PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Selasa, Januari 26, 2010

Osama masih hidup, mahu terus serang AS




KAHERAH - Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden masih hidup dan mengaku bertanggungjawab ke atas cubaan meletupkan sebuah pesawat yang menuju ke Detroit dari Amsterdam ketika Krismas, tahun lalu.

Dalam rakaman audio yang disiarkan Al-Jazeera semalam, Osama juga berikrar untuk meneruskan serangan ke atas AS.

Osama menerusi rakaman itu dipercayai mahu menunjukkan beliau masih mengetuai kebanyakan cawangan al-Qaeda di seluruh dunia.

“Amerika tidak akan selamat selagi keadaan di Palestin tidak berubah. Serangan akan diteruskan selagi anda terus menyokong Israel,” katanya.

Sementara itu, bekas pembantu Osama, Sheikh Rashad Mohammed Saeed Ismael atau Abu al-Fida berkata, Osama masih hidup dan sihat serta tidak bergantung kepada ubat-ubatan seperti yang dilaporkan media Barat.

Selepas insiden serangan 11 September 2001, Sheikh Rashad ditangkap di Yaman dan ditahan selama dua tahun.

“Osama masih hidup dan sihat. Dia tidak perlu mengambil sebarang pil dan ubat. Dia menggunakan herba dan sumber asli selain makan makanan sihat dan sangat berhati-hati mengenai kesihatannya,” kata Abu al-Fida.

Menurutnya, kebanyakan isteri Osama dan 23 anaknya dilaporkan berada di sekitar Timur Tengah

Selasa, Januari 19, 2010

'Allah' juga boleh diguna di WP, P. Pinang..1 Malaysia sudah terbelit...

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun.

Jumaat lalu, beliau dipetik berkata penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam bahasa cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Pengumuman itu dibuat olehnya dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripadaBorneo Post, Utusan Borneo andOriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.




KOMEN = MANA PERGI PUAK2 YG SUKA BERDEMO TEMPOH HARI ATAS ISU ALLAH?KONONNYA PAS GADAI AGAMA..PEGILAH!!!! INILAH DIA MATLAMAT MENGHALALKAN CARA..BILA 1 MALAYSIA DAH TERJERAT BARU NK KONAR BARING..1 MALAYSIA DH BUAT PUSINGAN U-TURN,JIKA DULU TAK BOLEH TP SKRG DH BOLEH..WOI PAK MENTERI!!! NAK KATA CERDIK MMG TAK CERDIK MENTERI NI..MANA ADA DLM SATU NEGARA 2 UNDANG2 YG BERBEZA..INILAH DIA "RAKYAT DIPERBODOHKAN,KUASA DIUTAMAKAN" SMMGNYA INILAH ANUGERAH YG PALING LAYAK DIBERIKAN KEPADA UNITEDMUNAFIK NATIONAL ORGANISATION ( PARTI MUNAFIK KEBANGSAAN BERSATU ).BILA SUDAH TERDESAK APA2 YG DILUDAH SANGGUP DIJILAT SEMULA.SYABAS MENTERI CAP AYAM SESUNGGUHNYA MENAMPAKKAN LAGI KEBODOHAN YG TERDAPAT DLM PIKIRAN KAMU..NK TUNGGU ULASAN PUAK2 YG BERDEMO BARU NI DIMASJID NEGARA,APA CERITA NI..MANA BAPAK KATAKKK ( IBRAHIM KATAK ) TAK NAK MENJADI HERO MELAYU KE?..YA UMNO JUARA RAKYAT!!!!OPPSSS!!! "UMNO JUARA LEBONG RAKYAT"

Ahad, Januari 10, 2010

Dok heboh kalimah 'ALLAH' tapi yang ni tak sapa pun bising....




5 isi penting:

1) 5 buah kelab malam TERKEMUKA sekitar Kuala Lumpur
2) diizinkan perbaharui semula lesen hiburan setelah dibatalkan sebelum ini
3) diumumkan oleh menteri WPKB, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
4) berlaku setelah Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen melakukan pertemuan dgn Nong Chik - melahirkan kekesalan menutup premis kelab malam
5) Raja Nong Chik bersetuju dgn Ng Yen Yen bahawa 'penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam'

Berita penuh...

Lima Kelab Di Jalan P.Ramlee Dibenarkan Perbaharui Lesen

KUALA LUMPUR: Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

"Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusahapengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.

"Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.

Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.

Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.

Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan. - BERNAMA

komen : Yang dok terkinja-kinja cucuk langit kebanyakkannya melayu...tak sapa dok heboh...PERKASA ke, ABIM ke...PKPIM semuanya buat pekak aje...inilah kalau islam suku suku...

Selasa, Januari 05, 2010

sendiri pun telanjang...nak berbicara soal AGAMA...


Muka ini nak berjuang untuk ISLAM..diri sendiri pun telanjang....he he he umno umno...poyo betul lah kau ini..






















PAS: Bukan Islam Boleh Guna Perkataan ‘Allah’

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR, Jan 5 : PAS mengambil pendirian ‘terbuka’ dalam isu kontroversi terbaru dengan menegaskan penggunaan perkataan “Allah” adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun parti itu menegaskan penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.



Pendirian itu diputuskan dalam mesyuarat khas Lajnah Politik yang diadakan di sini malam tadi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolak, Herald pada Khamis lalu.

Pertemuan yang bermula 9 malam berakhir 11.45 malam. Ia dihadiri oleh 25 wakil.

“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

“Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al Imran ayat 64,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan dikeluarkan tengah malam tadi.

Kenyataan itu dibacakan oleh ketua penerangan PAS Pusat Idris Ahmad.

Hadi menambah PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yabg boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

Oleh itu katanya PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Oleh G Manimaran
MalaysiaInsider

------------------------------------------------------

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah-PAS

Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik, Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.

PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.

"PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam,"katanya lagi..



Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.

HarakahDaily

Perang Saraf UMNO Menjadi Dan Mengena


"Kepada semua RAKYAT dan PEMIMPIN-PEMIMPIN PR dan semua PENDOKONG- PENDOKONG yang cintakan NEGARA ini, sedarlah wahai kamu semua bahawa kamu semua sedang ditipu oleh PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNOBN laknatullah.

UMNOBN memasang strategy dan melakukan PERANG SARAF dan mengadu domba RAKYAT untuk bersama-sama memusuhi agama kristian yakni agama Allah s.w.t jua. Pada ketika ini nampaknye mereka menjuarai PERANG SARAF INI namun sehebat hebat perancangan mereka hebat lagi perancangan Allah s.w.t.

UMNOBN cuba mengalih segala pandangan RAKYAT dengan berbagai bagai masalah yang sedang mereka lalui sama ada di dalam parti mahupun kerajaan. Masalah KALIMAH ALLAH ini hadir bukan sebagai satu kebetulan tetapi sebagai satu PERANCANGAN YANG RAPI, TERATUR, BERSTRATEGY DAN PERANG SECARA TERBUKA untuk menipu dayakan segala muslihat dengan erti kata untuk menutupi segala kelemahan, kegagalan dan kejahatan yang dilakukan oleh mereka.

INGAT seperti yang saya nyatakan, ini adalah satu PERANCANGAN ATAU PEPERANGAN YANG RAPI, TERATUR DAN BERSTRATEGY. kerana apa saya berkata demikian, ini adalah kerana UMNO akan melancarkan KEMPEN UMNO JUARA RAKYAT pada 9 January 2010. Dan percayalah isu ini akan lenyap dan selesai dalam jangka masa yang ditetapkan oleh mereka. UMNOBN akan mencanangkan keseluruh pelusok negara bahawa merekalah yang berjaya menyelesaikan masalah KALIMAH ALLAH ini dan benarlah merekalah JUARA RAKYAT yang sebenarnye.

Wahai RAKYAT sedarlah UMNOBNlah yang MENOLAK HUKUM HUDUD. UMNOBNlah yang memesongkan HUKUM HAKAM kepada bangsa bangsa lain di negara ini. UMNOBNlah yang mengatakan bahawa suatu hari nanti ramailah dikalangan RAKYAT negara ini yang kudung tangan kerana mencuri jikalau HUKUM HUDUD ini dilaksanakan.

UMNOBN melalui DR M pernah menghina JANGGUT NABI pada suatu ketika dulu. UMNOBNlah meghalang HUKUMAN SEBAT yang ditetapkan oleh MAKAMAH SYARIAH NEGERI PAHANG keatas seorang wanita yang bernama SITI KARTIKA yang meminum arak di khalayak ramai. UMNOBNlah yang menghalang perlaksanan HUKUMAN oleh MAHKAMAH SYARIAH ini. INI dilakukan kerana bukannye SIMPATI tetapi kerana RAMAI DIKALANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNOBN yang BERAGAMA ISLAM YANG MEMINUM MINUMAN ARAK. Mereka cukup gusar sekiranye hukuman ini dilaksanakan maka ia akan menjadi satu benchmark untuk diheret ke MAHKAMAH SYARIAH.

UMNOBN melalui DR MASHITAH suatu ketika dulu mengatakan bahawa WANITA ISLAM BOLEH MELACUR di dalam keadaan DARURAT.

KERAJAAN UMNOBNlah yang menyebabkan ramainye GENERASI MUDA MURTAD sehingga di katakan hampir 250 ribu RAKYAT ISLAM negara ini yang sudah MURTAD.

UMNOBNlah yang menghapuskan TULISAN JAWI, sehiggakan hampir semua GENERASI MUDA negara ini BUTA TULISAN JAWI.

UMNOBNlah yang meminggirkan SEKOLAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT dengan menganaktirikan berbanding SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN. UMNOBlah yang tidak menyalurkan segala bantuan yang diperlukan oleh SEKOLAH SEKOLAH AGAMA ini sehinggakan menjadi daif TANPA BANTUAN BANTUAN MODEN DAN ALAT ALAT PENGAJARAN YNAG BAIK.

UMNOBNlah yang menghapuskan nama ISLAM di dalam KAD PENGENALAN KITA SEMUA.

UMNOBNlah yang membuat MASJID dengan menggunakan DANA TABUNG RASUAH sehinggakan MASJID yang dibina RUNTUH. UMNOBNlah yang membuat MASJID yang begitu CANGGIH DAN BESAR LAGI CANTIK tanpa digunakan sepenuhnye. KALAU PENUH PUN ketika SOLAT JUMAAT.

UMNOBNlah yang membenarkan ARTIKEL 121 (A) DIPERTIKAIKAN oleh SEMUA ORANG YANG BUKAN ISLAM UNTUK MENIDAKKAN AGAMA ISLAM.

UMNOBNlah yang menyalahgunakan TABUNG ZAKAT untuk KEPENTINGAN KRONI KRONInye.

APA LAGI yang hendak ditulis. TOLONG BERITAHU SAYA dimanakah UMNOBN YANG MEMBELA AGAMA ISLAM. Ini semua adalah RETORIK semata mata hanye untuk mengaburi mata RAKYAT akibat segala kelemahan dan kejahatan yang dilakukan oleh mereka.

MANA MENGHILANGNYE ISU-ISU ENGINE JET PEJUANG, mana perginye isu RASUAH BERBILION BELION RINGGIT WANG PKFZ, siapa yang hendak menuntut bela KEMATIAN ALTANTUYA SHARIBU DAN TEO BENG HOCK?

DIMANA PERGINYE SPRM keatas RUNTUHNYE MASJID DITRENGGANU, apa cerita STADIUM SULTAN MIZAN YANG RUNTUH, macammana pula dengan keruntuhan STESEN BAS?

Apa sudah jadi dengan kes PERWAJA STEEL sehingga matinye Tan peng king?

Apa sudah jadi dengan kes VIDEO LINGAM dimana DR M DAN SEMUA HAKIM HAKIM terlibat? TERLEPAS begitu sahaja?

Bagaimana dengan GST? Bagaimana dengan kenaikan gula baru baru ini? Dengar dengar cerita INTERNET JALUR LEBAR akan dinaikkan harga?

Apakah semua ini bukan satu PERANCANGAN ATAUPUN PERANG SARAF hanye untuk MENIPU RAKYAT SEMATA MATA?

ANDA JAWABLAH DENGAN MATA KEPALA ANDA SENDIRI?