PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Ahad, Mei 30, 2010

AJK PPDKemasik bersama Pemuda dari Cawangan2 sekitar Kemasik - Main Futsa


Kemasik, Sabtu, 22/05/2010 : Ajk Pemuda PAS Dun Kemasik (PPDKmsk) dibawah kelolaan DACS, PPDKmsk bersama pemuda-pemuda dari beberapa cawangan telah sama-sama menjayakan pertandingan Futsal persabatan dengan jayanya. Sambutan yang memberangsangkan diyakini akan mampu mempereratkan lagi persaudaraan antara AJK PPDKmsk dengan pemuda-pemuda keseluruhannya. Masing-masing disamping menyihatkan badan juga telah berkenalan antara satu sama lain dalam keadaan ceria dan mahabbah (berkasih sayang).


Keputusan Perlawanan
Pemuda DUN Kemasik ( 5 ) VS Caw. Kg. Baru Kemasik ( 2 )
Caw. Gelugor ( 2 ) VS Caw. Kemasik Pantai ( 5 )
Caw. Kg. Baru ( 2 ) VS Caw. Kemasik Pantai ( 3 )
Pemuda DUN Kemasik ( 4 ) VS Caw. Gelugor ( 5 )
Caw. Gelugor ( 3 ) VS Caw. Kg. Baru Kemasik ( 0 )
Caw. Kemasik Pantai ( 3 ) VS Pemuda DUN Kemasik ( 4 )

Kedudukan Keseluruhan:
1 Pemuda DUN Kemasik 6 Mata (13 Gol)
2 Pemuda Cawangan Kemasik Pantai 6 Mata (11 gol)
3 Pemuda Cawangan Gelugor 6 Mata (10 gol)
4 Pemuda Cawangan Kg. Baru Kemasik 0 Mata (4 gol)

Perlawanan akhir:
Pemuda DUN Kemasik ( 5 ) VS Caw. Kemasik Pantai ( 2 )










Masing-masing menunjukkan kebolehan dan kemahiran dalam pertandingan yang penuh ceria.


Berehat seketika sambil beramah mesra antara sesama pemuda-pemuda yang hadir



Oleh : Department of Art, Culture & Sport (DACS), Pemuda PAS Dun Kemasik.

Ahad, Mei 16, 2010

JUDI..Abd Rahman Dahlan MP Kota Belud meroyan.




Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerajaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Ka
tanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

“Kenapa mes

ti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan.

Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.

“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahman
berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.

Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.

“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.

11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.

Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.


Ahad, Mei 09, 2010

Politik UMNO didlm Khutbah Jumaat.

Oleh: amdang81

"Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

KHUTBAH 'CUKAI TANAH'
betapa pada hari ini aku merasakan ruginya aku tidak tertidur ketika khatib membaca khutbah. Apa tidaknya, selesai memberi salam, khatib mengumumkan "Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk - Tanggungjawab Membayar Cukai Tanah". Terdetik juga untuk mengangkat punggung mencari masjid lain yang lebih 'politik' khutbahnya.


Khutbah Multimedia Terengganu

Antara isi khutbah yang mewajibkan cukai tanah tersebut adalah, cukai ini merupakan timbal balas rakyat kepada kerajaan. Kerajaan dikatakan telah membina masjid, dewan, perhentian bas, padang permainan dan sebagainya. Selain itu duit tersebut diperlukan untuk penyelenggaraan longkang, jalan dan sebagainya. Apa yang menarik disebut dalam khutbah tersebut termasuklah, cukai ini perlu bagi menampung tabung Baitul Mal yang tidak cukup.

Seperti biasa diletakkan dalil dari Surah An-Nisa, ayat 59:

“Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasulullah dan kepada Waliyyul Amri( orang yang berkuasa) di kalangan kamu......"

Itu cerita di Terengganu. Mungkin juga khutbah berkenaan disebabkan Terengganu sudah tidak cukup duit kerana royalti belum dipulangkan? Rupa-rupanya Terengganu tiada larangan khutbah politik!

JUDI BOLA
Berita Bernama pula melaporkan calon MB Kelantan, Awang Adek telah membuat satu cadangan yang cukup bernas bagi menambah pendapatan negara. Dengan status Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek berkata kerajaan sedang menimbang untuk memberi lesen judi piala dunia. Ura-ura ini pernah timbul sebelum ini, kini ianya muncul kembali. Antara alasan yang digunakan adalah, jika kerajaan tidak keluarkan lesen, sudah tentu ramai yang berjudi secara 'haram'.

Awang Adek juga menyebut, hasil dari judi tersebut bolehlah dimanfaatkan kepada pembangunan sukan negara. Begitulah mentaliti pemimpin yang berjuang kerana Agama, Bangsa dan Negara ini.

PERKESO DAN ARAK
Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasrudin Tantawi pula mendedahkan perihal PERKESO yang mempunyai saham terbesar dalam syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. dan Syarikah arak.

Dalam tulisan beliau, Ustaz Nasrudin menyebut:

PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .

Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .

Menurut Ustaz Nasrudin lagi, maklumat tersebut boleh didapati dari alamat:http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf

Semoga Allah SWT melindungi kita dari golongan yang sesat lagi menyesatkan. Wallahua'lam.

Isnin, Mei 03, 2010

Noh Omar Yang Semulajadi Bodoh Memperbodohkan TGNA


Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.

Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.

“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.

“Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor.

“Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak?

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah.

“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.


“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.

“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.

“Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa masjid boleh diguna untuk tujuan berpolitik.

Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membidas sesetengah individu yang tidak mahu menerima realiti itu dengan menyifatkannya sebagai “bodoh”.

“Baso bodo payoh nak ajar (jenis bodoh susah hendak diajar), ini lah sikap orang yang amal politik suku agama suku,” katanya ketika menyampaikan ceramah di kampung Kubang Batang, Wakaf Baru dekat sini.

Katanya, penyampaian khutbah dalam sembahyang Jumaat adalah sebahagian daripada politik Islam yang juga membawa maksud ceramah.

“Politik lah tu, politik-politik maknanya mengajak orang ramai, memahami tentang kebaikan, termasuklah ekonomi, sosial, sahsiah dan sebagainya.

“Kalau tukar khutbah Jumaat panggil ceramah, dan ceramah pula kita panggil khutbah, tak tahu lah... payah otak manusia ni,” katanya.