PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Selasa, Mei 26, 2009

program futsal persahabatan





perlawanan futsal antara pemuda2 gelugor yg diletakkan dlm kategori pemuda sasaran menentang pemuda2 dari rantau petronas.program2 yg sebegini mendapat sambutan dr pemuda2 sasaran.kebanyakkan mereka bersetuju program2 sebegini diteruskan utk mengeratkan lagi hubungan antara AJK2 pemuda caw gelugor dgn golongan2 pemuda2 sasaran disekitar pekan kerteh.ada diantara mereka yg dicula sebagai D.keputusan perlawanan tidak penting.apa yg penting adalah agar pemuda2 sasaran dapat didekati.insyaalah

Isnin, Mei 25, 2009

surat terbuka utk dato' mufti

Surat Terbuka Untuk Dato’ Mufti Perak BayangDiAir menulis "
Pertamanya, saya ingin memohon maaf kepada Dato’ Mufti Perak sekiranya pandangan saya ini tidak tepat dan menyimpang dari kebenaran. Tetapi apa yang saya dapat baca dari kenyataan dan tindakan mufti Perak mutakhir ini khususnya dalam kemelut politik Negeri Perak, seakan sikap dan pendirian politik Dato’ yang ingin disembunyikan sekian lama, kini sudah dapat dibaca oleh orang ramai.



Dato’ menghentam PAS kerana bersekongkol dengan orang bukan Islam dalam DAP. Dato’ mempertikaikan sikap orang PAS yang sanggup berpelukan dengan pemimpin-pemimpin DAP sedangkan DAP tidak akan merestui Islam yang ingin ditegakkan oleh PAS berdasarkan kata-kata Karpal Singh yang mencabar PAS melangkah mayatnya dulu untuk mendirikan Negara Islam.. Dato’ juga mempertikaikan sikap muslimat PAS dan TG Nik Aziz yang bersimpati dan membela Elizabeth Wong dalam isu gambar separuh bogel.

Pandangan Dato’ saya percaya bertolak dari sikap Dato’ yang mulia iaitu lebih rela Islam berkuasa dan cemburu terhadap kekuasaan orang bukan Islam. Dato’ merasakan kalau UMNO yang memerintah Perak, maka bermakna Islamlah yang berkuasa. Dan apabila pemimpin PAS menjadi MB dalam keadaan exco hampir keseluruhan bukan Islam, maka bukan Islamlah yang berkuasa.

Dari premis apakah Dato’ lebih rela UMNO memerintah Perak? UMNO yang memerintah atau BN yang berkuasa? BN itu, Islamkah? Mana satukah negeri di Malaysia ini UMNO secara tunggal memerintah? Jangan Dato’ nampak Islam UMNO sahaja, BN Dato’ tidak nampak. Ikhlaslah Dato’. UMNO tidak pernah dalam sejarahnya bertanding dalam pilihanraya atas tiket bendera keris telanjang? Faham-fahamlah Dato’.

Kalau Dato’ beranggapan PAS bekerjasama dengan bukan Islam DAP, apakah UMNO tidak bekerjasama dengan bukan Islam MCA, MIC dan parti bukan Islam di Sabah dan Sarawak? PAS berkawan dengan DAP baru setahun , Dato’ Mufti telah nampak ‘kekotorannya’. UMNO berkawan dengan bukan Islam MCA dan MIC sudah 50 tahun, Dato’ mufti buat apa selama ini? Mana lebih benar di sisi Islam; tahaluf PAS dengan wala’ UMNO pada bukan Islam?

Apakah UMNO itu parti Islam? Parti Islam jenis apa yang membenarkan undang-undang bahawa anak-anak orang kafir tidak boleh masuk Islam walaupun ibu atau bapanya masuk Islam seperti yang diputuskan oleh kabinet pimpinan UMNO baru-baru ini? Parti Islamkah UMNO yang dibela secara selindung oleh Dato’ Mufti dalam keadaan parti itulah melalui pemimpin ulungnya menarik bantuan untuk sekolah agama rakyat? Kalau nak disusunatur satu persatu, maka banyak yang Dato’ Mufti kena lihat balik.

Saya hairan bagaimana Dato’ Mufti melihat kes Elizabeth Wong? Isu sebegini mudah pun Dato’ Mufti boleh terkeliru. Dato’ keliru tetapi Dato’ nak salahkan pula muslimat PAS dan TG Nik Aziz. Saya tak mahu jawab isu ini. Cukuplah Dato’ mengatakan saya jalang apabila gambar saya sedang mencangkung di bilik air rumah saya dicandid dan disebarkan dalam internet. Adilkah sikap ini Dato’?

Kesimpulannya, berpuluh tahun Dato’ berjaya menyembunyikan kecenderungan dalam politik. Akhirnya, saya diberikan jawapan oleh ucapan dan sikap Dato’. Saya tidak merendahkan martabat Dato’ kerana Dato’-lah antara mufti yang tinggi ilmunya dan ada keberanian dalam mengutarakan sesetengah isu. Alangkah baiknya, tulisan saya yang rendah ilmunya ini menjadi pencetus kesedaran Dato’.

BayangDiAir,

Kemaman, Terengganu.

"

Jumaat, Mei 22, 2009

usrah PASTI.






Jabatan PASTI caw telah mengadakan usrah bulanan.naqib usrah ust nik nasri.tempat usrah diPASTI AL-ABRAR kg. gelugor kerteh.usrah yg akan datang insyaallah akan diadakan pd 24 june 09 di PASTI AR-RAHMAN kg baru.kerteh.

program "langsung dr rusila"







lujnah ICT caw telah menganjurkan program "langsung dari rusila".program ini diadakan setiap pagi jumaat bermula jam 8.30pg.tempat program ini berlangsung di surau gelugor.program ini telah berjalan selama sebulan yg lepas.dimana setiap minggu kehadiran2 begitu memberangsangkan.pd hari ini tidak kurang 30 org yg hadir pd program ini.insyaallah lujnah ICT caw akan cuba sedaya upaya utk memastikan program2 sebegini berterusan.insyaallah

usrah mingguan pemuda caw




usrah mingguan pemuda caw. telah diadakan pd 21hb may 09..minggu ini naqib jemputan UST ALIAS ABD HAMID ( TIMB. YDP KAWASAN KEMAMAN )..tajuk yg dibahaskan adalah berkenaan dgn isu2 semasa.naqib menceritakan bagaimana pentingnya program2 usrah ini utk melahirkan pemimpin2 masa hadapan.byk tip2 yg berguna yg telah diinputkan oleh UST ALIAS ABD HAMID.insyaallah kami dr lujnah tarbiyah & pengkaderan akan memastikan supaya program2 yg sebegini mendapat hasil yg lumayan kemudian hari nnt..insyaallah

Khamis, Mei 21, 2009

mesyuarat induk cawangan




mesyuarat induk caw yg melibatkan pemuda dan muslimat caw telah diadakan pd 18hb may 09 di surau gelugor.inilah pertama kali mesy diadakan atas gabungan tiga sayap perjuangan.dgn kehadiran yg sgt mengalakkan dr AJK2 yg terlibat membuatkan mesy kali ini bertambah sengit.byk2 program2 yg telah diaturkan.akhir sekali muga diberkat oleh allah
"sesungguhnya diakhir zaman sesiapa yg hendak kpd perjuangan islam ibarat ia mengenggam bara api" takbir!!!!

Rabu, Mei 20, 2009

perlawanan futsal persahabatan minggu ke2

....saudara s/u pemuda caw. takkan duduk sajerr kot..



.....penjaga gol import yg telah melepaskan 14 gol dgn tertanduknya gol sendiri..

....aksi2 semasa perlawanan...

perlawanan persahabatan pd mggu ni diantara semayor vs gelugor telah diadakan disamsaba kerteh.perlawanan berkesudahan dgn berkubur dlm gol pemuda gelugor dibelasah oleh semayor

program futsal persahabatan



pemain import dan terlebih umur..hehehe


pd 14hb may 09 lujnah sukan & rekreasi DPP caw. gelugor telah membuat satu program perlawanan futsal antara pemuda gelugor menentang pemuda panalex yg diadakan dimasterscaff paka.tujuan program utk menarik golongan muda utk menyertai aktiviti yg sihat sambil merapatkan ukhwah DPP caw. gelugor dgn anak2 muda.rekod jaringan agak sengit oleh kedua-dua belah pihak.kami berharap program2 ini mendapat sambutan drpd golongan2 muda.insyaallah dpt siteruskan pd masa2 akan datang.

Ahad, Mei 10, 2009

PROGRAM ZIARAH PESAKIT DI KG.GELUGOR




lujnah kebajikan caw. telah menziarahi seorg pesakit saudara mohd azmi b. sidek yg menghidapi penyakit ghout.penyakit yg dihadapinya bertambah teruk sehinggakan sudah 2 bulan dia tidak berupaya berjalan dan pergerakannya hanya bergantung kpd tongkat n kerusi roda.dia mempunyai 4 org anak yg masing2 masih bersekolah.utk rekod sdr azmi telah diberhentikan kerja oleh majikannya disbbkan penyakit yg dihadapinya.ini menyebabkan beliau hilang punca pendapatan.dulu beliau telah menyewa sebuah rumah tetapi dgn hilangnya keupayaan utk bekerja maka beliau terpaksa duduk bersama2 ayah n ibunya dirumah mereka di kg.gelugor.dgn kepayahan dan kesempitan yg dihadapi oleh sdr azmi kami dr lujnah kebajikan berusaha mengumpul dana utk memberikan sumbangan yg tak seberapa kpd sdr azmi..sumbangan disampaikan oleh ketua PAS caw gelugor.

Sabtu, Mei 09, 2009

USRAH MINGGUAN DPP CAW. GELUGOR



salam..lama tak update blog sbb skrg ni terlampau sibuk sangat..
gambar2 ni diambil semasa program usrah mingguan DPP caw. gelugor pd 2hb may 09.seramai 15 org AJK telah hadir..3 org AJK tidak dapat menghadiri usrah.

Isnin, Mei 04, 2009

Program kebajikan di Kg gelugor






pd 30hb april 09 DPP caw. gelugor telah menziarahi 2 keluarga iaitu saudara mohd kamal abd aziz (berbaju merah) dan saudara jalil yg lebih dikenali sebagai pok ya.saudara kamal bekerja sebagai pemungut sampah disekitar kerteh,beliau mempunyai 3 0rg anak dimana anak yg ke2 yg berumur 10thn menghidap penyakit buah pinggang,dgn pendapatan yg tidak menentu menyebabkan beliau tidak mampu menanggung kos rawatan anaknya.utk rekod beliau pernah beberapa kali meminta bantuan rumah PPRT dr pihak yg sepatutnya tetapi dinafikan haknya,rumah yg diduduki skrg ni pun sewa,kesempitan yg dialami oleh saudara kamal mendorong kami dr DPP caw. mengambil insentif utk membantu dr segi brg2 keperluan dapur..sumbangan disampaikan oleh pengarah MTD kemasik ust.alias abd hamid..pd hari yg sama juga kami DPP caw. telah menziarahi ibu kpd pok ya perabot.menurut pok ya ibunya telah 10thn terkena angin ahmar.smpi skrg pergerakan ibunya terbatas,makan,minum dan sbginya semua diuruskan oleh adik-beradik mereka.sumbangan disampaikan oleh s/u DPP caw. saudara abu abbas..