PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Khamis, Februari 25, 2010

Selasa, Februari 23, 2010

CSR Syarikat Korporat bersama penduduk Kg. Gelugor, Kerteh


Hj. Fasya Jaafar, Pengurus Program CSR sedang memberi taklimat ringkas program.
Haji Mohd Effendi Mohd Noor, Pengerusi CSR sedang memberi ucapan ringkas sebelum gotong royong bermula.
Upacara penyerahan peralatan kerja oleh Hj. Mohd Effendi kepada Hj. Mohd Hj. Ali.
Dua orang kuat CSR sempat dirakamkan sebelum gotong royong bermula.
Zaidi Salleh antara kakitangan syarikat yang turun padang sedang mendengar taklimat.
Trio pemuda Kampung Gelugor tersenyum manja...
Ad Asmera dan Ramzan Ibrahim sempat berposing sebelum gotong royong bermula.
Operasi menimbus telaga buta di Surau Taqwa sedang berjalan...
Pokok pelam yang ditebang diangkut ke dalam lori.
Tuan rumah, Din Tora (empat dari kiri) bersama pasukan Unit Amal bergambar di hadapan rumah sebelum gotong royong.
Pasukan Unit Amal sedang merobohkan bahagian koridor dapur untuk digantikan yang baru.
Boss Unit Amal dan anak buah sedang merobohkan atap koridor dapur yang keuzuran.
Gotong royong membersihkan Surau Taqwa di bahagian dalam.
Sebahagian anggota Bomba & Penyelamat Kerteh turut bersama gotong royong membersih longkang Surau Taqwa.
Hj. Mohd Hj. Ali, Pengerusi Surau Taqwa sedang melakukan 'inspection'.
'...nak buang ke mana ning..', tanya Ad Asmera kepada salah seorang anggota Bomba.
Peserta sedang mengangkat atap asbestos baru di rumah seorang ibu tunggal yang terlibat dalam program CSR.
Dua orang pemuda sedang mengisi paku payung dengan pelapik getah...
Hamdan Mamat sedang berehat seketika setelah penat memanjat atas bumbung...
Permandangan dari depan rumah ibu tunggal yang sedang diperbaiki dengan menukar atap lama yang telah bocor.

KERTEH, 20hb. Februari : Kampung Gelugor, Kerteh telah terpilih sebagai lokasi Community Service Responsibility (CSR) sebuah badan korporat sebagai aktiviti tahunannya.

Menurut Pengerusi CSR, Mohd Effendi Mohd Noor objektif utama program kemasyarakatan ini diadakan untuk merapatkan tali persaudaraan kakitangan syarikat dengan penduduk kampung.

'Program ini secara langsung mewujudkan komunikasi dua hala dan kami mensasarkan beberapa rumah penduduk yang miskin untuk diperbaiki secara gotong royong antara kakitangan syarikat dan penduduk kampung', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil penduduk.

Pengurus Program, Haji Fasya Jaafar menerangkan gerak kerja gotong royong ini dipecahkan kepada tiga lokasi iaitu di Surat Taqwa serta dua buah rumah penduduk yang akan diperbaiki.

Haji Mohd Haji Ali, Pengerusi Surau Taqwa dalam ucapan aluannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat terbabit atas keprihatinan dan kecaknaan yang ditunjukkan.

'Insyaallah kalau boleh program seperti ini dapat diteruskan pada tahun depan', katanya mewakili sebahagian penduduk di Kampung Gelugor, dekat sini.

Program CSR ini julung kalinya diadakan di Kampung Gelugor ini melibatkan hampir 50 kakitangan syarikat serta kaum keluarga, ahli jawatankuasa serta qari/qariah Surau Taqwa, Unit Amal DUN Kemasik serta penduduk- penduduk setempat.

Sabtu, Februari 06, 2010

DULU USUNG TILAM, KINI SELUAR DALAM PULAK !

Seluar dalam Saiful ditayang di mahkamah




KUALA LUMPUR - Orang awam yang memenuhi Mahkamah Tinggi di sini semalam tersenyum simpul apabila Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengemukakan kepada mahkamah sehelai seluar panjang berwarna hitam pemberian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dipakai ketika berlaku kejadian liwat terhadapnya di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Dua helai seluar dalam jenama Levi's milik Mohd. Saiful, 25, dengan satu daripadanya turut dipakai pada hari kejadian juga ditunjukkan kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sebagai bahan bukti kes.

Lebih lucu lagi, saksi itu mendakwa, dia tidak membuang air besar selama dua hari iaitu sejak dia diliwat oleh Anwar sehinggalah laporan polis dibuat pada 28 Jun 2008.

Demikian antara isi keterangan bekas pembantu peribadi Anwar selaku saksi pertama pendakwaan pada hari ketiga perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.


MOHD. SAIFUL yang memberi keterangan pada hari ketiga semalam menunjukkan pakaian yang dipakai sebelum kejadian dia diliwat.


Mohd. Saiful menyambung keterangan di peringkat pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.

Dalam keterangannya, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu memberitahu, dia diminta menyerahkan semua pakaian tersebut kepada pegawai penyiasat polis pada 29 Jun 2008 ketika masih berada di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Saiful: Saya ada serahkan sehelai kemeja warna biru muda jenama Ralph Lauren yang dipakai pada hari kejadian.

Yusof: Selain pakaian, ada serahkan yang lain?

Saiful: Ada, saya juga serahkan KY Jelly (sejenis gel pelincir organ seks) kepada polis.

Yusof: Berapa helai baju dan seluar yang diserah?

Saiful: Seingat saya di hospital hanya sehelai.

Mohd. Saiful kemudian diminta membacakan borang menyerah barang bukti tersebut yang telah ditandatanganinya dan dengan bersahaja saksi pertama itu menunjukkan semua bahan bukti tersebut kepada Hakim Mohamad Zabidin.

Saiful: Lain-lain pakaian yang saya serahkan ialah sehelai baju kemeja lengan panjang berwarna hijau muda jenama G2000 yang dipakai ketika membuat laporan polis.

Sehelai seluar panjang berwarna hitam tiada jenama yang saya pakai pada waktu kejadian dan ketika membuat laporan polis pada 28 Jun 2006.

Seluar panjang ini sebenarnya dihadiahkan oleh Anwar kepada saya.

Orang awam yang melihat barang bukti itu dilihat berbisik-bisik sambil tersenyum manakala ahli keluarga Anwar pula berpandangan sesama sendiri seolah-olah tidak percaya.

Anwar yang sedang khusyuk menulis di dalam kandang pesalah pula memandang Mohd. Saiful sebelum berpaling ke arah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan berkata sesuatu.

Saiful: Selain itu, dua helai seluar dalam jenama Levi's, masing-masing berwarna kelabu dan biru tua, yang dipakai pada waktu kejadian dan ketika membuat laporan polis.


ANWAR hadir pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


Ketika seluar dalam tersebut ditayangkan di mahkamah, kelihatan beberapa wanita menutup mata dan ada yang menundukkan muka kerana tidak selesa dengan suasana tersebut.

Yusof: Di mana kamu serahkan semua barang itu kepada polis?

Saiful: Di tepi mesin basuh di rumah tunang saya.

Ditanya sama ada Dr. Mohd. Osman Abdul Hamid yang memeriksanya di Hospital Pusrawi memberikan sebarang hasil pemeriksaan, Mohd. Saiful menjawab tidak.

Mohd. Saiful juga berkata, dia tidak membuang air besar dalam tempoh masa dia diliwat selama dua hari sehinggalah dia membuat laporan polis.

Keterangan saksi tersebut disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang berada di galeri mahkamah manakala sesetengah yang lain turut tersenyum simpul.

Pada awal keterangan, pihak pendakwaan mengemukakan 10 sampel yang diambil daripada Mohd. Saiful untuk dibuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA), antaranya calitan yang diambil di bahagian bawah lidah, tubuh dan dubur serta sampel darah mangsa liwat itu./Kosmo

Perbicaraan bersambung Isnin ini.


Ulasan sikit

Khamis, Februari 04, 2010

Saiful serahkan bontot kerana sepatah perkataan??


Menurut Saiful, Saiful telah menyerahkan bontotnya tanpa kerelaan hati kerana Anwar berkata "What?" kepadanya. Fuhh.. Malang betul la tunang Saiful kalau benar dengan berkata "What?", Saiful terus bertukar status dari lelaki sejati menjadi bapuk.

Dengar sepatah kata, terus pergi mandi, pakai tuala, pergi dekat Anwar dikamar lalu menyerah bontot??? Saya malas nak komen oleh itu bacalah sendiri keterangan pelik Saiful di mahkamah sewaktu di soal-siasat:

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f*** you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata, beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yuof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup. - Bernama

KEPADA UMNO, korang ni belajar la buat skrip betul-betul. Macam Najib bos korang tu, skripnya tak konsisten!

Mula-mula kata tak pernah jumpa Saiful. Lepas tu kata jumpa Saiful dua bulan sebelum kes Anwar. Lepas tu NAjib tukar lagi kenyataan kata jumpa Saiful dua hari sebelum laporan polis dibuat. Lepas tu tukar lagi kenyataan kata jumpa Saiful pasal nak bagi biasiswa. Lepas tu tukar lagi kenyataan kata waktu jumpa Saiful, bincang pasal kes liwat Anwar dan 'tangan Saiful sejukk".

Dekat court pulak, mula-mula dakwa kata kes liwat berlaku dalam pukul 3. Lepas tu tukar waktu lagi.

Korang muzakarah la betul betul skrip korang tu dulu. Hakkk.. Ptuih

p/s: Semoga Allah melaknat pembawa fitnah dan memusnahkan pemfitnah-pemfitnah