PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Khamis, Disember 03, 2009

Biarlah Mereka Bakar, Pijak Gambar Dan Memaki Hamun

PESTA memijak potret tiga Adun yang keluar parti dari Perak, Jamaluddin Md Radzi (Behreng), Othman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelutung) oleh pemimpin DAP menimbulkan kemarahan berbagai pihak. Mereka menganggap perbuatan itu kurang ajar, biadap dan kebudak-budakkan.

Antara yang marah ialah MB Perak, Zambry Abdul Kadir. Kata Zambry perbuatan itu biadap dan kurang ajar. Katanya perbuatan itu satu perbuatan keji yang dilakukan oleh pemimpin DAP.

Mulanya saya malas untuk mengulas mengenai kejadian ini dan mahu biarkan begitu saja. Tetapi apabila ada yang bertanya mengenai hal itu suka tidak suka kenalah ulas serba ringkas.

Pada saya perbuatan dilakukan Lim Kit Sinag bersama anaknya Lim Guan Eng dan pemimpin lain itu tidak ada salahnya. Kerana dunia politik memang begitu. Kalau hendak dikatakan perbuatan itu biadap, kurang ajar dan sebagainya.... ia juga dilakukan oleh pihak UBN. Cuba fikir siapa yang menjadi dalang di sebalik pembakaran gambar Lim Guan Eng dua tiga hari lepas.

Mana lebih teruk dan zalim, bakar gambar berbandingkan pijak gambar? Tentulah bakar gambar lagi zalim dari hanya pijak gambar sebab ia melibatkan api. Apabila gambar Lim Guang Eng dibakar tidak ada pula yang bangkit membantah dan mengatakan perbuatan itu kurang ajar? Apakah kerana dia Cina?

Ini sikap double standard. Kalau kita hendak jadi penegur, tegurlah kepada semua pihak. Jangan bila ia terkena ke atas batang hidung kita ia dianggap wangi. Tapi kalau kena batang hidung orang lain ia dirasakan hampak dan busuk.

Soal bakar gambar pijak gambar ini dalam dunia politik sudah menjadi budaya dan appearance menyeronokkan. Bukan saja setakat gambar Adun dan pemimpin tertentu yang dibakar dan dipijak, bendera parti pun pernah dipijak oleh orang. Maruah bendera atau lambang parti itu sebenarnya lebih besar daripada maruah pemimpin dan tokoh-tokoh tertentu.

Begitu juga dipentas politik, dalam internet dalam buku dan surat khabar. Maki hamun kepada pemimpin berlaku hampir setiap hari. Apakah perbuatan itu bermaruah, cukup ajar? Kalau tidak kenapa ia tidak dikecam?

Begitu juga aksi dan kenyataan dilakukan oleh orang politik ia begitu sadis dan kadang-kadang tidak bertamadun langsung. Dengarlah sendiri apa yang mereka ulas dan ucapkan atas pentas ceramah. Begitu juga lihat perangai dan tindak tanduk mereka. Meninggalkan parti, menjatuhkan kawan, menabur fitnah kerana mempertahankan diri, jauh lebih dahsyat dari perbuatan membakar dan memijak gambar.

Kesimpulannya bagi saya, aksi-aksi yang berlaku di Penang dan Perak atau di mana-mana itu adalah budaya dalam politik. Ia tidak lebih sebagai gimik saja. Jadi kalau ada yang mengatakan ia perbuatan boleh menghiris dan menimbulkan perbalahan, kita sudah lama dah bergaduh dan bergasak sesama sendiri bukan pun kerana gambar di bakar tetapi kerana ego ingin menegakkan pandangan dan pendirian masing-masing.

Perbuatan bakar gambar, pijak gambar, koyak gambar tidak payah dirisau dan perlu dibimbangkangkan kerana memang budaya politik macam itu. Ia berlaku bukan saja akhir-akhir ini tetapi sejak berpuluh tahun dulu lagi. Cuma hari ini perbuatan itu dibuat secara bertanggungjawab, berterus terang dan disiarkan media, manakala dulu dibuat secara senyap-senyap.

Apa yang berlaku hari ini sesuai dengan politik hari ini lebih daring sesuai dengan masa dan manusia yang sedang menggerakkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan