PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Rabu, Oktober 28, 2009

PAS Tidak Berpecah, UMNO Yang Gigit Jari


APA yang disifatkan oleh UMNO sebagai perpecahan dalam parti dan kepimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan atau apa-apa juga istilah yang dicipta oleh UMNO bagi menggambarkan seolah-olah PAS kini bergolak,

sebenarnya hanya lebih mendedahkan sikap munafik serta rosaknya akhlak para pemimpin UMNO itu sendiri.

Lebih parah dari itu, UMNO sebenarnya MASIH TIDAK BERUBAH DAN TIDAK AKAN BERUBAH. Buatlah banyak manapun persidangan UMNO, terpekik terlolonglah macam orang kerasukan dan mabuk todi, UMNO tetap tidak akan berubah!

UMNO semakin menuju perubahan ke arah kehancuran yang bakal melenyapkan UMNO dari lipatan sejarah politik tanah air. UMNO sangat berharap kepada pergolakan kepemimpinan dalam PAS kerana dengan cara itu sahaja UMNO dapat meneruskan agenda mempertahankan kerakusannya untuk kelangsungan kuasa bagi membolot lebih banyak harta negara yang terhasil dari keringat rakyat jelata.

UMNO sudah rapuh, semakin tenat, tidak punya kekuatan dalaman, membolot kuasa melalui jalan yang tidak bertamaddun sebagaimana insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak baru-baru ini, perisytiharan MAGERAN di Kelantan pada 1997 yang akhirnya menyaksikan kelahiran BERJASA bagi menumbangkan kerajaan PAS Kelantan, rampasan kuasa di Sabah pada 1994 melalui pembelian YB-YB yang sanggup menggadai maruah mereka untuk kesenangan dan gaya hidup mewah yang sementara didunia fana ini.

UMNO merampas kerajaan yang diterajui PAS di Terengganu pada 2004 melalui jalan paling jijik menggunakan pengundi-pengundi hantu yang dibawa dari Selangor. Kemenangan UMNO/BN dalam pilihanraya adalah kerana bertongkatkan SPR, PDRM, jentera-jentera serta agensi kerajaan dibawah Kementerian yang diterajui UMNO/BN dan bukan kekuatan UMNO secara ‘genuine’.

Kemuncak kepada kerakusan untuk membolot serta kekal berkuasa sehingga umat Islam Sabah sekarang ini hidup dalam keadaan mundur dari sudut ekonomi serta kehilangan banyak tanah-tanah NT kepada Anak Negeri palsu ialah dengan mencipta pelbagai isu dan menyebar siri-siri fitnah bahawa kononnya Tun Mustapha mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia serta tuntutan royalti minyak sehingga 20% yang akhirnya dijadikan alasan untuk penubuhan sebuah parti baru yang didalangi oleh Tun Razak, Ghazali Shafei dan beberapa figura lain dari kalangan UMNO.

Dalam pilihanraya yang diadakan pada 1976, Tengku Razalaleigh berperanan besar untuk meyakinkan golongan peniaga Cina di Sabah bahawa Kerajaan Persekutuan merestui penubuhan Berjaya melalui sumbangan cek bernilai RM500,000 kepada Berjaya.

Saya cukup yakin tidak ada mana-mana pemimpin PAS yang mahu menjalinkan apa-apa hubungan yang boleh membawa kepada kerajaan campuran atau perpaduan dengan UMNO kerana mereka mengambil ikitibar dari sejarah Yasser Arafat dan Mahmud Abbas yang tak sudah-sudah diperbodohkan oleh Amerika dan Yahudi serta menjadi bahan tertawa dunia seluruhnya kerana perundingan yang tidak ada penghujungnya dengan entiti haram Israel.

UMNO mungkin tidak boleh disamakan dengan Israel, tetapi perangai hampir-hampir serupa. Israel robohkan rumah rakyat Palestin, UMNO pun robohkan rumah rakyat Sabah di BDC dan beberapa tempat lain di Sabah dan Semenanjung.

Kepada para pemimpin UMNO, islahkan diri kamu supaya menjadi manusia yang berakhlak dan bertamaddun. Ertinya, apabila Setiausaha Agung PAS sudah menjelaskan bahawa isu kerajaan perpaduan sudah 'tutup buku', maka hormatilah kenyataan dan keputusan tersebut.

Tidak perlulah heboh lagi dengan membuat pelbagai andaian dan tohmahan yang kesemuanya itu membawa kepada dosa semata. Jangan sampai nanti diistilahkan sikap degil kamu sebagaimana gambaran yang dibentangkan dalam Al-Quran seperti seekor anjing yang sentiasa menjulurkan lidahnya.

Al-Quran menyatakan janganlah kamu seperti seekor anjing yang mana ia sentiasa menjulurkan lidahnya sama ada kamu beri dia makan atau tidak. Insyaallah PAS yang bertunjangkan kepada perjuangan berlandaskan syariat Islam tidak akan pecah. Kalau UMNO mengharap PAS pecah, akhirnya UMNO gigit jari kerana harapan UMNO untuk melihat PAS pecah akan hancur berkecai!

Jumaat, Oktober 23, 2009

Tok Guru Nik Aziz:PAS perlu Muktamar Khas Luar biasa?


Oleh : YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.



Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.


i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.


Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)


Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Khamis, Oktober 22, 2009

Mahkamah tiada kuasa cabar penggantungan Gobind

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa ia tidak ada kuasa untuk mencabar penggantungan 12 bulan ke atas ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Parlimen.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusoff mengarahkan Parlimen supaya membayar imbuhan yang sepatutnya diterima Gobind kerana ia tidak mempunyai kuasa untuk menahan pembayarannya.

Gobind memfailkan saman pemula pada 23 April terhadap Speaker, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz, setiausaha Parlimen dan kerajaan, berhubung penggantungan ke atasnya itu.

Dalam saman itu, Gobind memohon agar penggantungannya sebagai ahli parlimen pada 16 Mac lalu diisytiharkan batal dan tidak sah.

Beliau juga mahu surat yang memaklumkan penggantungannya yang ditandatangani oleh setiausaha parlimen Roosmee Hamzah dan arahan yang terkandung dalam surat itu, sebagai tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang.

Ahli parlimen Puchong juga memohon pengisytiharan untuk dibayar imbuhan dan faeadah lain yang diperuntukkan untuk ahli parlimen mengikut Artikel 64 Perlembagaan Persekutuan.

Gobind digantung daripada menghadiri sidang parlimen selepas beliau mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan dalam proses itu telah memanggilnya sebagai "pembunuh".

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili anaknya itu berkata, keputusan Mahkamah Tinggi itu merupakan satu keputusan yang penting, dan menyifatkannya sebagai adil.

Katanya, adalah salah bagi parlimen untuk menahan pembayaran imbuhan kepada ahli parlimen.

Malah, katanya, beliau dan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan telah digantung pada 2004 dan pembayaran imbuhan mereka ditahan selama enam bulan.

Karpal yang juga ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor berkata, ekoran keputusan mahkamah hari ini, maka parlimen dan kerajaan hendaklah membayar imbuhan mereka itu.

Katanya, imbuhan tersebut akan disumbangkannya untuk tujuan kebajikan.

Katanya, pada 1984, beliau juga pernah digantung tetapi pada masa ini, pembayaran imbuhannya tidak ditahan.

Karpal juga berkata, keputusan hari ini tidak bermakna apa yang berlaku dalam dewan tidak boleh disemak atau dicabar oleh mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, Gobind tidak akan merayu terhadap keputusan tersebut.
------------------------------------------------------------------------------------------------
BAGAIMANA PULA DGN KISAH DIPERAK?LIHATLAH SENDIRI BERTAPA BERBELIT2NYA UNDANG2 DIZAMAN 1 MALAYSIA INI,IBARAT CERITA DOREMON.JIKA MELIBATKAN PAKATAN RAKYAT SPEAKER TIADA HAK GANTUNG ADUN..JIKA TERKENA DENGAN BERUK NEGARA MAHKAMAH TIDAK MEMPUNYAI KUASA MENCABAR KEPUTUSAN SPEAKER..INILAH 1 MALAYSIA YANG DILAUNG2KAN..SEHINGGAKAN SALAM PUN DAH ADA SALAM 1 MALAYSIA..BERTAPA SESAT DAN JAHILNYA GOLONGAN2 INI.LIHATLAH KES DIPERAK,SEPERTI DIUMUMKAN OLEH MB HARAM BARU2 INI.SEKOLAH2 TAMIL DINEGERI PERAK DIBERI TANAH UNTUK DIUSAHAKAN..MANA DIA GOLONGAN2 BANGSAWAN MELAYU!!!MANA KERIS KAMU!!!ADAKAH KERIS KAMU TELAH TUMPUL!!!JIKA DULU SEMASA HJ NIZAR MEMBERI TANAH KEPADA BANGSA CINA DAN INDIA,KECOH 1 MALAYSIA.."MELAYU MEREMPAT DIBUMI SENDIRI"..."NIZAR BONEKA DAP" DAN BERMACAM2 LAGI KATA2 NISTA..JADI SKRG BOLEHLAH MB HARAM ITU BONEKA SAMMY VELLU DAN MELAYU AKAN HILANG BUMIPUTERANYA,SYABAS UMNO SESUNGGUHNYA KAMU MMG MEMPERCEPATKAN LAGI KEHANCURAN PARTI KAMU, SEMMGNYA PARTI BERUK NEGARA INI HARUS DIKUBURKAN TERUS DARI BUMI MALAYSIA,TUNGGULAH SAAT2 KEHANCURAN KAMU ITU,PASTI DATANG,INSYAALLAH..SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU BENAR..

Selasa, Oktober 20, 2009

Aku suka komen ni!!..(CERDIK PANDAI MULA KRITIK PAS!)

Dr Abdul Aziz Bari sudah bersuara. Menerusi tulisan yang terpampang dalam Sinar Harian semalam, kritikan terbuka dilakukan. Tidak dinafikan, wujud kemarahan anggota parti terhadap beliau. Justeru, lahir dua tulisan kritikan balas dari dua tokoh dalam parti, Ketua Penerangan PAS Pusat, dan ketua Penerangan PAS selangor.

Sudah diketahui umum, Dr Abdul Aziz Bari merupakan pensyarah yang masih lagi berkhidmat di Universiti tempatan; yang agak berani mengeluarkan kenyataan tentang kebobrokan UMNO/BN dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang berbanding dengan pensyarah-pensyarah Universiti yang lain. Disamping itu juga, kewujudan Dr Abu Hasan Hasbullah yang kebelakangan ini, nama beliau agak sering diperkatakan juga.

Perkataan Dr Abdul Aziz bari, bukan perkataan pemutus. Tetapi, tidak bermakna perkataan beliau itu adalah tidak benar sama sekali ataupun terus ditolak. Justeru, kritikan beliau tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, kritikan beliau, bukan satu kritikan dari orang sembarangan, tetapi datang dari cerdik pandai; orang yang berkelulusan dan berpendidikan tinggi sehingga menjawat Profesor.

Meremehkan beliau sebagai orang yang hanya berada dalam hawa dingin, bukan merupakan hujjah dalam membalas kritikan beliau. Sebaliknya, berhujjah dengan segala kebijaksanaan merupakan tindakan yang patut dilakukan.

Membalas hujjah dengan menimbulkan perkara yang tidak ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan, merupakan falasi dalam berhujjah. Perkara ini amat jelas dalam pengajian ilmu munazarah dan jidal.

Falasi digunakan, dikala tidak mempunyai kemampuan untuk berhujjah. Justeru, ia digunakan dikala untuk mengelak dari wujudnya pandangan terhadap kelemahan yang sedia wujud. Ekoran itu, falasi sering digunakan dalam propaganda dalam peperangan, juga dalam serangan politik.

Dari sudut pemikiran ilmiyyah, berhujjah dengan kaedah falasi, akan menampakkan kebodohan dari pihak yang berhujjah. Tetapi, dari sudut pandangan umum, ia sudah pasti dilihat sebagai satu kemenangan.

Perlu diingat, memang falasi digunakan dengan tujuan untuk menutup kelemahan, tetapi jangan sampai ia melahirkan mudharat yang lebih besar. Tindakan hendak me’falasi’kan isu kritikan terbuka Dr Abdul Aziz bari ini, dengan menukilkan kononnya Dr Abdul Aziz Bari mengambil kenyataan para blogger seperti mengambil pandangan ”tepi jalan”, dibimbangi melahirkan mudharat yang lebih besar.

Ini kerana, secara umumnya sudah mengetahui, malahan mengakuinya, bahawa kewujudan Blogger juga merupakan faktor penting dalam usaha menjatuhkan Barisan nasional di beberapa Negeri dalam Pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Justeru, dakwaan kononnya ”blogger” seperti berita dari ”tepi jalan”, ia seakan-akan sebaris dengan kenyataan pimpinan UMNO/BN sejurus kekalahan teruk mereka dalam PRU ke 12 baru-baru ini, disamping bimbang melahirkan serangan blogger terhadap PAS dalam menghadapi pilihanraya di masa mendatang.

Tidak dinafikan, wujud juga berita-berita tepi longkang dari para blogger, tetapi terus melebelkan secara umum para blogger sebagai pemberita tepi longkang, merupakan satu tindakan yang membimbangkan akan melahirkan mudharat lebih besar di masa akan datang. Adalah lebih baik, tidak digunakan kalimah ”tepi longkang”, tetapi gunalah kalimah lain, yang sama maksud dengan apa yang hendak diperkatakan.

Sayugianya, kritikan Dr Abdul Aziz Bari itu hendaklah dijawab dengan segala keilmiyahan yang ada. Bukannya, mewujudkan falasi. Apabila jawapan yang diberikan dengan segala keilmiyahan yang ada, sudah pasti segala kesan-kesan buruk yang dibimbangi ini tidak akan berlaku. Disamping, keraguan rakyat yang sering tertanya-tanya, akan mendapat kepuasan-hati.

Secara peribadi, aku amat bimbang apabila para cerdik pandai sudah mula mengkritik PAS. Ini kerana, sebelum kejatuhan BN pada PRU ke 12 baru-baru ini, kita dapat lihat bagaimana para peguam mengadakan demonstrasi menentang kepimpinan Pak Lah, para ilmuan-ilmuan bahasa menentang dasar pemerintahan Pak Lah dan banyak lagi.

Justeru, berhati-hatilah ketika sudah kedengaran kritikan dari para ilmuan terhadap PAS. kerana dibimbangi, ia adalah permulaan bagi kejatuhan PAS. jangan mendakwa bahawa mereka tidak berkepakaran dalam politik dan sebagainya, kerana dibimbangi mudharat yang menimpa.

Perlu diingat, beliau juga salah seorang rakyat Malaysia yang sedang melihat pergolakan politik di Malaysia.

Beliau sedang melihat, bagaimana kebobrokan UMNO/BN. Beliau juga orang yang sedang membandingkan gandingan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Beliau juga menilai, parti manakah yang dilihat perkukuhkan Pakatan Rakyat, dan parti manakah yang dilihat seperti tidak ikhlas dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga melihat, parti manakah yang lembab, dan parti manakah yang cepat, cerdas dan cergas dalam mainan politik. Masakan beliau, malahan rakyat Malaysia secara umumnya sedang melihat ketiga-tiga parti yang wujud dalam pakatan Rakyat; PAS, PKR dan DAP. Dan secara umumnya, rakyat Malaysia bawahan sendiri sedang bercakap-cakap tentang kewujudakan kelembapan pada satu parti, dan kecerdasan pada parti yang lain dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Sekian

p/s : mungkin benar dakwaan sebilangan pihak yang mengatakan, faktor pengundi Melayu terus dengan UMNO/BN adalah disebabkan kelembapan parti pembangkang yang didominasi orang melayu? entah lah..Wallahu ’Alam

Al-Bakistani

ustaz_bakistani@yahoo.com

aku suka komen nie...sungguh!!

sebab apa orang dok komen kelemahan PAS kerana PAS dah sama usia dgn UMNO...so memang patut PAS kena buat post mortem sedalam2 nya...jgn sampai nanti orang mula sangsi dgn PAS..

-thatguy-

Pakatan hadapi spekulasi p'raya Perak

analisis Pakatan Rakyat di Perak terus bersedia menghadapi pilihan raya mengejut peringkat negeri – seperti yang mereka tuntut – walaupun tidak sepenuhnya yakin BN berani mengadakannya dalam masa terdekat.

Desas-desus mengenai kemungkinan pilihan raya negeri dipanggil muncul semula susulan perkembangan terkini di negeri ini, antaranya sambutan besar sehingga 50,000 orang di program pelancaran 1Malaysia di Ipoh kelmarin.

Ia diperkuatkan lagi dengan semakan daftar pemilih baru peringkat Perak selama seminggu sehingga Isnin depan, selain kesediaan Pakatan Rakyat menyediakan manifesto baru untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.

Difahamkan, gabungan tiga parti pembangkang itu juga sedang menggiatkan jentera mereka.

Ura-ura lebih 20 ADUN BN sudah mengambil foto terbaru masing-masing menguatkan spekulasi negeri ini bakal menghadapi pilihan raya.

Satu sumber Pakatan Rakyat menyebut, masih tidak jelas tujuan foto itu diambil sama ada untuk dijadikan poster atau sebab-sebab lain.

Krisis politik terus berlarutan di Perak, antara yang penting perebutan jawatan menteri besar antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui proses mahkamah akan didengar awal bulan depan.

Sementara persidangan DUN untuk pembentangan belanjawan negeri bermula 28 Oktober di tengah-tengah pertikaian siapa Speaker yang sah – sama ada V Sivakumar atau penggantinya Datuk R Ganesan.

Walaupun mengalu-alukan pilihan raya negeri, Mohamad Nizar berkata, perdana menteri tidak seharusnya melihat kejayaan menganjurkan program 1Malaysia sebagai penanda aras sokongan rakyat Perak kepada BN.

"Kalau nak tengok populariti di satu program saja, kalau tengok (keputusan) Bagan Pinang saja tidak boleh kata (BN) boleh menang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita tahu rakyat masih menyokong Pakatan Rakyat."

BN bagaimanapun, tegasnya, masih perlu menghadapi rakyat untuk mendapatkan mandat sahih daripada rakyat.

"Kalau ia betul-betul yakin dengan persepsi itu, ia kena uji. Ia kena berani menghadap ke bawah duli Tuanku (Sultan Perak) dan mohon untuk adakan pilihan raya," kata ADUN Pasir Panjang.

Mohamad Nizar menambah, Pakatan Rakyat menjangka pilihan raya itu akan diadakan dan telah "lama bersedia" untuk menghadapinya. "Pakatan Rakyat sudah ada manifesto untuk pilihan raya ini," katanya, dengan menjelaskan ia disediakan sejak dua bulan lalu.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata BN mungkin akan memanggil pilihan raya berkenaan berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa tanda awal.

Katanya, beliau difahamkan wakil-wakil rakyat BN Perak telah menjalani satu sesi rakaman foto di sebuah kedai gambar di negeri itu, kira-kira dua bulan lalu.

"Secara tradisinya, apabila wakil rakyat diambil gambar seperti itu, pilihan raya akan diadakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar itu diambil lebih awal kerana ia perlu disunting bagi memastikan muka wakil-wakil rakyat BN tersebut kelihatan lebih menarik apabila dicetak pada bahan kempen, tambahnya.

Jelasnya lagi, DAP negeri membuat persediaan sejak tujuh bulan lalu dengan memberikan latihan berterusan.

Ngeh berkata, BN dipercayai akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan rakyat daripada perkembangan kes Mohamad Nizar-Zambry di Mahkamah Persekutuan, 5 November ini.

"Mereka boleh gunakan keputusan mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa Zambry adalah menteri besar yang sah dan popular," katanya.

"Tetapi bajet negeri pula akan dibentangkan pada 28 Oktober (oleh Zambry). Jika mahkamah putuskan Nizar sebagai menteri besar yang sah, apa akan jadi dengan pembentangan bajet itu, adakah ia juga sah?"

Katanya, BN hanya akan memanggil pilihan raya jika keyakinan rakyat di negeri itu dilihat memihak kepada parti berkenaan.

"Setakat ini, situasi sekarang menunjukkan mereka akan meneruskan dengan cara sedia ada sehingga wujud keadaan lebih baik. Mereka mesti hendak wujudkan faktor feel good di kalangan rakyat dahulu," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri, PKR masih belum pasti BN benar-benar ingin membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.

Naib Presidennya Mustaffa Kamil Ayub berkata tanda-tanda bahawa pilihan raya baru akan diadakan kini masih belum jelas.

"Nak kata 'tidak lama lagi pun, tidak boleh juga', BN sendiri pun nampaknya tidak berapa yakin (untuk adakan pilihan raya)," katanya, yang juga bekas pengerusi PKR Perak, kepada Malaysiakini hari ini.

Seperti Mohamad Nizar, yang juga timbalan I pesuruhjaya PAS Perak, Mustaffa Kamil tidak yakin kempen 1Malaysia pada Ahad lalu sebagai petanda penting pilihan raya dengan menyifatkan ia satu "proses biasa".

Beliau juga tidak pasti sesi rakaman gambar wakil-wakil rakyat BN ke arah mengadakan satu pilihan raya baru.

"Saya fikir (foto) itu proses biasa, mereka perlu juga sentiasa bersiap sedia kerana kerajaan sedia ada masih tidak stabil dan sentiasa dicemuh oleh rakyat," jelasnya.

Beliau mengakui PKR sedang mempergiat latihan kepada jentera parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya, antaranya, ejen tempat mengundi

Isnin, Oktober 19, 2009

Khalid: Isu Sekat Peruntukan, Umno Perlu Ambil Tindakan Terhadap Shukor

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati kepimpinan Umno supaya mengambil tindakan terhadap Ketua Peneranngan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus terhadap gesaan yang dibuat dalam Persidangan Agung Umno ke-60. Menurutnya kenyataan Abdul Shukor itu jelas membuktikan Umno melanggar perlembagaan yang termaktub bahawa kerajaan Persekutuan mesti menyalurkan pendapatannya kepada semua kerajaan negeri.

Sehubungan itu beliau menyarankan supaya Umno mempelajari Perlembagaan Malaysia yang menetapkan terdapatnya hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

“Ini bererti Umno sekarang melanggar perlembagaan Persekutuan. Saya nasihatkan supaya pemimpin-pemimpin Umno sekarang yang jadi menteri displinkan mereka yang bertanggugjawab supaya tidak membuat kenyataan sebegitu," kata Khalid.

“Bila persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia ditubuhkan, Perlembagaan dengan jelas menyatakan tugas kerajaan Persekutuan adalah untuk menyalurkan wang-wang bagi pembangunan negeri-negeri melalui negeri. Jika ahli UMNO bercakap berlainan dari apa yang dinyatakan dalam perlembagaan, maknanya kerajaan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mestilah menasihatkan individu berkenaan supaya dia tidak silap,” katanya ketika ditemui di majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan.

Perwakilan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus dalam Persidangan Agung Umno ke-60 berkata sekatan ini perlu kerana kerajaan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim meraih sokongan meluas dari program bantuan sosio-ekonomi yang dilaksanakan. Abdul Shukur menjelaskan kerajaan negeri mengagihkan RM1,000 berupa bantuan khairat kematian dan RM1,500 kepada warga tua - walhal Umno sekadar menyumbang RM300.

Beliau menambah agihan sosio-ekonomi seperti ini menjadi buah-bicara rakyat Selangor walhal peruntukan sebenarnya datang dari Kerajaan Pusat. Abdul Khalid berkata kenyataan Abdul Shukor membuktikan dia mahu melanggar lunas-lunas Perlembagaan dan sekiranya tiada tindakan diambil oleh kepimpinan Umno ia bererti parti berkenaan merestui ahlinya melakukan kesilapan.

Beliau menambah, sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, kerajaan Persekutuan menubuhkan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor untuk mengawal pengaliran kewangan dan dana pembangunan ke negeri Selangor.

“Umpamanya dari segi dana-dana pembangunan, ia diurus jabatan pembangunan Negeri Selangor yang di kelola secara terus oleh Kerajaan Persekutuan. Dulunya sebelum Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor jabatan ini tidak ada, ia dibawah pejabat daerah," jelas Khalid.

“Dalam Pejabat Daerah ada ADO (Penolong Pegawai Daerah) Pembangunan dan saluran wang pembangunan seharusnya dimasukan kepada ADO Pembangunan,” katanya.

Menurutnya rakyat perlu tahu bahawa dengan wujudnya jabatan berkenaan segala kos pengurusan yang ada semakin meningkat kerana tidak dikendalikan dengan sebaiknya.

“Saya tidak menyekat pembangunan, saya menggalakkan pembangunan di Selangor tetapi jika pembangunan tidak dibuat dengan betul rakyat Selangor akan diberitahu bahawa kerajaan Persekutuan walaupun ada menyalurkan dana kepada rakyat selangor tetapi tidak menggunakan dana itu dengan sebaik-baiknya," kata Khalid.

“Ia meningkatkan lagi kos pengurusan yang tidak baik dan bertentangan dengan lunas-lunas perlembangaan yang mana kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri mesti bekerjasama dan jalankan pentadbiran demi pembangunan rakyat seluruh negeri,” katanya

Ahad, Oktober 04, 2009

"PEMBANGUNAN YG TAK TERLINTAS DIMATA OLEH RAKYAT TERENGGANU"


Masjid Kg Batu Putih, Kerteh, Kemaman.

Salam.

Gempa di Padang, Sumatera Barat, yg runtuh, masjid di Terengganu.

Hari tu bumbung stadium di Gong Badak. Apa hasil siasatan?

Kelmarin, masjid pula runtuh di Kemaman. Shabree Chik dah pi melawat ke belum?

Lepas ni, confirm, BN pula runtuh!

Tungguuuuuuuuu.........

inilah bahana terlampau ego dgn kata2..dimana pernah dilafazkan oleh ex-PM "kita akan membuat pembangunan yg tidak terlintas dimata rakyat terengganu"

ditepi2 jalanraya disekitar negeri terengganu pula terpampang "lebih 62 buah masjid dlm masa 2 tahun telah dibina"

inilah sebahagian dari kata2 takabur dan riak drpd puak2 juhalak..skrg lihatlah kemusnahannya..siapa yg lg berkuasa?ALLAH atau BN?

renung2kanlah

اسْتِكْبَاراً فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلاً وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلاً
Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi " Sunnatullah " (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan " Sunnatullah " itu.

FAATHIR AYAT 43