PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Khamis, September 30, 2010

Bagaimana Transaksi Wang Haram? Bantuan Wang Haram?

Oleh Ustaz Nasrudin Hasan At-Tantawi

Hukum menerima bantuan dari wang yang haram.

Muqaddimah

Isu ini bukanlah perkara baru di dalam Islam. Ini kerana hal ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi saw apabila Saidina Abu Bakar ra merujuk kepada Baginda saw mengenai wang haram yang diperolehinya.

ولما نزل قوله تعالي: {ألم * غُلِبَتِ الرُّومُ * فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ} [الروم:1-3]، كذبه المشركون وقالوا للصحابة: ألا ترون ما يقول صاحبكم، يزعم أن الروم ستَغلب. فخاطرهم أبو بكر رضي الله عنه، بإذن رسول الله صلي الله عليه وسلم، فلما حقَّق الله صدقه، وجاء أبو بكر رضي الله عنه، بما قامرهم به، قال عليه الصلاة والسلام: "هذا سحت، فتصدَّق به". وفرح المؤمنون بنصر الله، وكان قد نزل تحريم القمار بعد إذن رسول الله صلي الله عليه وسلم له في المخاطرة مع الكفار
Mafhum daripada hadith ini adalah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pernah bertaruh [di awal Islam sewaktu perjudian belum diharamkan secara menyeluruh] dengan seorang Musyrik [yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah al-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejatuhan Rom] bahawa Kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh maka Saidina Abu Bakar ra telah memperolehi harta pertaruhan itu [ianya haram kerana judi dan tujuan Saidina Abu Bakar ra hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran], apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah SAW menceritakan perihal harta haram yang diperolehi melalui hasil taruhan [judi] itu,
Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedekahkanlah ia". Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir.

Menginfaqkan harta yang diperolehi dari cara yang haram

Pendapat pertama

Dibolehkan untuk menginfaq harta yang diperoleh dari hasil yang haram. Pendapat ini adalah pendapat jumhur.

Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi [1]

“Kebenarannya adalah bahawa harta tersebut adalah kotor [ haram ] dengan dinisbahkan kepada orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal akan tetapi ianya baik [ halal ] dengan dinisbahkan kepada faqir miskin untuk tujuan kebaikan

Haram ke atas orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal tetapi dibolehkan kerana tujuan kebaikan tadi seperti menyedekahkannya. Ini kerana, harta tersebut tidak haram bagi zatnya akan tetapi ianya haram hanya kerana individu tertentu kerana sebab yang tertentu.

Transaksi harta haram biasanya berlaku dalam 4 keadaan ;

I. Individu tersebut mengambil harta haram itu untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Keadaan ini telah jelas pengharamannya
II. Harta haram [Harta riba’ yang diperolehi melalui system perbankan] dibiarkan kekal dalam bank yang berurus niaga secara riba’. Perbuatan ini juga adalah haram
III. Harta yang diterima atau diperolehi melalui hasil yang haram ini dimusnahkan [dibakar dll]. Hal ini ada di dalam riwayat yang menceritakan hal keadaan salafus-soleh yang wara’. Akan tetapi perkara ini telah ditolak oleh al-Imam al-Ghazali rhm di dalam kitab al-Ihya’.

IV. Harta tersebut digunakan dalam transaksi yang bertujuan kepada kebaikan seperti untuk disedekahkan kepada orang-orang faqir miskin, anak-anak yatim, ibnu al-Sabil ataupun mana-mana pertubuhan kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan Islam. Perkara sebegini adalah dibenarkan.

Al-Imam al-Ghazali rhm

Sekiranya ada yang bertanyakan apakah dalil yang membolehkan untuk disedekahkan dengan sesuatu yang haram?, dan bagaimana pula bersedekah dengan sesuatu yang bukan miliknya[2] ?. Sedangkan di sana terdapat sekumpulan [ulamak] yang tidak membenarkan perkara tersebut kerana ia adalah haram. Sememangnya di sana terdapat satu riwayat yang menyatakan al-Fudhail tidak menerima sedekah yang diterima dari hasil yang haram.

Sheikh Atiyyah Saqor [3]

"Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya [harta yang haram] dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu).

Imam Ibnu Qayyim[4]

Jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan taubat kepada Allah swt. Sekiranya dia gagal memulangkan kepada tuannya maka hendaklah dia memulangkan kepada warisnya. Sekiranya dia gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah

Dalil yang membenarkan


فأمر رسول الله صلي الله عليه وسلم، بالتصدُّق بالشاة المصلية التي قدِّمت إليه فكلَّمته بأنها حرام، إذ قال صلي الله عليه


وسلم: "أطعموها الأساري"
Mafhum hadith

Hadith ini menceritakan bahawasanya pernah dihidangkan kepada Nabi saw daging kambing. Lalu daging tersebut menyatakan kepada Nabi Muhammad saw bahawa ia adalah haram. Lalu Nabi saw menyuruh sahabat untuk memberikan ia kepada orang lain untuk dimakan [menyedekahkannya].
Rasional hadith

Perbuatan Nabi saw yang menyedekahkan daging kambing [yang haram] untuk disedekahkan.

al-Athar Saidina Hasan ra

وسئل الحسن رضي الله عنه، عن توبة الغال (مَن يأخذ من مال الغنيمة قبل أن يقسم، وما يؤخذ منه بعد تفرُّق الجيش)،
فقال: يتصدَّق به.
Mafhum athar

Athar ini menceritakan mengenai taubat bagi orang yang mengambil ghanimah sebelum ianya dibahagikan. Saidina Hasan ra mengatakan bersedekah dengan apa yang diambilnya tadi membuktikan taubat bagi perbuatannya yang mengambil harta dengan cara yang haram.

Rasional athar

Walaupun athar ini menceritakan mengenai ghanimah yang pada asalnya halal, tetapi sekiranya ia diambil dengan cara yang tidak betul maka hukumnya tetap haram kerana harta ghanimah bukanlah pemilikan dia seorang. Ianya perlu dibahagikan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah swt. Tuntasnya, apabila ia tidak diambil dengan kaedah yang telah digariskan oleh Allah swt maka ianya tetap haram. Justeru, bagi mereka yang melakukan dosa besar [melakukan sesuatu yang haram] wajib bertaubat dan Saidina Hasan ra menyatakan salah satu cara membuktikan dia bertaubat adalah dengan menyedekahkan apa yang telah diambilnya dengan cara yang salah.

Persamaan hal ini dengan kes di atas adalah kedua-kedua harta tersebut adalah diperolehi melalui hasil yang haram. Hukum haramnya tetap ke atas orang yang melakukan iaitu dia tidak
boleh membelanjakan wang tersebut demi dirinya atau kepentingan keluarganya. Penyelesaiannya adalah wang tersebut perlu diberikan kepada orang lain [faqir miskin] kerana wang tersebut tidak haram pada zatnya untuk orang lain.

Qiyas

Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawasanya harta sebegini berada dalam timbangan samada untuk dimusnahkan atau digunakan untuk jalan kebaikan. Ini kerana harta tersebut telah menjadi rosak di sisi pemiliknya. Secara dharuri melalui pengetahuan kita, menggunakan harta tersebut kearah kebajikan adalah lebih baik dari membuangnya ke dasar lautan [memusnahkannya]. Ini kerana, sekiranya kita membuang ia ke dasar lautan maka sesungguhnya benda tersebut hilang dari sisi kita tanpa kita memperoleh faedah daripada perbuatan kita tadi.

Akan tetapi, sekiranya kita menginfaqkan ia kepada faqir miskin nescaya mereka akan mendoakan pemiliknya keberkatan daripada Allah swt. Selain itu, mereka yang faqir tadi boleh memenuhi tuntutan keperluan mereka di samping tuan [harta haram] yang menyedekahkannya tadi memperolehi ganjaran di sisi Allah swt.

Di dalam masalah yang berkaitan penerimaan bantuan dari hasil judi dan situasinya adalah penerima mengetahui wang bantuan tersebut adalah datang dari hasil judi maka wang tersebut perlulah dikembalikan kepada orang yang memberikan atau wakil kepada yang memberikan kerana wang yang diperolehi dari hasil yang haram perlu [wajib] dilupuskan [6]. Ini kerana hukum asal menggunakan wang yang diperolehi dari hasil yang haram hukumnya juga adalah haram. Hal ini dikuatkan dengan kaedah “ bahawa menolong dan menyebarkan yang haram itu juga adalah haram “[7].

Pendapat kedua

Segala bentuk wang yang haram perlu disimpan [dibekukan]. Ini kerana ditakuti harta tersebut jatuh ke tangan mereka yang zalim bukan kepada mereka yang adil. Justeru, dengan menyimpan [membekukan] wang tersebut, ia dapat memelihara harta tersebut daripada jatuh ke tangan orang yang zalim. Antara yang menggunakan pendapat ini adalah Sheikh al-Islam Ibn Taimiah[8]

Dalil bagi pendapat kedua adalah
1.
Firman Allah swt di dalam Surah al-Baqarah

Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji “
2.
Daripada al-Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud ra[9]

ما رواه ابن مسعود – رضي الله عنه – أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: "والذي نفسي بيده لا يكسب عبد مالاً من حرام فينفق منه فيبارك له فيه، ولا يتصدق فيقبل منه ولا يتركه خلف ظهره إلا كان زاده إلى النار"

Rasional dalil

Secara umumnya, dalil di atas menunjukkan bahawasanya Allah tidak akan menerima sedekah melainkan hal keadaan pemberian itu adalah baik. Jadi sedekah dengan harta ini tidak akan diterima melainkan dengan harta yang halal dan diperolehi melalui cara yang mengikut syarak. Syarat untuk amalan yang baik itu diterima [sedekah] adalah melalui infaq harta yang halal.

Jawapan al-Imam al-Ghazali[10]

Adapun kata-kata : kita tidak bersedekah dengan harta melainkan dari harta yang baik [halal] adalah apabila kita mengharapkan pahala dari pemberian sedekah tersebut untuk diri kita. Perbincangan kita sekarang adalah pelupusan harta yang haram dari sisi kita bukan untuk kita mendapatkan pahala buat diri kita. Di antara melupuskan harta tersebut dengan dimusnahkan dan diinfaqkan maka kami cenderung pada pandangan untuk harta tersebut diinfaqkan.

Pendapat ketiga

Hasil dari harta haram perlu dimusnahkan. Sebahagian kecil daripada ulamak-ulamak salaf seperti Qadhi Fudhail al-‘Iyyadh

Walaupun sebahagian besar ulamak yang menerima pandangan bahawasanya duit haram yang diperolehi boleh disedekahkan, akan tetapi masih ada ulamak yang menolak menggunakan duit haram yang disalurkan sebagai sedekah / bantuan.
وحُكي عن الفضيل أنه وقع في يده درهمان، فلما علم أنهما من غير وجههما، رماهما بين الحجارة، وقال: لا أتصدق إلا بالطيِّب، ولا أرضي لغيري ما لا أرضاه لنفسي!

Cara untuk tassorruf [ transaksi ] dengan harta dari hasil yang haram

Pendapat pertama

Digunakan untuk maslahah[11] umum orang Islam dan ini adalah pendapat Sheikh al-Islam Ibnu Taimiah rhm

Pendapat kedua

Digunakan dengan memberi sedekah secara umum[12] dan ini adalah pandangan Hanafiah, Malikiah, Imam Ahmad dan ulamak-ulamak mazhabnya serta Imam Ghazali daripada mazhab Syafi’e

Pendapat ketiga

Digunakan untuk maslahah umat Islam yang faqir (dll) bukan untuk membina masjid. Pendapat ini adalah dari Suruhanjaya Fatwa Penerbitan di Arab Saudi[13] dan Penasihat Gedung Kewangan Kuwait

Pendapat keempat

Digunakan untuk jihad di jalan Allah swt dan ini adalah salah satu pandangan Sheikh al-Islam Ibn Taimiah
_______________________________________________________
Pencerahan [ Nota Tambahan ]

Apa yang dimaksudkan dengan harta itu haram
Harta yang haram adalah harta yang haram digunakan dan untuk dimanfaatkan oleh pemiliknya. Contohnya Abu terlibat dengan perniagaan yang berunsurkan riba’ dan dia mendapat keuntungan melalui riba’. Maka haram bagi Abu untuk menggunakan keuntungannya tadi demi kepentingan dan manfaat bagi dirinya dan keluarganya. Akan tetapi, sekiranya duit riba’ tersebut disedekahkan kepada faqir miskin untuk manfaat mereka maka itu adalah halal kerana pengharamannya adalah dengan sebab riba’bukan kerana duit tersebut haram.
Allah tidak menerima sedekah melainkan dengan harta [pemberian] yang baik

Harta yang haram sudah tentu bukan dari hasil dan pemberian yang baik. Malah ia bukan dari milik kita. Bagaimana untuk kita memberi sedekah pada suatu benda yang bukan dari pemilikan kita?.

Secara mudahnya, memberi sedekah dari harta haram ini merupakan kewajipan untuk memisahkan diri pemilik dari harta yang haram. Perkataan sedekah itu diterjemah sebagai memberi bantuan kepada golongan faqir dan miskin. Orang yang menginfaqkan hartanya dari hasil yang haram tidak akan mendapat pahala kerana bersedekah tetapi dia akan mendapat pahala dari sudut yang lain[14] antaranya ;
1.
Menahan dirinya daripada harta tersebut dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa jua keadaan.

2. Meletakkan harta tersebut pada tempatnya iaitu ke jalan kebajikan.

3. Melaksanakan kewajipan iaitu melupuskan harta haram disisinya dll.
__________________________________________________________________
Mulaahazah [ Perhatian ]

Membincangkan isu transaksi wang haram yang dibolehkan pada keadaan tertentu bukan bermakna ia menjadi satu keharusan untuk sebuah kerajaan mengekalkan atau menggalakkan sesuatu amalan [ muamalah ] yang diharamkan oleh Allah swt. Sebaliknya persoalan ini , fokus kepada penerima seperti faqir miskin atau rakyat .

Sementara pihak kerajaan [ pemberi ] mempunyai sudut perbahasan yang berbeza dengan perbahasan mengenai penerima [ rakyat ] .

Ringkasnya , bagi sebuah kerajaan sayugia berikhtiar agar membebaskan diri dari sistem muamalah yang diharamkan oleh Allah swt sebagaimana menjadi kewajipan jua bagi sebuah kerajaan tidak menjalankan kegiatan - kegiatan yang diharamkan seperti industri perjudian . Ini bagi memastikan kerajaan tersebut diredhai oleh Allah swt pentadbiran dan pembendaharaannya .

Kerajaan yang terpaksa berurusan dengan sumber haram seperti melibatkan wang cukai dari industri arak [ yang diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada non muslim - berbeza isu judi ] maka .....

saya berpendapat , biarpun ada pandangan ulama' yang mengharuskan wang itu di hulurkan kepada rakyat sebagai bantuan faqir miskin dan seumpamanya [ sebagaimana perbahasan panjang di atas ] dan rakyat harus menerimanya pula rakyat tidak wajib mengusul periksa sumber kewangan tersebut , namun adalah terlebih afdhal dan wara' [ bagi pihak kerajaan - terutama kerajaan Islam ] mengasingkan tabung atau pembendaharaan yang di perolehi dari sumber yang tidak halal . Kemudiannya memastikan hanya wang yang jelas halal disalurkan [ disuap ] kepada rakyat . Ianya terlebih afdhal jika kerajaan boleh bertindak demikian .

Wallahualam bissowab .

________________________________________________________
[1] Laman web Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi (www.qaradawi.net) di dalam : فتاوى و أحكام
إنفاق المال المكتسب من حرام
[2] Ini kerana setiap barang yang diperolehi dari sumber yang haram bukanlah menjadi milik bagi orang yang memperolehinya
[3] Min Ahsani al-Kalam fi al-Fatawa (2/65)
[4] Zad al-Ma'ad, Ibn Qayyim, 4/251
[6] Sheikh ‘Athiyyah Saqar ; Min Ahsani al-Kalam fi al-Fatawa
[7] Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi ; Bab 1 Halal dan Haram
[8] Kitab لفتاوى الكبرى (4/210-213)
[9] Imam Ahmad di dalam Kitab المسند (1/387)
[10] Kitab إحياء علوم الدين (5/83)
[11] Maslahah umum di sini bermaksud adalah digunakan untuk kegunaan ramai bukan seorang individu
[12] Keadaan yang kedua ini adalah lebih menyeluruh kerana termasuk kepadanya diberikan kepada faqir miskin
[13] Lihat : مجموع فتاوى اللجنة الدائمة (13/354)
[14] Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi

PATTANI..Palestin ke2...

Apa Akan Terjadi Pada Kami Setelah Ini.?? (Siri Pembunuhan Kejam Terhadap Bangsa Melayu Selatan Thailand)

sumber : Jeritan Rakyat (19hb Ogos 2010)

Kekejaman demi kekejaman berlaku di Wilayah Selatan Thailand (Fathani). Mungkin istilah 'kejam. zalim, tidak perikemanusiaan'ini biasa bagi kita, tapi sampai bila ini akan berlanjutan?! Pada baru-baru ini terjadinya satu pembunuhan kejam terhadap seorang remaja berusia 20 tahun yang bernama Imaduddin Bin Harun. Almarhum berasal di Yalutong Narathiwat yang menetap di Malaysia dan Almarhum juga pernah berkuliah di Indonesia. Jika di lihat pada kejadian pembunuhan ini adalah pembunuhan yang dirancang dan siapa yang merancang itu adalah sudah jelas dan pasti yaotu siam Laknatullah.

Pada hari sabtu 7 Ogos 2010 Almarhum Imaduddun bin Harun telah pergi ke Sungai Golok bersamatemannya. Semasa di Sungai Golok beliau telah diperdaya oleh sekumpulan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota Keselamatan. Kemudian lelaki ini menangkapnya dan membebaskan temannya. Mengikut temannya semasa tangkapan dibuat salah seorang mereka telah menunjukkan isyarat tangan 'tanda sembelih' dan ditunjukkan kepada Almarhum. Ketika kejadian juga pihak yang menahan Almarhum yang dikenali dengan nama Mang Munduk yang berprofesi sebagai Militer penyamaran siam atau Tahank Phran telah menghubungi temannya di Malaysia.

Pada hari Ahad, lebih kurang jam 2 petang, Almarhum telah menghubungi Ayahnya meminta pergi ke Sungai Golok karena ada hal yang penting. Dalam percakapan telefon itu tiba-tiba terputus hubungan dan Ayahnya tidak dapat menghubunginya selepas itu.

Pada petang Ahad juga kawannya memaklumkan kejadian kepada ayahnya. Kawannya telah memaklumkan bahwa semasa tangkapan itu salah seorang dari mereka menunjukkan tangan 'tanda sembelih' ditunjukkan pada almarhum, isyarat ini telah dilihat oleh kawan almarhum.



Semasa percakapan telefon antara Almarhum dan Ayaynya, ayahnya mendengar rayuan suara anaknya seperti ada sesuatu di sebalik ajakan itu dan tahu bahwa almarhum diseksa karena nada suara Almarhum yang lemah. Ayahnya yakin bahwa ada muslihat di sebalik panggilan itu dan tidak dapat berbuat apa-apa karena panggilan sudah terputus dan tidak dapat di hubungi lagi.













Almarhum telah diseksa dengan kejam pada hari sabtu hingga jam 4 petang ahad beliau meninggal. Melalui kesan nyata yang kelihatan dalam gambar pada badan mangsa terlihat kesan melecur akibat ditusuk dengan besi panas, disembelih pada lehir depan dan belakang, ditikam sebanyak 4 tikaman, dan di kelar pada badan dengan pisau. Mayat ditemui oleh seorang pemuda yang ke kebun untuk mengambil petai lalu beliau terdengar suara minta tolong tetapi beliau pergi melihat keesokan harinya karena tidak berani. menurut pemuda itu, tempat itu sering menjadi tempat pembuangan mayat yang diseksa oleh siam






wahai saudara2 seagama ku sekelian..............lupa kah kalian akan penderitaan saudara2 seagama kita di Pattani...


Virus Tidakpedulisme

Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?

Sejak Nov hingga Dis 2009 dan Jan 2010, 10 kes pembunuhan orang awam telah berlaku. Ini bermakna, mengikut perkiraan mudah, satu pembunuhan setiap minggu. Sasaran adalah guru sekolah tadika, imam, bilal, ketua kampung dan penghulu...

1.PATTANI - Pada 21/7/2010 jam lebih kurang 6.30 pagi waktu Thai, sebuah kenderaan yang tidak dikenali telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah orang awam dengan senjata M16, di Kampung Bukit Lungor, Mukim Bothong, Daerah Nongcik, Wilayah Pattani. Seorang lelaki bernama Abdul Rahman bin Aweaderes, 33 tahun telah mati di tempat kejadian.





Anggota keluarga Abdul Rahman sedang meratapi kematianya
telah ditembak oleh orang yang tidak dikenail menggunakan kereta
bercermin gelap .. 8 das tembakan menggunakan senjata M16 ketika
Abdul Rahman sedang menunggang basikal .. 3 hari sebelum kejadian
kereta tersebut sering berlegar-legar di hadapan rumah mereka ...
inilah realiti dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat melayu Islam
Pattani yang sentiasa hidup dalam tekanan di negara mereka sendiri

Sebelum berlaku peristiwa tersebut, menurut kata ibunya, Abdul Rahman pernah dipanggil oleh pehak tentera melalui ketua kampong dan sering kali pihak tentera membuat kepungan di sekeliling rumahnya. Tentera tidak dapat menemui Abdul Rahaman sebab ia keluar bekerja. Sebelum kejadian ini berlaku dalam 2 atau 3 hari sudah, terdapat sebuah kenderaan bercermin gelap sering terulang-alik di hadapan rumah Abdul Rahman.

Kes tembak guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala.
YALA,7Jun 2010 - Seorang ustaz ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali pada petang 6 Jun 2010. Arwah bernama Daramae Da’kek, 51 tahun merupakan seorang guru di Ma’had Al Falah Al Islami, juga bekas guru Ma’had Bi’that Ad-Diniyah Yala. Kejadian berlaku pada pukul 4 petang ketika arwah sedang menaiki motor di jalan raya di antara Kg Talingshan dan Kg Lingek, Mukim Bannangsata, Daerah Bannangsata, Yala.






Pertempuran di Kampung Slow

KAMPUNG SLOW, 19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).

Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).






KES LONTARAN BOM KE MASJID KAMPUNG TEBING TELUBAN (SAIBURI) PATANI


KECEDERAAN ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDOSA

KESAN TAPAK KASUT LELAKI YANG MENAIKI MOTOSIKAL
SEMASA MELONTAR BOM KE MASJID - BOLEH KITA NILAI
SIAPA YANG SERING MEMAKAI KASUT INI




wanita pattani











Pembunuhan Kejam Di Masjid Al-Furqan, Yala 2009 - 11 orang terkorban-mangsa2 sedang solat ketika itu












Bapa saudara Baldatee ketua kampung Kucing Lepas Narathiwat
mati ditembak semasa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah
selepas Baldatee di soal siasat oleh pehak tentera pada 2010


Rabu, September 29, 2010

Berapa juta mereka dapat?

oleh: tokpepijat

Sekonyong-konyong Reezal Naina Merican berlagak menjadi orang Islam yang sejati. Seolah-olah beliaulah orang yang mementingkan keberkatan dan bercakap tentang najisnya judi.

Itulah wajah-wajah pimpinan UMNO. Depan rakyat berlagak alim, kudus dan suci.

Di belakang rakyat, bertong-tong arak ditogok. Puluhan artis, personaliti media gugur di riba mereka. Kelab dangdut, disko tempat "ibadat" mereka. Bahkan merekalah menjadi taukeh-taukeh pusat maksiat.

Tanyalah Tengku Adnan Mansor, siapa punya saham dalam syarikat arak dan judi. Pastinya Setiausaha Agung UMNO ini akan memberikan secara telus maklumat ini!

Hari ini, Si Rezal ini bercakap tentang judi. Katakan padanya...pooorah!

Adakah UMNO Pulau Pinang begitu benci dan marahnya mereka pada Lim Eng Guan kerana Eng Guan haramkan judi bola di Pulau Pinang?

Akibatnya UMNO tidak mendapat habuan dan komisen hasil jualan judi bola.

Bayangkan jika judi bola diluluskan oleh Eng Guan, berapa RM juta yang bakal dikaut oleh Reezal dan pimpinan UMNO Pulau Pinang.

UMNO dan Judi bagaikan aur dengan tebing. Sehati sejiwa.

Tiada judi bermakna tiadalah UMNO di bumi Malaysia. Ini adalah realiti.

Isnin, September 13, 2010

Sumbangan Ramadan (Sesi II)





Sumbangan Ramadan diteruskan dengan mengunjungi rumah penduduk sekitar Kampung Gelugor, Kampung Tengah dan Kampung Telaga Papan.

Kunjungan rumah ke rumah merapatkan lagi hubungan AJK Pemuda dan penduduk sekitar kampung.

Alhamdulillah, sambutan yang diberikan daripada penduduk kampung menggalakkan. Yang berminat ingin menyumbang, bolehlah menghubungi mana-mana AJK Pemuda PAS Kampung Gelugor.

Sekitar Sumbangan Ramadan










Program sumbangan ramadan untuk anak yatim dan fakir miskin diteruskan lagi pada ramadan tahun ini. Program ini diadakan pada 4 September yang lepas.

Program dimulakan dengan gotong royong memasak gulai daging dan persiapan juadah berbuka puasa. Selepas asar, sumbangan ramadan disampaikan oleh Ustaz Alias bin Hamid, mewakili PAS Kemasik. Antara yang hadir ialah AJK PAS Cawangan Kampung Gelugor dan AJK Pemuda Cawangan.

Diharapkan program seumpama ini akan terus mendapat sokongan semua pihak.