PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Selasa, Januari 25, 2011

Pusingan 2: BN jaring gol sendiri, PAS jerit goool!

ULASAN Pertembungan BN dan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang umpama perlawanan 'Merseyside Derby' antara Real Madrid dan Barcelona di Stadium Barnabeau, Madrid, Sepanyol untuk perlawanan penentuan kejuaraan La Liga.

Bagi peminat setia kedua-dua pasukan itu, pertemuan itu adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong setia pasukan, apatah lagi Real Madrid bermain di hadapan penyokong sendiri.

Kedua-dua pasukan membarisi kesebelasan utama yang mantap dari bintang-bintang handalan dari segenap posisi sama ada serangan, tengah dan pertahanan serta penjaga gol bertaraf dunia.

Bagi Real Madrid, siapa yang tidak kenal seperti Higuan, Karim Benzema, Christiano Ronaldo, Gucci sehingga Iker Casillas. Manakala bagi Barcelona mereka menurunkan bintang seperti David Villa, Lionel Messi, Xavi Henandez, Carlos Puyol sehingga Victor Valdez.

NONEMaka BN, diumpamakan Real Madrid yang turun dengan kesebelasan yang mantap, apatah mempunyai kelebihan bertarung mempertahankan di kubu kuat, Tenang. BN mempertaruhkan Mohd Azahar Ibrahim, seorang bekas penolong pegawai daerah dan bekas bendahari Pemuda Umno Labis.

Manakala PAS diibaratkan Barcelona yang turun sebagai 'pasukan underdog' apatah lagi berdepan dengan ribuan penyokong lawan. Oleh itu PAS menobatkan bekas guru cemerlang dan ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman mewakili Pakatan Rakyat.

Kelebihan tuan rumah

Pada adat kata, selalunya tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mencapai kemenangan, tetapi ia juga harus berwaspada dengan taktikal pihak lawan.

Dengan mengetepikan andaian "bermain di atas padang tidak sama rata", pilihan raya kecil Tenang dilihat penting bagi kedua-dua parti khususnya kepada BN yang mahu mempertahankan kerusi tersebut yang dikuasai sejak dahulu lagi.

NONEManakala PAS dan Pakatan Rakyat juga mahu memenangi kerusi berkenaan bagi menambah suara pembangkang di DUN Johor seterusnya membuktikan momentum 'tsunamipolitik' pilihan raya umum 2008 masih lagi kuat selepas menang sembilan daripada 13 pilihan raya kecil.

Jika begitu, umumnya dalam situasi sebegini, perlawanan antara BN dan PAS bukan pertembungan angka atau jumlah kemenangan, tetapi
pertembungan strategi, taktikal dan corak permainan ketika berdepan dengan lawan masing-masing yang sama-sama handal.

Dalam separuh masa pertama, serangan BN terhadap PAS - beberapa hari sebelum penamaan calon - melalui jentera bahagian sayap kanan, MCA yang cuba merobek-robek pertahanan PAS melalui satu serangan - isu negara Islam.

Malah serangan tersebut, mendapat turut mendapat 'restu'Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan "ada baiknya" masyarakat Cina dingatkan dengan perkara tersebut kerana PAS tidak meminda perlembagaan mereka berhubung perkara tersebut.

PAS memintas

Bagaimanapun, serangan itu dapat dipatahkan setelah pertahanan PAS 'merapati' isu berkenaan dan berjaya 'memintasnya' dengan sekadar berkata "itu isu lama" yang dibangkitkan semula, bahkan ia tidak memberi kesan kepada pengundi terutama kaum Cina.

tenang by election day 1 230111 normala greets tradersPenat dengan serangan yang tidak menjadi-jadi, BN menukar strategi dan taktikal dengan melancarkanserangandari arah kiri melalui isu calon PAS - yang mesra dipanggil Cikgu Mala - melalui isu bahawa beliau enggan bersalaman dengan lelaki.

Serangan itu juga dimulakan sekali lagi oleh Chua Soi Lek melalui 'satu hantaran lintang' ke sebelah kiri yang disambut oleh rakan lain - Gerakan.

Bagaimanapun, PAS berjaya mematahkan serangan tersebut dengan 'bertahan' dan sekali sekala melancarkan serangan balas dengan berkata perkara tersebut adalah prisip agama dan wanita Muslim tidak dibenarkan bersalam dengan lelaki.

NONEMungkin strategi bertahan - buat masa ini - adalah yang terbaik di samping mungkin berbekal kata-kata azimat: "Istiqamah baru datangnya karamah".

Serangan yang bertali arus itu, gagal membuahkan hasil sehingga mendapat liputan meluas oleh media. Kebuntuan mencari gol, menyebabkan pengurus pasukan bangun dari tempat duduk bangku simpanan.

Kehadiran Timbalan Muhyiddin Yassin dalam 'walkabout' semalam bertemu masyarakat dan pengundi di DUN Tenang yang mahu "taktik dan strategi" mengenai isu bersalam ini dihentikan.

Teguran Muhyiddin

Sebaliknya, beliau menegaskan masih terdapat perkara lain yang harus ditumpukan "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan" kepada rakyat.

NONE"BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian kerana (beliau) mungkin (bertindak) atas sebab-sebab tertentu.

"Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," katanya dalam satu sidang media di Tenang.

Teguran itu dilihat bukan sahaja kepada MCA tetapi kepada kepada parti komponen yang berada dalam gabungan BN.

NONEPemerhati politik melihat teguran Muhyiddin itu sebagai serangan dari PAS untuk mendapatkan gol di minit-minit akhir perlawanan separuh masa kedua. Teguran itu juga diumpamakan satu rembatan kencang 'ala Lionel Messi', melencong dan terkena pertahanan sendiri, lalu meniti masuk ke gawang sendiri.

Kedudukan berubah, 1 - 0, dan PAS menjerit "goool"! tanda kegirangan dengan jaringan itu kerana hasil bertahan dan sekali sekali melancarkan serangan pantas berjaya membuahkan hasil, tanpa 'bekerja keras' - buat masa ini.

Rebut peluang

Persoalannya sekarang ialah, berpeluangkah BN bangkit dengan strategi, taktikal dan mengubah corak pemainan yang masuk kepada minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan walaupun tempoh berkempen masih lagi berbaki lima hari lagi.

tenang by election day 1 230111 normala sudirmanAtau mampukah PAS menggunakan peluang ini sekadar bermain bertahan sehingga tamat perlawanan, walaupun barang diingat BN mampu membuat serangan balas dalam permainan berbaki lima minit - masa kecederaan.

Apa sahaja boleh berlaku dalam masa lima minit, seperti mana berlaku dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah 1999 antara Manchester United dan Bayern Munich.

Bayern Munich mendahului hingga akhir perlawanan, tetapi akhirnya kecundang kepada Manchester setelah Teddy Sheringham dan Ole Gunaar Solksjear - masing-masing menjaringkan gol pada minit kecederaan.

Sabtu, Januari 22, 2011

UMNO berkiblatkan golongan KAFIRUN

TPM: M'sia negara Islam yang diperakui Amerika

Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

NONETimbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh BN.

"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tenang, di Labis hari ini.

Negara Islam maju

Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi.

Perakuan itu, kata beliau sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan pimpinan BN tidak berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar untuk membantu dan meningkatkan kedudukan ekonomi rakyat.

NONE"Jika ada pihak-pihak yang datang dan cerita perkara karut-marut, saya minta penduduk kampung jangan percaya," katanya.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini berikutan kematian penyandangnya, allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Proses penamaan calon pula akan diadakan esok.

Pada majlis sama yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang Mohd Azahar Ibrahim.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk memperbaiki kemudahan infrastruktur masjid.

Peruntukan yang diluluskan berikutan permohonan daripada jawatankuasa masjid jamek itu termasuk untuk memperbaiki kemudahan tandas dan menurap jalan di sekitar tadika yang terletak dalam kawasan masjid.

- Bernama

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UMNO memerlukan pengiktirafan golongan kuffar untuk menilai MALAYSIA adalah negara islam.Tidak merasa bersalahkah TPM dan UMNO khususnya terhadap kenyataan yg begitu jelek ini?bukankah AMERIKA LAKNATULLAH itu memerangi negara2 islam,membunuh saudara2 seislam TPM kita dan AMERIKA jugalah yang berpakat dengan Golongan YAHUD..supaya kerajaan islam palestin ( HAMAS ) tunduk kepada tuntutan YAHUDI LAKNATULLAH..selama ini UMNO mengatakan MP Permatang Pauh Agen AMERIKA dan Agen YAHUDI..tetapi allah maha Kaya dan Maha Agung kerana telah memperlihatkan dihadapan kita kelakuan golongan2 MUNAFIQUN yang berkuasa diMalaysia sekarang ini membangga-banggakan negara-negara yang terang-terangan bermusuhan dengan golongan ISLAM..adakah HILARY CLINTON itu berkuasa menentukan sesebuah negara islam?jawapannya tidak wahai TPM..pengiktirafan hakiki hanya datang dari allah.renung2kanlah.

Sabtu, Januari 15, 2011

OPERASI MENCABUT BENDERA OLEH BARUA UMNO



"Assalamualikum,

Kisah bangang dan sikap natang pekerja MPK terjadi lagi di bandar Chukai dan kemasik hari ini, jumaat 14/1/2011,pada ketika seluruh jabatan kerajaan dan swasta bercuti hujung minggu di Terengganu.Tindakan seperti natang (binatang) pekerja MPK boleh dilihat pagi tadi ketika memcabut bendera PAS yang dipasang disepanjang jalan utama bermula dari sekolah SIS sehingga Geliga serta dari persimpangan perumahan PETRONAS kemasik hingga ke Kg.Baru Kerteh

Bendera yang dipasang oleh petugas petugas PAS malam tadi adalah sempena menyambut program himpunan rakyat PAS ganti UMNO yang bakal berlangsung pada esok hari, 15/01 2011. MPK sudah sekian lama menunjukkan sikap natang terhadap PAS sedangkan hasil masyur MPK selama ini disumbangkan sebahagiannya oleh ahli-ahli PAS dan paling malang apabila MPK secara terang terangan menunjukkan sikap double standard ketika berdepan dengan parti politik utama di kemaman iaitu UMNO dan PAS atas nama menegakkan undnag undang kepala otak mereka.

Sejak sekian lama, UMNO diberi kebebasan untuk memasang bendera mereka sehingga banyak kali kelihatan bendera UMNO di pagar pejabat MPK tanpa ada tindakan mencabutnya.Tetapi banyak kali juga bendera PAS yang dipasang di sepanjang jalan di sekitar bandar Chukai dicabut oleh pekerja MPK tanpa sedikitnya mahu mengambil kira perasaan dan sensitiviti ahli PAS terutama yang terlibat dalam kerja kerja pemasangan itu.

Apa kah undang undang memberi kuasa yang begitu kepada MPK sehingga mereka menjadi bongkak dan bangang setiap kali berdepan dengan bendera PAS?Apakah jenis undang undang ini kalau hak sebagai rakyat dan warganegara ahli ahli PAS dinodai dengan begitu mudah?Lagipun, selama ini MPK dan lain lain majlis tempatan tidak pernah produktif selain dari memerah wang dari rakyat termasuk juga dari ahli ahli PAS.Dan semua kemudahan yang dibina termasuk penghadang jalan dibina dengan wang rakyat yang bermakna kemudahan ini adalah milik bersama rakyat dan boleh digunakan rakyat tanpa sebarang sekatan yang boleh menafikan hak rakyat.

Kemudahan ini tidak dibina dengan duit pesaka tokki MPK dan bandar Chukai juga bukan peninggalan tokki MPK jadi kenapa MPK boleh begitu berkuasa ke atasnya.Begitu juga pekerja pekerjanya yang gaji mereka dibayar oleh rakyat termasuk ahli PAS boleh bertindak biadap dengan mengambil bendera dan meninggalkan tiangnya bersepah di tengah bandar?

MPK sebaliknya membiarkan UMNO berleluasa memasang bendera mereka di mana sahaja mereka kehendaki sehingga pagar pejabat MPK sering kali dilihat mengibarkan bendera UMNO.Di manakah keadilan yang hendak dibuat MPK dengan alasan menjaga undang undang?

Barangkali berbaloi kata kata seorang petugas PAS malam itu, biarlah kalau MPK nak cabut bendera kita kali ini tetapi mereka perlu mengambil risiko di cabut dengan bangunan bangunannya sekali sekiranya PR menang pilihanraya nanti.Mungkin apa yang dimaksudkan oleh petugas PAS ini ialah MPK dan majlis tempatan lain tidak berfungsi untuk membela rakyat tetapi hanyalah sebagai barua politik UMNO dan perlu dibubarkan apabila PR mengambil alih negara nanti.Bandar Chukai dan lain lain bandar di negara ini bukan pesaka peninggalan tokki MPK dan majlis tempatan lain jadi tidak adil dan tidak mendatangkan apa apa faedah kepada rakyat untuk meneruskan apa yang sedang dibuat MPK dan majlis tempatan lain.

"