PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Ahad, Jun 21, 2009

perjanjian Hudaibiyah = Kerajaan Perpaduan??

kepimpinan Ulama ala Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ternyata kejayaannya. Tapi sedih, ia tidak dicontohi oleh ulama-ulama yang lain.


PERJANJIAN HUDAIBIYYAH – KERAJAAN PERPADUAN??

Seorang kawan dari negeri Pahang telefon. Bertanya pendapatku dengan katanya, kerajaan perpaduan ini adalah sama seperti perjanjian Al-Hudaibiyyah.

Aku menjawab, ”mengapa tak kata, Kerajaan pakatan rakyat itu sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah”.

”betul juga” katanya ringkas.

Sesampai di rumah. Melayari internet, aku membaca ada ulasan yang menyebut, bahawa kerajaan perpaduan ini sama seperti kandungan “piagam madinah”.

Yang lebih mengkelakarkan, ada pihak tertentu mengkiaskan kerajaan perpaduan ini sama seperti pertemuan Musa AS dengan Firaun seperti yang diceritakan oleh Allah dari surah Taha.

Amat pelik cara hujjah itu.

PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

Dalam sirah Nabi SAW, terdapat satu sejarah besar yang dinamakan sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah. Dalam perjanjian tersebut, terdapat sedikit kekacauan di kalangan para sahabat dalam menerima kandungan perjanjian yang dilakukan di antara team Islam dengan team kafir Quraish.

Pertentangan dari kalangan sahabat terhadap kandungan perjanjian itu adalah disebabakn tidak setuju dengan tindakan Nabi SAW yang dilihat agak toleransi dalam menulis surat perjanjian, sehingga sampai satu tahap terpaksa memadamkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”muhammad Rasulullah”.

Apa yang boleh dipelajari dari sirah Nabi SAW ini, kita akan memahami bahawa tujuan Nabi SAW bertindak sedemikian adalah untuk mendapat maslahah yang lebih besar di sebalik perjanjian tersebut, walaupun dilihat dari satu sudut seakan-akan menggadaikan beberapa perkara dalam islam.

Apa yang lebih pasti, walaupun Nabi SAW mengugurkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”Muhammad Rasulullah” ternyata musuh terpedaya dengan tindakan Nabi SAW itu dengan menerima kandungan perjanjian tersebut. Apabila mereka menerima, 10 tahun kemudiannya Islam telah mendapat kemenangan yang gilang gemilang dengan kejadian sejarah fath makkah.

Nyatanya, kandungan perjanjian itu dilihat seperti perangkap yang di pasang oleh Nabi SAW dalam menguasai musuh Islam ketika itu.

Keadaan ini agak berbeda dengan Kerajaan perpaduan. Ini kerana, dengan isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh pimpinan PAS, juga disokong oleh pimpinan PAS yang lain pula, dilihat seakan-akan ”perangkap makan tuan”.

Dalam keadaan mempertahankan kerajaan perpaduan ini, dilihat ahli PAS sudah tidak berpaduan lagi, disamping lebih 60 peratus Non Muslim yang sebelum ini menyokong PAS sudah sangsi dan mula menolak PAS.

Begitujuga, keraguan dari sahabat-sahabat dalam pakatan juga semakin terserlah.

Bermakna, kerajaan perpaduan ini bukanlah mendapat keuntungan untuk kemenangan Islam, tetapi memberi kerugian yang amat besar terhadap kemenangan Islam itu sendiri.

Jika dilihat dalam kerajaan Pakatan Rakyat pula, keuntungan dakwah islamiyyah itu amat terserlah, sepertimana keuntungan dakwah Islamiyyah yang dikecapi dalam perjanjian al-hudaibiyyah.

Masakan tidak, kita dapati ketika Pakatan Rakyat dibina, kepercayaan non Muslim terhadap PAS amat ketara dilihat menerusi sokongan mereka. Begitujuga, sokongan orang melayu terhadap PAS semakin hari semakin terserlah.

Pun begitu, menyedihkan sokongan itu kembali berkurangan disebabkan idea kerajaan perpaduan ini dilontarkan tanpa diadakan perbincangan yang lebih mendalam di kalangan parti PAS, juga dikalangan kawan-kawan dari Pakatan Rakyat.

PIAGAM MADINAH

Jika kita merenung dalam kandungan piagam madinah, kita akan dapati bagaimana konsep pemerintahan Islam yang dilakukan oleh Nabi SAW berjaya menyatukan semua bangsa dan agama dalam sebuah negara.

Ekoran itu, kita dapat melihat bagaimana orang yahudi dan nasrani bisa duduk dalam kerajaan Islam Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. malah, yang lebih membanggakan lagi, apabila kerajaan Islam yang dikepalai oleh Nabi SAW itu mendapat sokongan dan dokongan dari kalangan non Muslim sehingga sampai satu tahap, ada sebilangan non muslim sanggup berjumpa dengan Nabi SAW semata-mata mahu meminta izin untuk memberikan bantuan tenaga dalam mengalahkan musuh-musuh Islam dalam sesuatu peperangan.

Keadaan ini tidak sama dengan kerajaan perpaduan yang diideakan. Ini kerana, dalam piagam Madinah, ketoleransian itu wujud dengan ditabalkan Nabi Muhammad SAW itu sebagai ketua kerajaan, sedangkan keadaan ini tidak berlaku dalam kerajaan perpaduan.

Begitujuga, piagam madinah mengandungi maksud bahawa non muslim bisa duduk dalam kerajaan Islam pimpinan Nabi, dengan sama-sama berusaha hendak membantu Nabi SAW dalam membangunkan kerajaan. semua ini bersebab, kepercayaan mereka terhadap Nabi SAW itu semakin hari semakin bertambah.

Keadaan ini tidka berlaku dalam kerajaan perpaduan. Ini kerana, semenjak idea ini ditimbulkan, kesangsian non muslim terhadap PAS semakin hari semakin ketara. Bukan sekadar kesangsian, malah penolakan secara terang-terangan dari pihak mereka juga amat kelihatan.

NABI MUSA JUMPA FIRAUN

Ada pula pihak tertentu berhujjah dengan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang arahan Allah agar Musa berjumpa dengan Firaun.

Firman Allah;

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya;
“Pergilah kamu berdua (musa dan Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia adalah taghut (melampaui batas) * maka katakanlah kepadanya dengan perkataan yang lembut, mudah-mudahan dia akan ambil peringatan dan bisa menjadi takut”

(Surah Taha : 44)

Perlu diingat, pertemuan Musa dan Harun dengan Firaun, bukannya mahu membina kerajaan, tetapi berjumpa dengan firaun untuk menyampaikan satu hasrat dari Allah bahawa Firaun itu adalah taghut.

PENUTUP

Jika mahu dilihat dari sudut dakwah Islamiyyah, bersama-sama dengan kerajaan pakatan rakyat lebih banyak memberi keuntungan, berbanding melahirkan idea kerajaan perpaduan.

Di kala Non Muslim sudah semakin hari semakin hampir dengan Islam, inilah masanya kita berusaha dengan seagrasifan yang mungkin untuk memahamkan Islam kepada mereka.

Bukan bermakna, dakwah kepada UMNO itu tidak penting, malah ia adalah sesuatu yang penting. Pentingnya itu, bukan dengan bergabung kerajaan dengan “PARTI UMNO”, tetapi cukup sekadar dengan “individu-individu UMNO” sahaja.

Orang tua-tua dulu ada menyebut;

”jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”

Justeru, aku amat menyokong kenyataan tok guru nik abdul aziz dalam akhbar;

“Menteri Besar Kelantan itu turut mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara UMNO dan Pas dengan menyifatkan kerajaan pakatan pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

Pacak satu lagi batu nesan umno dimanek urai


Oleh: WFAUZDIN NS

BIAR betapa hebatnya propaganda Umno dan media kawalan mereka mengatakan Pas terutamanya kini di ambang perpecahan, namun sebagai penyokong setia Pas dan juga PR termasuk Kelab Penyokong Pas harus berani turun membuktikan bahawa propaganda murahan Umno tidak laku di bumi Kelantan ini khususnya di Manek Urai. Memang benar, berlaku sedikit kocakan di dalam Pas dan tempiasnya dirasai oleh rakan-rakan di dalam PR, tetapi sehingga kini kesemua pimpinan Pas dan juga PR telah nekad untuk `menggali' satu lagi `kubur' buat Umno dan `batu nisan'nya telah pun ditempah.

Mahu tidak mahu, Umno terpaksa menggigit jari dan menelan air liur mereka untuk melihat Pas berpecah. Oleh itu, tidak hairan lagi di TV3 khususnya dan Utusan Meloya amnya, begitu hebat `lagu' ciptaan Tuan Guru Presiden Pas bertajuk `Kerajaan Perpaduan Umno-Pas' dimainkan, sedangkan sebenarnya `lagu' berkenaan masih belum dilengkapi dengan `irama dan lagu' hanya sekadar `lirik' yang tercipta, bahkan albumnya pun belum dikeluarkan. Tetapi `lagu' yang tidak siap berkenaan amat diminati oleh Umno kerana `ada udang di sebalik batu'. Dan yang terbaru seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, `lagu Kerajaan Perpaduan' tersebut telah ditarik balik kerana tiadanya `irama dan lagu' yang bersesuaian buat tajuk `lagu' tersebut pada ketika ini. Maka, sumbanglah bunyinya `lagu' tersebut apabila Umno memainkannya.

Setelah beberapa kali Umno di`kapankan' di dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil sebelum ini, sudah pasti Umno tidak mahu lagi menanggung malu. Apatah lagi Umno mengakui bahawa kekuatan Pas dan PR hanyalah bergantung kepada yang bukan Melayu, maka di bumi Kelantan ini Umno terpaksa membuktikannya. Jika Umno tewas, ini bererti semua kaum menolak Umno kecuali mungkin golongan `jin jahat atau hantu-hantu' yang sudah cukup umur untuk mengundi. Pas tidak harus leka dengan kemungkinan bantuan dari `makhluk halus' ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa `makhluk halus' seperti ini wujud semasa pilihanraya.

Gunakanlah peluang ini untuk membuktikan bahawa sebenarnya Umno dan Pas tidak serasi untuk di`tunangkan' apatah lagi untuk di`kahwin'kan. Sekian lama Pas telah cuba untuk berdakwah dengan Umno, tetapi jenis Umno ini tidak akan menerima Pas selagi Pas berjuang atas paksi Islam. Tetapi Pas tidak lama mengambil masa untuk menyedarkan bukan Islam terhadap Islam, apabila beberapa pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR kini telah mula memetik ayat-ayat Al-Quran di dalam ucapan-ucapan mereka. Jelas terbukti bahawa Pas sebenarnya lebih serasi, mudah dan senang untuk menjalankan kerja dakwah mereka bila berada di dalam PR jika dibandingkan bersama dengan Umno. Umno ingin bersatu atas dasar Melayu kerana pada mereka Melayu itu Islam, kuat Melayu maka kuatlah Islam. Prinsip ini sebenarnya sesat lagi menyesatkan. Kekuatan kerajaan Islam di zaman Uthmaniah bukan kerana Uthmaniah itu Melayu, tetapi kerana perjuangannya meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan juga kerana keadilannya terhadap semua rakyat.

Saya berharap tiada larangan buat sesiapa sahaja untuk menabur bakti di Manek Urai asalkan tujuannya satu iaitu untuk `mengapan'kan Umno. Kesemua peringkat pimpinan haruslah dibenarkan datang ke Manek Urai kerana di sana nanti kita akan dapat melihat dengan lebih jelas dan nyata siapakah yang ikhlas berjuang untuk Pas dan siapakah yang datang untuk membawa `cincin pertunangan untuk melamar Umno'. Tetapi saya percaya, setelah berbagai pendapat dan kritikan telah dibuat termasuk nasihat dan teguran dari Mursyidul Am, pemimpin-pemimpin Pas yang akan datang ke Manek Urai akan datang dengan semangat yang lebih kuat dan jitu. Biarkan mereka datang untuk mensucikan `dosa-dosa' mereka terhadap parti yang kita sayangi ini.

Bila menteri cap ayam bersuara


Muhyiddin Yassin,yang juga timbalan menteri perdana malaysia berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

tu la,kalau dah bangang,memang akan bengang dulu kini dan selamanya..memang bukan hak gua nak kata dia tu masuk syurga dia tu masuk neraka,cuma ucapan lawak muhyidin memang tahap kritikal.

umNo pada dasar pun dah bertentangan dengan islam,united MALAY nasional organisation.bunyi dah perkataan yang melambangkan perkara yang tidak diajar islam iaitu perkauman.umNo ni dasarnya assobiyah,islam larang assobiyah,camne nak masuk syurga.

islam juga melarang umatnya mengamalkan rasuah,umNo ni dah terang terangan parti rasuah,tak caye tanyalah khairy..nak masuk syurga camne.

umNo dulu roboh rumah Allah,camne nak masuk syurga Allah.

umNo juga selalu anjurkan pesta pesta maksiat,nak masuk syurga camne,gambar di atas tu buktinya..

banyak perkara yang dilakukan umNo ni bertentangan dengan islam bahkan ada dalam katogeri melawan islam,cmane nak masuk syurga..

gua tak kata kalau undi pas masuk syurga,itu kerja Allah,cuma cuba bandingkan antara dua.mana yang lebih dekat dengan islam....korang fikir la sendiri.

Futsal persahabatan

seperti kebiasaan,lujnah sukan dan reakreasi caw.telah mengadakan program futsal.setelah lebih 2 bulan program ini dilancarkan,program ini mendapat sambutan yg mengalakkan dari pemuda2 sasaran.program ini diadakan 2 kali seminggu,iaitu pd hari rabu mlm khamis dan sabtu mlm ahad..program mlm tadi melibatkan lebih 20 org pemuda2 sasaran disekitar kg gelugor,kg tengah dan kg telaga papan.perlawanan mlm td dimenangi oleh team ajk pemuda caw.tetapi keputusan itu tidaklah penting.apa yg penting disini adalah sasaran dan matlamat kami utk mendekati pemuda2 disekitar tercapai.gambar2 tidak dapat dilampirkan disbbkan jurukamera terlupa hendak membawa kamera keprogram tersebut.insyaallah kami dari lujnah sukan dan reakreasi akan menganjurkan satu program yg diberi nama "BERSAMA PEMUDA".program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 26hb june 09 sehingga 28hb june 09.program2 yg dirancangkan adalah futsal pantai 16 pasukan,futsal padang 24 pasukan dan diakhiri dgn program BBQ.insyaallah..

Khamis, Jun 18, 2009

Ust.Ahmad Awang enggan dedah siapa....

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang enggan mendedahkan nama pengkhianat mandat rakyat yang menghasut beliau supaya merelakan PAS membentuk kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

"Hanya beberapa orang pemimpin lain dan saya sendiri yang tahu siapa beliau," kata beliau yang hanya tersenyum apabila didesak oleh wartawan yang mahu tahu adakah si celaka penagih Umno itu dari kalangan mereka yang terpilih sebagai pemimpin PAS baru-baru ini.

Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

Beliau juga memberitahu, jalang politik barua Umno itu menghubungi beliau sehari atau dua hari selepas PAS Perak mengumumkan ia akan membentuk kerajaan bersama-sama DAP dan PKR.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga memberitahu pemberita bahawa Mufti Perak menjadi barua Umno untuk memujuk PAS supaya membentuk kerajaan bersama-sama parti peneraju Barisan Nasional (BN) itu di Perak.

Menurut Ustaz Ahmad, Mufti Perak itu juga cuba memperdayakannya supaya mempersetujui pembentukan kerajaan apabila beliau menipu Ustaz Ahmad kononnya Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersetujui pembentukan kerajaan dengan Umno itu.

Tetapi, Ustaz Ahmad yang lebih mengenali Mursyidul Am PAS berbanding mufti pembohong itu menyatakan beliau tahu bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mungkin bersetuju dengan pembentukan kerajaan sedemikian.

(Nota penting, perkataan-perkataan "pengkhianat mandat rakyat", "si celaka penagih Umno", "jalang politik" dan "barua" adalah perkataan saya sendiri dan tidak pernah diucapkan oleh Ustaz Ahmad. Saya juga akan berusaha mencari identiti sebenar jalang politik barua Umno itu dan mendedahkan namanya dalam blog ini)

Kerajaan Perpaduan blh menghancurkan PAS dan PR



Tak abih2 lagi lagi dengan citer Kerajaan Perpaduan. Betui kata TGNA. Kalo udah gatai dan tak dan2 nak jadi menteri, baik keluar jer dari PAS. UMNO Cheras siap offer lagi. Apa lagi yang ditunggu, keluar ler. Buat aper lagi duduk tercogok dalam PAS. Baikler berambus. Baikler jadi ustaz UMNO.

Sebenornye teman baru jer chek nama teman dalam PAS. Memang teman ahli PAS. Teman ahli tiga parti. Ahli UMNO, PAS dan PKR. Teman tak tahu macam mana tetiba teman jadi ahli UMNO. Lantaknye ler. Teman memang isi borang PAS tetapi tak tahu di mana ditala di deme akan teman ni. Oleh kerana PAS tak serius nak terima teman, temanpun isi borang PKR.

Tapi teman pelikler dengan PAS. Adaker ditalanye teman ke cawangan yang jauh daripada alamat teman. Lainler kalo tempat teman ni takde cawangan PAS. Udahler ditalanye entah kemana, tak berkhabor pulak tu. Setelah lebih 10 tahun, baruler teman tahu yang teman ni ahli PAS di cawangan..… Itupun sebab teman mencari. Kalo idak, sampai ke sudah teman tak tahu akan status keahlian teman.

Oleh kerana teman juga adalah ahli PAS, maka teman berhak menulis pasai PAS. Kepada pemimpin PAS yang nombor satu dan nombor dua serta SUnya, teman nak bagitahu yang mulut kome tu telah menyusahkan ahli PAS macam teman ni. Yang nak beradap dan berkempen face to face dengan pengundi, adalah orang macam teman ni. Kome tu tahu ceramah jer. Kome tu tahu nak jadi calon jer. Abih ceramah, kome balik. Yang kulu kelo ke darat ke baroh berkawan dengan pengundi, orang macam teman ini ler. Masa, tenaga dan duit yang abih usah citer ler.

Sebab itu teman katakan tadi yang kome ni bukan nyenangkan ahli PAS, tapi menyusahkan. Takkan kome tak tahu yang PAS udah elok pakatnya dengan PKR dan DAP . DAPpun udah mula boleh baca dan paham al-quran. Lim Guan Eng pun selalu nyebut nak tiru pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pasai si Karpal Singh tu, lantaknyer ler. Dalam tempoh DAP udah mula berjinak dan cuba memahami PAS, tetiba kome pulak buat hal nak berkawan dengan UMNO. Pelik teman. PAS yang mengEsakan Allah tetiba nak percaya dengan UMNO yang lebih percayakan bomoh daripada Allah.

TGNA memang ada buat silap. Silap kerana mempertaruhkan Ibrahim Ali di Pasir Mas. DSAI juga selalu buat silap. Silap kerana percayakan Saiful. Silap kerana terlalu yakin akan 916. Silap kerana melantik Hj Othman mengemudi PKR Perak. Begitu juga dengan Karpal Singh yang buat silap pertikaikan hudud. Tetapi silap deme takdeler sampai nyusahkan parti. Parti masih kukuh. Sokongan masih bertambah.

Tetapi silap TGHA dan kumpulannya boleh menghancurkan PAS dan PR. UMNOpun tahu yang UMNO tidak lagi boleh bertahan pada PRU13. Walaupun pengundi Melayu kampung masih bersama UMNO, jumlah pengundi Melayu yang mengundi UMNO semakin berkurangan. Sokongan bukan Melayu kepada PR pula telah bertambah dengan begitu ketara. Beberapa siri PRK termasuk PRK Bukit Gantang adalah buktinya. Dengan kata lain peluang PR memerintah Malaysia pada PRU13 lebih cerah berbanding UMNO. Sebab itulah UMNO memuji UG Presiden PAS. Najib kata PAS ikhlas. Kome ingat senangker UMNO nak muji PAS kalo takde udang di sebalik mee.

Tadi si SU PAS dengan bangganya mengatakan bahawa perbincangan dengan UMNO mesti melibatkan PKR dan DAP. Kenapa hari ni baru nak konar macam tu. Sebelum ni gah bebenor dengan UG. Siap dengan dalil lagi. Allah suruh kita berdamai. Jangan bergaduh. Berdamailer dengan UMNO. Tak payahler ungkit2 lagi pasai Altantuya. Tak payahler ungkit2 lagi pasai bomoh. Kata UMNO, bimbingler UMNO ke jalan yang benar.

Sepatutnya pimpinan utama PAS bantu MB Nizar di Perak. Sepatutnya PAS bersama PKR dan DAP memikirkan beberapa langkah proaktif ke arah memahamkan rakyat kampung tentang isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi PAS tetap dengan ceramah risalah, ceramah risalah, ceramah risalah tanda tangan. Takdeker mende lain yang lebih berpekdah dan berkesan yang kome boleh buat. Buatler Futsal Piala Nizar atau Speaker. Buatler Kuiz Merampas Perak peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan. Hakim2 peringkat negeri dan kebangsaan mesti terdiri daripada ADUN PR. Ate ngape, payah bebenorker nak buat yang lain selain daripada ceramah?

Pemimpin2 utama PAS hari ni seolah2 udah jadi seperti perumpamaan, Gajah depan mata yang begitu besor tak berapa nampak, tapi hama yang nun jauh di Putrajaya nampak bebenor.

Program ziarah muslimat caw.




Program ziarah dan sumbangan diteruskan,kali ini lawatan dr muslimat caw.ke rumah ibu2 tunggal.didlm lawatan tersebut pelbagai rintihan telah diluahkan kpd kami.khususnya Pn.Sabariah Mohd yg terpaksa menjaga anak saudaranya yg sakit mental ini.Semasa dilahirkan anak saudaranya yg bernama Zulkeffli ini sihat dan kecacatan yg sedikit dimulutnya(sumbing),hanya selepas umur 20thn,dia membuat pembedahan mulutnya yang sumbing itu,ditakdirkan allah dia mula selalu tidak sihat tubuh badan,sedikit demi sedikit perubahan terdapat pada dirinya,sehinggalah mentalnya menunjukkan perubahan yg mendadak.sehinggalah keadaannya jd begini.semasa sihat,beliau selalu berjemaah disurau.tiada apa yg dapat kami bantu selain doa dr kami agar saudara Zulkeffli sembuh seperti sediakala.

UMNO Cheras sedia terima Ust Nasha?

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG telah diduga. Umno akan sentiasa menunggu umpan dikailnya di makan. Walaupun kenyataan Mursyidul Am Pas yang mahukan Ustaz Nasha keluar dari Pas serta dari MP Bachok SEKIRANYA Ustaz Nasha ingin bersama Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah satu kenyataan berunsur AMARAN dari seorang Mursyidul Am, tetapi Syed Ali Al-Habshee Ketua Umno Bahaian Cheras telah mula merasa seronok. Apakah Ustaz Nasha berselera dengan Umno? Itu kita belum tahu, cuma kita inginkan satu penjelasan muktamad dari Ustaz Nasha bahawa tiada Kerajaan Perpaduan.

Ketua Umno Bahagian Cheras di dalam blognya berkata Umno bahagian itu sedia menerima Ustaz Nasha menjadi ahli Umno. Isu Kerajaan Perpaduan kini berada di kemuncaknya dan Mursyidul Am Pas telah mula lantang mengeluarkan pendapatnya selaku Mursyidul Am. Apakah MB Kelantan ini tidak suka kepada perpaduan umat? Sudah tentu tidak, kerana di bawah pentadbirannya di Kelantan, usaha untuk menyatupadukan rakyat tidak mengira bangsa, ugama dan parti giat dijalankan. Hasilnya, Pas semakin kuat di Kelantan dan semua rakyat di Kelantan hidup dengan aman dan makmur. Ini membawa maksud, tanpa Umno penyatuan Melayu boleh dicapai. Tanpa Umno juga, Islam boleh dikembangkan.

Sejarah lampau banyak mengajar Pas tentang perpaduan bersama Umno. Pas pernah ditendang keluar dari Umno, dan Pas juga pernah `diceraikan' oleh rakannya Parti Melayu Semangat 46 apabila parti tersebut menyertai Umno. Bahkan, pemimpin Kanan Pas sendiri Ustaz Nakhaie menyertai Umno. Apakah kesemuanya itu boleh menyatupadukan umat? Perpaduan hakiki hanya boleh dicapai melalui ajaran Al-Quran, apakah Umno bersedia untuk menerima Al-Quran sebagai panduan untuk merealisasikan perpaduan ini? Timbul persoalan, mengapa Pas sanggup bersama dengan PKR dan DAP di dalam PR?

Persepakatan Pas dengan PKR dan DAP juga bukan persepakatan mutlak. Persefahaman di dalam PR juga mempunyai syarat-syarat tertentu yang di antaranya semua parti di dalam gabungan tersebut mestilah sentiasa menghormati prinsip dan dasar parti masing-masing. Jangan ada penentangan terhadap dasar parti oleh parti yang lain. Tumpuan ketiga-tiga parti di dalam PR ini juga adalah terarah kepada perkara yang perlu diperjuangkan bersama seperti menolak amalan rasuah, kezaliman, kebebasan media, kehakiman, kedaulatan undang-undang dan beberapa perkara yang semakin rosak di bawah kerajaan Umno/Bn sekarang. Tidak masuk di akal oleh kita, bagaimana mungkin Pas boleh memperjuangkan semua isu ini sekiranya Umno dijadikan rakan sepakat mereka. Lihatlah siapa pemimpin Umno sekarang di semua peringkat. Lihatlah betapa Umno masih segan atau tidak mampu memisahkan perasuah dari kepimpinan mereka. Apakah jika Pas bersama dan berpakat dengan Umno, maka Pas berupaya mengatasi masalah-masalah tersebut? Bagaimana dengan isu di Perak, bagaimana pula tentang jenayah yang berlaku terhadap Altantuya? Dan, banyak lagi.

Oleh yang demikian, pada pendapat saya Mursyidul Am Pas telah mengeluarkan kenyataan yang amat tepat, bijak dan berpandukan kepada sejarah silam serta keadaan semasa. Betapa sayangnya beliau kepada Ustaz Nasha sekalipun sudah tentu tidak dapat melebihi cinta, kasih dan sayangnya Mursyidul Am ini kepada Pas. Apakah Mursyidul Am mempunyai kepentingan peribadi apabila menentang Kerajaan Perpaduan ini? Tidak masuk akal, kerana beliau tidak akan bermimpi untuk menjadi PM dalam waktu usia sekarang tambahan pula keadaan kesihatannya. Sedangkan jawatan MB Kelantan yang dipegangnya beberapa penggal ini pun sudah mula dirasakannya perlu dilepaskan. Beliau tiada hasrat dan cita-cita lain melainkan inginkan Pas menjadi satu parti yang akan menggantikan Umno memerintah negara ini walaupun pada ketika itu mungkin beliau telah kembali ke alam yang lain.

Selaku seorang ayah, apabila anak tidak mendengar kata setelah diberikan teguran secara baik, dijerkah, akhirnya ayah terpaksa menggunakan rotan untuk mendidik anak kesayangannya. Bagi saya, Ustaz Nasha adalah anak kesayangan Mursyidul Am kerana itulah beliau sanggup mengenepikan beberapa calon anak jati Kelantan yang layak di Bachok dan merestui Ustaz Nasha sebagai MP Bachok. Pengorbanan seorang ayah dan kasih sayangnya perlulah disanjungi oleh seorang anak. Tiada ayah yang sanggup melihat anaknya terbiar dan tersesat jauh dipengaruhi oleh dunia luar yang terlalu banyak bahaya, mudharat dan risikonya.

Rabu, Jun 17, 2009

Gazza dihatiku

Adakah Gaza masih dalam ingatan kita atau sedikit demi sedikit kita lupakan? Masih teruskah boikot anti produk Israel dan sekutunya? Sebagai refresh saya mendapat artikel yang menarik mengenai peperangan Gaza-Israel lalu.

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut

keajaiban Gaza
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.

Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Selasa, Jun 16, 2009

Futsal persahabatan


Perlawanan futsal yg diadakan di masterscaf paka pada 13hb 6 baru2 ini menemukan pasukan senior dan junior yang mana berkesudahan dgn kemenangan dipihak junior dgn kelebihan jaringan yg agak tipis...