PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Rabu, Oktober 06, 2010

Lagi bukti UMNO dan Judi tidak boleh dipisahkan

Oleh: Pria Malaya

Oleh kerana Umno khususnya Umno Pulau Pinang masih memainkan isu sumbangan hasil judi di Pulau Pinang walaupun telah diberi penjelasan oleh kerajaan negeri dan tokoh agama, penulis mengambil kesempatan utk turut berkongsi maklumat dengan kalian mengenai perkaitan antara UMNO dan JUDI...

Apakah kerajaan Umno layak berbicara mengenai judi? siapakah disebalik tabir terhadap kemunculan dan percambahan aktiviti perjudian dalam negara kita?..sama2 saksikan pendedahan bergambar di bawah...

Artikel penuh tentang 'KOLEKSI UMNO DAN JUDI' bileh lihat di SINI(wajib tengok!)...wallahua'lam..


1. Syubhah: Rosmah Mansor terima sumbangan cek dari Syarikat berkaitan judi.



Rosmah Mansor menerima replika cek bernilai RM100,000 daripada Timbalan Pengerusi Genting, Tun Haniff Omar pada pelancaran Kempen Hari Pahlawan 2009 di Angkasapuri. Turut hadir Ahmad Zahid Hamidi, Joseph Salang Gandum dan Muhammad Abdul Ghani (kiri). – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia

2. Zaman Mahathir: BAKTI terima cek dari syarikat Genting.



Imbas kembali 16 Ogos 1990 : BAKTI (Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri) melalui isteri Perdana Menteri ketika itu, Tun Hasmah Ali, menerima sumbangan RM 200 000 dari Genting Group.

Sumber: The Star

3. Pengerusi Umno, Abdullah Badawi menerima sumbangan dari syarikat berkaitan judi, Resort World.





Abdullah Ahmad Badawi mewakil PEMADAM menerima sumbanyak sebanyak RM1.5 juta dari Resort World pada majlis "Kolokium Ke-II Wanita Pemadam 2003: Pencegahan dadah dan AIDS anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Kebangsaan di First World Hotel" pada tahun 2003..

Sumber: PEMADAM

4. Zaman Najib: Syarikat judi taja majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.



Syarikat judi Sports Toto menderma hasil judi mereka kepada anak-anak yatim yang beragama Islam di dalam Majlis Berbuka Puasa 2010..Perkara ini langsung tidak diambil kisah oleh Umno sebagai kerajaan ketika itu..yang peliknya, Umno melalak 24jam apabila kerajaan DAP Pulau Pinang memberi bantuan menggunakan dana dari syarikat judi, namun membisu dan membuat tidak tahu apabila syarikat judi terang2 menaja majlis berbuka puasa untuk anak2 yatim Islam...

Sumber: TheStar

Lagi berita bergambar di bawah (Mesti tengok dan sebarkan!):
- Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

p/s: Link di atas ini akan sentiasa dikemaskini..mohon rakan2 menyumbangkan bahan berita/bukti yg berkaitan utk dikemaskini dlm satu entry khas...kalian juga digalakkan utk men'copy paste' artikel ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan blog penulis menghadapi gangguan yang tidak diduga..TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan