PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Khamis, Jun 18, 2009

Ust.Ahmad Awang enggan dedah siapa....

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang enggan mendedahkan nama pengkhianat mandat rakyat yang menghasut beliau supaya merelakan PAS membentuk kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

"Hanya beberapa orang pemimpin lain dan saya sendiri yang tahu siapa beliau," kata beliau yang hanya tersenyum apabila didesak oleh wartawan yang mahu tahu adakah si celaka penagih Umno itu dari kalangan mereka yang terpilih sebagai pemimpin PAS baru-baru ini.

Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

Beliau juga memberitahu, jalang politik barua Umno itu menghubungi beliau sehari atau dua hari selepas PAS Perak mengumumkan ia akan membentuk kerajaan bersama-sama DAP dan PKR.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga memberitahu pemberita bahawa Mufti Perak menjadi barua Umno untuk memujuk PAS supaya membentuk kerajaan bersama-sama parti peneraju Barisan Nasional (BN) itu di Perak.

Menurut Ustaz Ahmad, Mufti Perak itu juga cuba memperdayakannya supaya mempersetujui pembentukan kerajaan apabila beliau menipu Ustaz Ahmad kononnya Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersetujui pembentukan kerajaan dengan Umno itu.

Tetapi, Ustaz Ahmad yang lebih mengenali Mursyidul Am PAS berbanding mufti pembohong itu menyatakan beliau tahu bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mungkin bersetuju dengan pembentukan kerajaan sedemikian.

(Nota penting, perkataan-perkataan "pengkhianat mandat rakyat", "si celaka penagih Umno", "jalang politik" dan "barua" adalah perkataan saya sendiri dan tidak pernah diucapkan oleh Ustaz Ahmad. Saya juga akan berusaha mencari identiti sebenar jalang politik barua Umno itu dan mendedahkan namanya dalam blog ini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan