tidak percaya ditujukan kepadanya, kemungkinan besar beliau akan mengadap sultan untuk membubarkan dewan dan dijangkan sultan akan memperkenankan pembubaran ini.Kalau ramalan ini menjadi kenyataan maka DUN Terengganu akan mengadakan pilihanraya semula.

Tetapi semuanya masih belum dapat dipastikan lagi walaupun ramai yang yakin pilihanraya semula bakal berlaku di Terengganu seperti mana di Perak.Di pihak PAS dan PR Terengganu, persedian harus dibuat bagi menghadapi kemungkinan ini.

Kes seks: MCA pecat Dr Chua

Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.

Tokoh yang dianggap pencabar utama Ong, Dr Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.

Kata Dr Chua lagi, Majlis Presiden selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas pemecatannya.

Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Dr Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."

Awal bulan ini, jawatankuasa itu menyiasat aduan bahawa Dr Chua telah mencemarkan imej parti selepas muncul dalam satu DVD yang menunjukkan beliau adakan hubungan seks dengan seorang wanita.

Pengadu tersebut Eng Cheng Guan, yang juga pengerusi MCA bahagian Simpang Renggam, mendakwa insiden itu mencemarkan reputasi parti kedua terbesar dalam komponen BN itu.

Eng bagaimanapun menarik balik aduannya tetapi jawatankuasa disiplin meneruskan siasatan terhadap Dr Chua.

Mesyuarat malam ini difahamkan diadakan secara tergesa-gesa, manakala akhbar Sin Chew Daily melaporkan Dr Chua hanya dimaklumkan mengenainya pada kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Penghujung 2007, DVD yang dirakam secara rahsia yang menunjukkan babak-babak seks Dr Chua dengan teman wanitanya diedarkan di beberapa tempat di Johor.

Susulan itu, awal 2008, Dr Chua mengejutkan negara dengan mengaku berterus terang bahawa beliaulah lelaki dalam DVD itu dan mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan parti.

Kedudukan Liga Futsal mggu ke4




Nama pasukan

P

M

S

K

G

B

MATA

Boca Junior

8

7

0

1

38

14

21

Liverpool

8

5

0

3

34

24

15

Newcastle United

8

5

0

3

33

22

15

Valencia

8

3

1

5

22

26

10

Sunderland

8

2

0

6

20

39

6

Real Sociedad

8

1

1

6

17

41

4


Keputusan Perlawanan minggu ke4

1-LIV vs SUN 6-4

2-SCD vs BOC 2-4

3-NEW vs VAL 7-2

4-LIV vs BOC 2-3

5-SUN vs VAL 7-5

6-SCD vs NEW 2-5


Program Kebajikan "pemuda bersamamu"



Program sumbangan kepada golongan2 miskin disekitar kg.gelugor diteruskan seperti biasa.pada kali ini 2 org telah diberi sumbangan berupa barang2 keperluan asas dapur.penerima sumbangan 1-En.wahid b.awang@hid yg bekerja sbg pengawal keselamatan disalah sebuah syarikat dibandar baru kerteh.beliau juga merupakan seorg bilal disurau gelugor.isteri beliau telah terkena penyakit angin ahmar dan mempunyai 5org anak.Penerima ke2 sdr Ya b sulaiman yg bekerja sbg penjual kuih,sumbangan disampaikan oleh sdr Eddy Asmera Abu Bakar (ketua lajnah kebajikan & kemasyarakatan) pemuda caw.setakat ini seramai 40 keluarga yg telah terlibat dlm program sumbangan ini.program2 sebegini insyaallah akan diteruskan pada minggu2 yg mendatang.

Selasa, Ogos 25, 2009

KEPUTUSAN TERKINI PRK N11

: 9712
: 5050
MAJORITI : 4662
JUMLAH UNDI ROSAK : 43

Di Mana Islam Kita Sebenarnya? Ke Syurga Atau Neraka?


|

Bukan main sedap segelintir yang kononnya seperti seorang pejuang Islam mengutuk sekeras-kerasnya dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz. Tak payahlah saya ulangi lagi di sini, rasanya semua pun tahu. Ayuh semua kita renung betul2 perkara ini. Buangkan segala rasa kepartian dalam diri kita. Letak tangan di dada kita sebagai seorang Islam dan pertimbangkan perkara ini satu demi satu.

Memang benar bahawa Syurga Neraka ini adalah urusan Allah S.W.T. tetapi Dia telah memberikan panduan untuk kita memilih ke manakah destinasi sebenar yang kita mahukan antaranya. Sedarkah kita semua yang Kita selalu bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah jamin, tetapi kita tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah tidak jamin. Fahamkah kita dengan ayat ini?

Apa yang Allah jamin kepada kita? Rezeki. Itulah yang dijanjikan oleh Allah untuk setiap hambanya di muka bumi ini tidak kira siapa kita. Dan kita bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki, tetapi kita langsung tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang Allah tidak jamin. Syurga! Sedarkah kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari nikmat Syurga. Dan di mana letaknya nikmat itu di dunia ini?

Adakah kita melaksanakan kelima-lima Rukun Islam dan keenam-enam Rukun Iman sepertimana yang dituntut oleh Islam? Ayuh kita jawab soalan-soalan ini secara satu persatu. Buka Minda kita seluas-luasnya untuk tentukan di mana kita sebenarnya, adakah kita mencari Syurga atau Neraka?

Mula-mula, Hanya Jawap YA Atau TIDAK…

Adakah Anda Mengaku Anda Adalah Seorang Islam? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Yakinkah Anda Dengan Kewujudan Allah S.W.T.? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Yakin Dengan Allah, Bersediakah Anda Untuk Melaksanakan Segala Perintahnya? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Mengaku Beriman dengan Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Dan Mengaku Anda Adalah Umatnya? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Anda Percaya Dan Beriman Dengan Al-Quran Yang Diutuskan Sebagai Panduan Sepanjang Zaman? Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Kita Lihat Sekejap Sepotong Ayat Al-Quran dan Fahami Maksudnya, Kemudian Tanya Diri Kita Adakah Kita Percaya Dan Mahu Apa Yang Dikatakan?

(إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا (١٠٥

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Qur’an) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahiNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 217.].

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَٮٰةَ فِيہَا هُدً۬ى وَنُورٌ۬‌ۚ يَحۡكُمُ بِہَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّـٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَـٰبِ ٱللَّهِ وَڪَانُواْ عَلَيۡهِ شُہَدَآءَ‌ۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ

(٤٤ ".....dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir." [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 260.].

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩) أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ

(٥٠ "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menuruti kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan engkau dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq." [Al-Maidah: 49]

Dah Fahamkan Isi Kandungannya??? Kita Sambung Dengan Soalan-Soalan Tadi…

Kalau Tadi Anda Mengaku Percaya Dan Beriman Dengan Al-Quran, Adakah Anda Mahu Undang-undang Islam Yang Allah Perintahkan Kepada Kita Digunakan di Malaysia Atau Anda Mahu Undang-undang Yang Digunapakai Sekarang hasil Ciptaan Seorang Manusia Ciptaan Allah S.W.T Yang Bukan Beragama Islam Bernama Lord William Reid?. Jika jawapannya ya, teruskan dengan soalan seterusnya dan anda masih dalam perjalanan mencari Syurga. Jika tidak, nyatalah Anda terus ke Neraka!

Soalan Terakhir Selepas Ini Agak Mencabar Minda Kita. Tabahkan Hati dan Mengucaplah Dua Kalimah Syahadah Jika Anda Tersalah Pilih Jawapan. Kali ini Jangan Jawap Ya Atau Tidak. Jawaplah Berdasarkan Pilihan Yang Ada…

Parti Politik Apakah Yang Memperjuangkan Kesemua Di Atas??? PAS Atau UMNO?

Terserahlah Kepada Anda Untuk Menjawabnya, Akal Sudah Diberikan Allah, Anda Hanya Perlu Menggunakannya Sahaja.

Kesimpulannya, Adakah Anda Masih Dalam Perjalanan Mencari Syurga Atau Anda Sedang Sesat Menuju ke Neraka Tanpa Anda Sedari? Fikirkanlah Wahai Semua Umat Islam!!!!

Kartika Oh Kartika.... Apa sudah jadi???




Mahkamah Syariah Kuantan telah menjatuhkan hukuman RM5000 serta 6 sebatan ke atas Kartika Sari Dewi atas kesalahan minum arak.

Kartika telah mengakui kesalahan yang dilakukannya dan enggan untuk merayu. Beliau rela menjalani hukuman sebat tersebut malah minta agar ia dilaksanakan di khalayak ramai selaras dengan hukum Islam.

Hari ini, Kartika sepatutnya menjalani hukuman sebat di penjara wanita di Kajang tetapi pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Pahang telah menangguhkan hukuman tersebut tanpa memberi apa-apa alasan. Pihak penjara pula menjelaskan bahawa hanya banduan sahaja yang boleh disebat. Jadi bagaimana kedudukan Kartika sekarang?

Persoalannya sekarang...... tindakan pihak berkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang dilihat sebagai satu tindakan mempersendakan hukuman yang mereka sendiri jatuhkan. Tindakan ini seolah-olah mempersendakan hukum Islam. Ini amat memalukan.

Sepatutnya, apabila Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman berlandaskan hukum Islam, semua aspek perlaksanaannya sudah sedia termasuklah tatacara perlaksanaan hukumannya. Sekarang apa sudah jadi?? Macam mana orang bukan Islam nak menghormati keputusan Mahkamah Syariah serta Jabatan Agama Islam serta perlaksanaan undang-undang Islam itu sendiri. Mereka akan mentertawakan kita. Mana maruah kita???

Bila orang bukan Islam mempertikai dan mempersoalkan keputusan Mahkamah Syariah atau Jabatan Agama Islam, kita marah.... kita berasa amat sensitif. Nah, sekarang apabila Jabatan Agama Islam Pahang sendiri memperkotak-katikkan hukuman yang telah dijatuhkan sendiri... bagaimana???

Dengan menangguhkan hukuman tersebut, adilkah Jabatan Agama Islam Pahang terhadap Kartika?? Beliau serta keluarga sudah bersedia menerima hukuman tersebut agar dia boleh meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan hati dan fikiran yang tenang tetapi malangnya, hukuman ditanggungkan pada saat-saat akhir tanpa memberi sebarang alasan. Ini satu tindakan yang tidak adil kepada Kartika dan keluarganya.

Apakah ada tekanan yang dikenakan ke atas Jabatan Agama Islam Pahang memandangkan kes Kartika ini mendapat liputan yang meluas serta menjadi perdebatan umum, malah mendapat bantahan dari kalangan NGO-NGO hak asasi manusia serta Menteri yang menjaga hal ehwal wanita Satu Malaysia iaitu Shahrizat Jalil. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang sekali lagi cuba mencampuri urusan Jabatan Agama Islam Pahang.

Aha... mungkinkah ada yang mula berasa takut?? Jika Kartika menjadi wanita pertama yang akan menjalani hukuman sebat kerana minum arak..... maka sudah pasti akan ada orang kedua.... ketiga.... ke empat dan seterusnya. Inilah yang menimbulkan kegerunan di hati mereka terutama yang bergelumang dengan kegiatan maksiat ini.

Penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika... merupakan satu tindakan mempersenda serta menghina hukum Islam dan Jabatan Agama Islam itu sendiri.

Patutkah ini berlaku?? Fikir-fikirkan lah....

Isnin, Ogos 24, 2009

Kenapa ADUN Lunas Keluar PKR




Masalah yang dihadapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak habis-habis, parti itu menghadapi masalah bertimpa-timpa. Lepas satu, satu timbul kejadian mengilankan. Apakah PKR diwujudkan untuk menghadapi masalah dan ikut sama menyusahkan orang lain? Barang kali tidak begitu. Tetapi itulah hakikatnya. Ataupun masalah yang menerpa PKR kerana hebatnya serangan UBN ke atas parti berkenaan. UBN beriya mahu mengocakkan PKR kerana parti itu adalah parti bekas TPM, Anwar Ibrahim. Disebabkan kehebatan Anwar maka PKR yang menjadi sarangnya kini perlu dirobohkan sebelum ianya membiak dan berkuasa.Jika dilihat kepada kronologi perisitwa politik negara ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, masalah dalam Pakatan Rakyat berpunca dari masalah dalam PKR. Masalah wakil rakyat atau pemimpin mereka yang tidak mempunyai intergriti dan dijadikan umpan ugutan oleh UBN? Runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak awal tahun lalu misalnya disebabkan ulah dan perangai dua Adun dari PKR, Othman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi. Mulanya mereka diserkup oleh SPRM. Lepas itu bertindak mengumumkan keluar dari PKR. Bertolak dari bahana kedua-dua wakil rakyat itulah akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini terbaru ialah Adun Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh (foto) pula buat hal dengan mengumumkan keluar dari PKR semalam. Radzhi juga seorang Exco kerajaan Kedah. Apakah peristiwa yang berlaku ke atas dua Adun Perak itu menimpa Adun Lunas ini, diugut dan akan diserkup oleh SPRM? Jika melihat kepada kedudukan Adun itu tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan parti. Tiada tekanan dari dalaman parti terhadapnya. Dan kedudukan sebagai Exco Pelancongan Pembangunan dan Sumber Tenaga Manusia itu juga sudah lumayan buatnya. Kedudukan itu sudah cukup untuk menyara dia dan anak bini setahun dua ini. Apa lagi yang kejar dalam politik kalau bukan kedudukan? Kononnya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara dalam politik hanya gula-gula saja.

Alasan kenapa beliau keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan PKR nampaknya sebagai alasan saja. Radzhi mencari-cari alasan menghalalkan tindakannya. Katanya dia juga keluar parti setelah pemangku ketua bahagian PKR Padang Serai keluar parti maka belia kena keluar parti. Sebabnya pemangku ketua bahagian itu berjasa kepadanya. Ternyata alasan itu dangkal dan naif sekali. Kenapa sekarang perlu menilai perjuangan PKR samada betul atau tidak, kenapa tidak dari mula. Jelas alasan itu sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan masalah sebenarnya.

Justeru dalam hal ini apa yang mungkin berlaku ialah Radzhi diugut. Mungkin SPRM sudah pun melingkungi rumahnya. Sekiranya beliau tidak melepaskan diri dari PKR dan menyatakan sokongan kepada 1 Malaysia maka beliau mungkin akan dicekup dan diheret ke mahkamah. Sebab itulah kalau dilihat kepada kenyataan keluar partinya itu Radzi menyatakan sokongan kepada PM? Mengapa sekonyong-konyong menyokong Najib Razak? Sebelum ini sudah tersebar Adun ini ada masalah dalam kes membuat tuntutan melampau. Mungkin kes tuntutan melampau inilah yang mencengkik lehernya dan terpaksa mencari tali hayat untuk menyelamatkan keadaan dirinya. Bila diri sudah lemas untuk apa dipedulikan kepada nasib orang lain.

Katanya Anwar Ibrahim telah tahu masalah Radzhi ini dan menyerahkan kedudukan Radhzi ini kepada MB, Azizan Abdul Razak? Cuma Azizan masih bersikap tunggu dan lihat dan tidak mengambil tindakan malahan terus merekmen Radzhi menyambungkan kedududunya sebagai Exco. Ertinya masalah Radzhi sudah memburuk dalam kerajaan Kedah. Saya cukup yakin kalau tidak ditekan dan dibelit masalah rumit Radzhi tidak akan meninggalkan PKR. Apa lagi jawatan Exco yang disadang itu tidak mudah untuk diperolehi. Belum tentu kalau dia bersama Umno akan dilantik menjadi Exco. Tetapi mungkin kerana ditekan menyebabkan dia bertindak demikian. Itulah politik dan jahat serta licitnya politik UBN.

Pengumuman yang dibuat Radzhi menjelang hari mengundi Permatang Pasir ini bagaimana dipercayai tidak memberi apa-apa kesan kepada pilihan raya berkenaan. Pengundi Permatang Pasir tidak akan tergugat dengan langkah beliau itu. Malahan pengumuman yang diatur itu dikira memberi kesan baik kepada calon Pas, Mohd Salleh Man. Pengundi yang sudah arif dengan taktik UBN akan jadi lebih berkobar lagi untuk menenangkan Pas sebagai melepaskan perasaan terkilan atas tindakan Radzhi itu. Dan kalau tindakan Radzhi itu kalau untuk menyelamatkan nyawa politiknya ia juga tidak selamat. Apa kata kalau selepas ini pihak kerajaan Kedah pula akan membuat laporan ke atasnya berhubung apa-apa penyeleweng yang mungkin dilakukannya? Bukankah kes ini boleh disifatkan takutkan ular di depan diterkam harimau?

Ahli PKR juga tidak perlu walang dan berdukacita atas keputusan Radhzi itu. Sebaliknya ahli PKR perlu rasa gembria kerana orang-orang yang lemah semangat, bermasalah, tidak mempunyai waja dalam perjuangan tidak lagi berada dalam parti mereka. Anggaplah penghijrahan keluar oleh mana-mana ahli itu sebagai proses untuk menyucikan PKR daripada terbelnggu dengan mereka yang berstatus habuk dan sampah dalam perjuangan. Tidak ada makna dan gunanya kalau kebenaran itu berbelit dengan kebatilan

Khamis, Ogos 20, 2009

GAPP's La liga


Kedudukan Liga Futsal mggu ke3



KEDUDUKAN PASUKAN

Nama pasukan

P

M

S

K

G

B

MATA

Boca Junior

6

5

0

1

31

10

15

Liverpool

6

4

0

2

26

17

12

Valencia

6

3

1

2

15

12

10

Newcastle United

6

2

0

2

21

14

9

Real Sociedad

6

1

1

4

13

32

4

Sunderland

6

1

0

5

9

28

3