PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Sabtu, Januari 22, 2011

UMNO berkiblatkan golongan KAFIRUN

TPM: M'sia negara Islam yang diperakui Amerika

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

NONETimbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh BN.

"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tenang, di Labis hari ini.

Negara Islam maju

Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi.

Perakuan itu, kata beliau sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan pimpinan BN tidak berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar untuk membantu dan meningkatkan kedudukan ekonomi rakyat.

NONE"Jika ada pihak-pihak yang datang dan cerita perkara karut-marut, saya minta penduduk kampung jangan percaya," katanya.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Proses penamaan calon pula akan diadakan esok.

Pada majlis sama yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang Mohd Azahar Ibrahim.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur masjid.

Peruntukan yang diluluskan berikutan permohonan daripada jawatankuasa masjid jamek itu termasuk untuk memperbaiki kemudahan tandas dan menurap jalan di sekitar tadika yang terletak dalam kawasan masjid.

- Bernama

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UMNO memerlukan pengiktirafan golongan kuffar untuk menilai MALAYSIA adalah negara islam.Tidak merasa bersalahkah TPM dan UMNO khususnya terhadap kenyataan yg begitu jelek ini?bukankah AMERIKA LAKNATULLAH itu memerangi negara2 islam,membunuh saudara2 seislam TPM kita dan AMERIKA jugalah yang berpakat dengan Golongan YAHUD..supaya kerajaan islam palestin ( HAMAS ) tunduk kepada tuntutan YAHUDI LAKNATULLAH..selama ini UMNO mengatakan MP Permatang Pauh Agen AMERIKA dan Agen YAHUDI..tetapi allah maha Kaya dan Maha Agung kerana telah memperlihatkan dihadapan kita kelakuan golongan2 MUNAFIQUN yang berkuasa diMalaysia sekarang ini membangga-banggakan negara-negara yang terang-terangan bermusuhan dengan golongan ISLAM..adakah HILARY CLINTON itu berkuasa menentukan sesebuah negara islam?jawapannya tidak wahai TPM..pengiktirafan hakiki hanya datang dari allah.renung2kanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan