kepimpinan Ulama ala Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ternyata kejayaannya. Tapi sedih, ia tidak dicontohi oleh ulama-ulama yang lain.
Seorang kawan dari negeri Pahang telefon. Bertanya pendapatku dengan katanya, kerajaan perpaduan ini adalah sama seperti perjanjian Al-Hudaibiyyah.
Aku menjawab, ”mengapa tak kata, Kerajaan pakatan rakyat itu sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah”.
”betul juga” katanya ringkas.
Sesampai di rumah. Melayari internet, aku membaca ada ulasan yang menyebut, bahawa kerajaan perpaduan ini sama seperti kandungan “piagam madinah”.
Yang lebih mengkelakarkan, ada pihak tertentu mengkiaskan kerajaan perpaduan ini sama seperti pertemuan Musa AS dengan Firaun seperti yang diceritakan oleh Allah dari surah Taha.
Amat pelik cara hujjah itu.
PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH
Dalam sirah Nabi SAW, terdapat satu sejarah besar yang dinamakan sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah. Dalam perjanjian tersebut, terdapat sedikit kekacauan di kalangan para sahabat dalam menerima kandungan perjanjian yang dilakukan di antara team Islam dengan team kafir Quraish.
Pertentangan dari kalangan sahabat terhadap kandungan perjanjian itu adalah disebabakn tidak setuju dengan tindakan Nabi SAW yang dilihat agak toleransi dalam menulis surat perjanjian, sehingga sampai satu tahap terpaksa memadamkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”muhammad Rasulullah”.
Apa yang boleh dipelajari dari sirah Nabi SAW ini, kita akan memahami bahawa tujuan Nabi SAW bertindak sedemikian adalah untuk mendapat maslahah yang lebih besar di sebalik perjanjian tersebut, walaupun dilihat dari satu sudut seakan-akan menggadaikan beberapa perkara dalam islam.
Apa yang lebih pasti, walaupun Nabi SAW mengugurkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”Muhammad Rasulullah” ternyata musuh terpedaya dengan tindakan Nabi SAW itu dengan menerima kandungan perjanjian tersebut. Apabila mereka menerima, 10 tahun kemudiannya Islam telah mendapat kemenangan yang gilang gemilang dengan kejadian sejarah fath makkah.
Nyatanya, kandungan perjanjian itu dilihat seperti perangkap yang di pasang oleh Nabi SAW dalam menguasai musuh Islam ketika itu.
Keadaan ini agak berbeda dengan Kerajaan perpaduan. Ini kerana, dengan isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh pimpinan PAS, juga disokong oleh pimpinan PAS yang lain pula, dilihat seakan-akan ”perangkap makan tuan”.
Dalam keadaan mempertahankan kerajaan perpaduan ini, dilihat ahli PAS sudah tidak berpaduan lagi, disamping lebih 60 peratus Non Muslim yang sebelum ini menyokong PAS sudah sangsi dan mula menolak PAS.
Begitujuga, keraguan dari sahabat-sahabat dalam pakatan juga semakin terserlah.
Bermakna, kerajaan perpaduan ini bukanlah mendapat keuntungan untuk kemenangan Islam, tetapi memberi kerugian yang amat besar terhadap kemenangan Islam itu sendiri.
Jika dilihat dalam kerajaan Pakatan Rakyat pula, keuntungan dakwah islamiyyah itu amat terserlah, sepertimana keuntungan dakwah Islamiyyah yang dikecapi dalam perjanjian al-hudaibiyyah.
Masakan tidak, kita dapati ketika Pakatan Rakyat dibina, kepercayaan non Muslim terhadap PAS amat ketara dilihat menerusi sokongan mereka. Begitujuga, sokongan orang melayu terhadap PAS semakin hari semakin terserlah.
Pun begitu, menyedihkan sokongan itu kembali berkurangan disebabkan idea kerajaan perpaduan ini dilontarkan tanpa diadakan perbincangan yang lebih mendalam di kalangan parti PAS, juga dikalangan kawan-kawan dari Pakatan Rakyat.
PIAGAM MADINAH
Jika kita merenung dalam kandungan piagam madinah, kita akan dapati bagaimana konsep pemerintahan Islam yang dilakukan oleh Nabi SAW berjaya menyatukan semua bangsa dan agama dalam sebuah negara.
Ekoran itu, kita dapat melihat bagaimana orang yahudi dan nasrani bisa duduk dalam kerajaan Islam Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. malah, yang lebih membanggakan lagi, apabila kerajaan Islam yang dikepalai oleh Nabi SAW itu mendapat sokongan dan dokongan dari kalangan non Muslim sehingga sampai satu tahap, ada sebilangan non muslim sanggup berjumpa dengan Nabi SAW semata-mata mahu meminta izin untuk memberikan bantuan tenaga dalam mengalahkan musuh-musuh Islam dalam sesuatu peperangan.
Keadaan ini tidak sama dengan kerajaan perpaduan yang diideakan. Ini kerana, dalam piagam Madinah, ketoleransian itu wujud dengan ditabalkan Nabi Muhammad SAW itu sebagai ketua kerajaan, sedangkan keadaan ini tidak berlaku dalam kerajaan perpaduan.
Begitujuga, piagam madinah mengandungi maksud bahawa non muslim bisa duduk dalam kerajaan Islam pimpinan Nabi, dengan sama-sama berusaha hendak membantu Nabi SAW dalam membangunkan kerajaan. semua ini bersebab, kepercayaan mereka terhadap Nabi SAW itu semakin hari semakin bertambah.
Keadaan ini tidka berlaku dalam kerajaan perpaduan. Ini kerana, semenjak idea ini ditimbulkan, kesangsian non muslim terhadap PAS semakin hari semakin ketara. Bukan sekadar kesangsian, malah penolakan secara terang-terangan dari pihak mereka juga amat kelihatan.
NABI MUSA JUMPA FIRAUN
Ada pula pihak tertentu berhujjah dengan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang arahan Allah agar Musa berjumpa dengan Firaun.
Firman Allah;
اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى
Maksudnya;
“Pergilah kamu berdua (musa dan Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia adalah taghut (melampaui batas) * maka katakanlah kepadanya dengan perkataan yang lembut, mudah-mudahan dia akan ambil peringatan dan bisa menjadi takut”
(Surah Taha : 44)
Perlu diingat, pertemuan Musa dan Harun dengan Firaun, bukannya mahu membina kerajaan, tetapi berjumpa dengan firaun untuk menyampaikan satu hasrat dari Allah bahawa Firaun itu adalah taghut.
PENUTUP
Jika mahu dilihat dari sudut dakwah Islamiyyah, bersama-sama dengan kerajaan pakatan rakyat lebih banyak memberi keuntungan, berbanding melahirkan idea kerajaan perpaduan.
Di kala Non Muslim sudah semakin hari semakin hampir dengan Islam, inilah masanya kita berusaha dengan seagrasifan yang mungkin untuk memahamkan Islam kepada mereka.
Bukan bermakna, dakwah kepada UMNO itu tidak penting, malah ia adalah sesuatu yang penting. Pentingnya itu, bukan dengan bergabung kerajaan dengan “PARTI UMNO”, tetapi cukup sekadar dengan “individu-individu UMNO” sahaja.
Orang tua-tua dulu ada menyebut;
”jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”
Justeru, aku amat menyokong kenyataan tok guru nik abdul aziz dalam akhbar;
“Menteri Besar Kelantan itu turut mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara UMNO dan Pas dengan menyifatkan kerajaan pakatan pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan”
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan