PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Selasa, Jun 22, 2010

Kisah 100 Ulama’ Akan Sertai UMNO & Pak Lah Imamkan Solat Berjamaah

Oleh: khairulfaizi

"Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Saya merujuk ke laman Malaysiakini bertajuk ‘Asri belum putus sertai Umno’ yang mana berita tersebut telah merujuk kepada laman web Umno Malaysia yang menyiarkan berita daripada kenyataan Setiausaha Kerjanya iaitu Datuk Ab Rauf Yusoh yang menyebut bahawa Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO pada hari Jumaat depan menerusi UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Saya juga telah merujuk ke blog Ustaz Mohd Asri bertajuk ‘Penyertaan Dalam Parti Politik’ yang menafikan telah membuat keputusan untuk menyertai mana-mana pari politik.Namun, beliau juga menyatakan bahawa beliau akan mengadakan dengan perbicangan dengan pihak yang membuat kenyataan iaitu UMNO.

Saya tidak mahu mengulas panjang berkaitan dengan kebarangkalian Ust Mohd Asri, bekas Mufti Perlis akan menyertai UMNO ataupun tidak. Bagi saya ia adalah hak peribadi beliau untuk menentukan hala tuju beliau dalam dunia siasah ini. Beliau boleh memilih wadah yang beliau fikir paling sesuai dengan jiwanya dan sekiranya beliau melihat UMNO yang berjuang di atas dasar kebangsaan adalah wadah terbaik untuk menyampaikan Islam maka itu adalah haknya.

Tetapi saya lebih fokus kepada kenyataan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia yang menyatakan bahawa terdapat 100 Ulama’ yang akan menyertai UMNO pada hari Jumaaat yang akan datang dan di kalangannya mempunyai kelulusan sehingga ke peringkat PhD.

Kenapa saya lebih fokuskan jumlah ulama’ yang akan menyertai UMNO? Ini adalah kerana saya percaya jumlah tersebut membayangkan bahawa golongan agamawan yang terdapat di Malaysia pada hari ini sudah mula dapat menerima UMNO sebagai wadah untuk menyampaikan Islam. Ini juga bermakna bahawa UMNO telah dapat diterima oleh golongan agamawan yang sebelum ini tidak dapat menerima UMNO dengan pelbagai sebab dan alasan.

Maka, bagi UMNO ini adalah berita yang cukup mengembirakan perlu dinyatakan kepada umum bahawa terdapat golongan berpendidikan agama yang akan menyertai UMNO secara beramai-ramai tidak lama lagi. Pasti DS Najib dan barisan kepimpinan UMNO yang ada pada hari ini akan meraikan kehadiran 100 Ulama’ yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi untuk bersama-sama berjuang demi agama, bangsa dan tanahair.

Tidak mustahil, barisan Ulama’ ini akan diarah ke seluruh negara melalui program-program rasmi kerajaan dan parti dan akan diminta untuk meyakinkan kepada semua golongan masyarakat bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang mampu untuk membela Islam di Malaysia. Manakala, PAS hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik dan rakyat perlu menolak PAS di dalam pilihanraya yang akan datang.

Kehadiran ulama’-ulama’ ini sudah tentu akan dilihat oleh UMNO sebagai ancaman kepada PAS. PAS sudah tentu akan terkebil-kebil, tercungap-cungap, teraba-raba dan tidak keruan apabila golongan ulama’ sudah berani untuk menyertai UMNO secara beramai-ramai. Itu mungkin pandangan UMNO. Mana tidaknya, selama ini PAS didokongi oleh kepimpinan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama Islam yang cukup ramai bilangannya. Di dalam Dewan Pemuda PAS Pusat pada ketika ini pun sebahagian besarnya adalah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama seperti Ustaz Nasruddin Hassan (Ketua DPPP), Ustaz Azman Syafawi (Timbalan Ketua DPPP), Ustaz Kamal Ashari (PSU2), YB Ustaz Firdaus Jaafar (Pengarah Piliharanraya DPPP), Ustaz Nik Abduh Nik Mat (Exco), Ustaz Riduan Mohd Noor (exco), YB Ustaz Nasir Zakaria (exco) dan ramai lagi yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam. (Maklumat lanjut klik http://pemuda.pas.org.my/v2/).

Ahli Dewan Perhimpunan Penyokong PAS

Bermakna, ia adalah perkara yang normal di dalam PAS. Tidaklah perlu bagi PAS untuk mengistihar 100 atau 200 atau 300 golongan berpendidikan agama menyertai PAS kerana ia adalah perkara biasa. Lainlah jika berita 20,000 masyarakat bukan Islam menyertai PAS melalui Dewan Perhimpunan Penyokong PAS, ia sudah tentu menjadi perkara luar biasa kepada PAS kerana masyarakat bukan Islam ketika ini sudah berani untuk berjuang dengan sebuah parti politik yang dasar perjuangannya adalah Islam.


Pak Lah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang dibanggakan kerana mampu memimpin solat berjamaah.

Berbalik kepada berita mengenai Ulama’ yang akan menyertai UMNO pada hari Jumaat yang akan datang ini. Bagi saya, berita ini adalah seperti mana pada mula-mula UMNO dikejutkan dengan peristiwa Pak Lah mengimamkan solat jamaah. Pak Lah adalah merupakan satu-satunya PM yang dilihat yang mampu untuk mengimamkan solat berjamaah dan sehingga ke hari ini DS Najib masih belum mampu untuk tampil mengimamkan solat berjamaah seperti mana yang telah Pak Lah lakukan.

Sebab itu, jika ada 100 ulama’ seperti yang di dakwa oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia akan menyertai UMNO maka ia samalah seperti berita Pak Lah mengimamkan solat berjamaah.

Apapun, kepada 100 ulama’ yang akan menyertai UMNO pada hari Jumaat yang akan datang saya doakan agar Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada anda semua kerana Allah sahajalah yang mampu memberikan Hidayah.

Firman Allah,
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Alloh memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Alloh lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”
(QS Al Qashash: 56)
Firman Allah,
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.”

(Al Maidah : 48)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan