PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Khamis, Ogos 26, 2010

Apabila Hudud diperkatakan semula

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْاْ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

49 . Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang yang fasik.

Surah : Al-Maidah(49)


Oleh: notan

"Asaalamualaikum,,..
Sejak sekian lama, HUDUD menjadi senjata UMNO untuk menyatakan bahawa perjuangan PAS sia sia.Sejak merdeka sehingga kini, UMNO memusingkan hudud sehingga 360 darjah dengan berbagai bagai ugutan dan perlekehan kepada usaha PAS untuk melaksanakan perintah ALLAH yang qatie ini.Hudud yang dirangka oleh kerajaan Kelantan dikatakan bukan hudud Islam tetapi hudud PAS, perlaksaan hudud disebut sebagai punca kemunduran umat melayu Islam malah dalam satu lakonan perayu undi ketika salah satu pilihanraya umum yang lepas, kelihatan perayu undi UMNO melakonkan orang kudung tangan, kudung kaki di hadapan pengundi bukan Islam.

Tetapi perkembangan terkini menampakkan hudud sudah mendapat perhatian sebahagian besar rakyat Malaysia di mana semakin ramai menyatakan minat mereka untuk mengetahui tentang hudud.

Pemuda Gerakan Kedah sudah menyatakan kesediaannya untuk mendengar mengenai hudud, TSG sudah menyatakan penerimaannya kepada hudud yang dilaksanakan ke atas orang Islam.

Di samping itu, media pengampu UMNO turut merancakkan minat kepada hudud apabila menyiarkan satu lapuran yang menyebut Nik Nazmi sebagai berkata perlaksaaan hudud di Malaysia adalah satu yang sia sia.Respon kepada lapuran ini cukup kuat kerana Nik Nazmi ialah pengarah komunikasi PKR yang ditonjolkan menentang hudud.Tetapi kemudiannya Nik Nazmi tampil dengan penjelasan mengenai lapuran tersebut dan disertakan sekali salah satu perlembangaan PKR yang pada dasarnya memperakui hudud untuk orang orang Islam, begitu juga temubual beliau mengenai hudud dilampirkan untuk rujukan.Nik Nazmi juga turut merujuk kepada salah sebuah buku tulisannya yang memperkatakan hudud di mana kesemuanya membuktikan bahawa beliau bukan seorang yang menentang hudud serta membuka lebih banyak ruang kepada polimik hudud yang bakal memberikan kesan yang positif kepada perjuangan PAS sejak lebih 50 tahun lalu untuk menegakkan sebuah negara yang berhukum dengan hukum ALLAH sepenuhnya.

Lalauan yang semakin luas untuk hudud diperkatakan sesuai dengan kehendak qatie alquran dimenafaatkan oleh Dewan Pemuda PAS dibawah pimpinan Ust Nasarudin Tantawi dengan menawarkan kepakaran mereka untuk menjelaskan hudud kepada sesiapa juga yang berminat.Tawaran Pemuda PAS ini mungkin boleh disambut oleh UMNO atau ahli ahlinya kerana sebagai kelompok melayu yang beragama Islam, seharusnya UMNO lebih berani untuk melaksanakan perintah ALLAH.Zaman untuk menyatakan hukum Islam itu lapuk, tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sudah berlalu.Sebaliknya suara suara sumbang Chua Soi Lek dan Karpal singh tidak harus dijadikan rujukan dalam menyatakan hudud dan hukum Islam tidak boleh dilaksanakan.

UMNO harus menginsafi kesilapan mereka kerana tidak mendengar nasihat arwah prof Ahmad Ibrahim dulu untuk memulakan perlaksanaan undang undang hudud.UMNO semestinya akur bahawa mereka mempunyai peluang untuk melaksanakan hudud seandainya nasihat arwah prof. Ahmad Ibrahim yang disanjung hari ini diikuti kerana ketika itu UMNO cukup kuat untuk mengubah perlembagaan.

Tetapi UMNO enggan ketika itu untuk melihat perlaksanaan hudud dengan alasan alasan yang mencabar kekuasaan ALLAH.Sejak itu PAS tegak memberi peringatan dan seterusnya tegak menentang kerana PAS sebagai sebuah jemaah tetap istiqamah dalam usaha untuk menegakkan perintah ALLAH.

Namun di bulan Ramadan yang diberkati ini, UMNO tidak langsung menunjukkan keikhlasan mereka dalam perlaksanaan perintah ALLAH ini, malah mereka terus menerus mencemari keberkatan Ramadan dengan pembohongan demi pembohongan dan secara jelas mahu membohongi rakyat apabila menyiarkan lapuran yang kononnya merupakan kenyataan Nik Nazmi yang menolak hudud.

Laluan yang cuba ditutup UMNO sudah terbuka luas.Oleh itu sempena Ramadan, wajarlah seluruh ahli jemaah PAS yang sudah diketuai oleh Dewan Pemudanya menyebarkan hudud di seluruh pelusuk negara.Hudud yang dianggap penyebab kemunduran umat oleh UMNO kini perlu ditukarkan kepda penyelamat kepada semua permasalahan sosial umat.Nilai nilai tarbiyah yang boleh diambil dari pengajaran hadis riwayat Jabir r.a, berkaitan peristiwa yang menimpa seorang sahabat, Maiz bin Malek mesti disebar luaskan agar salah faham terhadap hudud dapat dirungkaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan