PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Rabu, September 16, 2009

Sumbangan Ramadhan di Surau Taqwa, Kg. Gelugor, Kerteh








Meskipun ramadhan sudah sampai ke penghujung, sumbangan para penderma dan syarikat korporat kepada golongan yang kurang berkemampuan terus mencurah tiba.

Majlis penyerahan sumbangan Ramadhan oleh kakitangan sebuah syarikat telah diadakan di perkarangan Surau Taqwa, Kg. Gelugor pagi tadi.

Menurut wakil syarikat, sumbangan tersebut adalah hasil derma kakitangan syarikat yang telah menjadi program tahunan. Kata wakil kakitangan syarikat, "Jumlah kutipan derma dari kakitangan syarikat pada tahun ini agak tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya. Kami telah mengagihkan sebahagiannya dan pada pagi ini seramai 11 orang penerima akan menerima sumbangan tersebut".

Wakil penduduk Kg. Telaga Papan & Kg. Gelugor & Kg. Tengah Kerteh, Mohd Tishaah Hamzah, ketika memberi ucapan penghargaan kepada wakil kakitangan syarikat mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan kakitangan syarikat kepada penduduk dan masyarakat setempat. "Walaupun bekerja di sebuah syarikat yang besar, kakitangan masih dapat memikirkan nasib penduduk yang kurang berkemampuan terutama menjelang hari raya Idul Fitri. Kami mengucapkan ribuan terima kasih semoga segala usaha saudara mendapat keberkatan Allah swt".

Semoga sumbangan ramadhan yang diberikan akan mengurangkan rasa sedih golongan yang kurang berkemampuan menghadapi ramadhan dan Idul Fitri.

1 ulasan:

  1. Hahahaha...
    Tengok dari muka2 penerima...aku kenal sangat...
    Aku pun Budak Kg Gelugor gak....KANTOIIIIIII....

    Semua tu muka org yg kurang berkemampuan ?????
    Hahahahaha nak tergolek aku gelak.....

    Jangan ler nak MENIPU....nasib baik ler tergerak aku nak buka GoBloq ni....

    Tu tokey kedai makan pakai kopiah putih tu Kurang bernasib baik gak ker?????

    Sudah ler jual makanan mahal nak mampus...
    Boleh lagi kata kurang berkemampuan....

    Sah Puak2 PAS ajer ni....

    Kalau nak bagi sumbangan sekali pun...Berpuluh-pulok lagi penduduk miskin kat Kg Gelugor tu...jgn dok pilih Puak PAS jer....Baghal punya org.

    Menegakkan ISLAM konon....macam program PILIH KASIH jer????????.

    Muka sekor2 tu aku kenal sangat.....

    * BUDAK KG GELUGOR GOK *

    BalasPadam