Dr Abdul Aziz Bari sudah bersuara. Menerusi tulisan yang terpampang dalam Sinar Harian semalam, kritikan terbuka dilakukan. Tidak dinafikan, wujud kemarahan anggota parti terhadap beliau. Justeru, lahir dua tulisan kritikan balas dari dua tokoh dalam parti, Ketua Penerangan PAS Pusat, dan ketua Penerangan PAS selangor.
Sudah diketahui umum, Dr Abdul Aziz Bari merupakan pensyarah yang masih lagi berkhidmat di Universiti tempatan; yang agak berani mengeluarkan kenyataan tentang kebobrokan UMNO/BN dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang berbanding dengan pensyarah-pensyarah Universiti yang lain. Disamping itu juga, kewujudan Dr Abu Hasan Hasbullah yang kebelakangan ini, nama beliau agak sering diperkatakan juga.
Perkataan Dr Abdul Aziz bari, bukan perkataan pemutus. Tetapi, tidak bermakna perkataan beliau itu adalah tidak benar sama sekali ataupun terus ditolak. Justeru, kritikan beliau tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, kritikan beliau, bukan satu kritikan dari orang sembarangan, tetapi datang dari cerdik pandai; orang yang berkelulusan dan berpendidikan tinggi sehingga menjawat Profesor.
Meremehkan beliau sebagai orang yang hanya berada dalam hawa dingin, bukan merupakan hujjah dalam membalas kritikan beliau. Sebaliknya, berhujjah dengan segala kebijaksanaan merupakan tindakan yang patut dilakukan.
Membalas hujjah dengan menimbulkan perkara yang tidak ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan, merupakan falasi dalam berhujjah. Perkara ini amat jelas dalam pengajian ilmu munazarah dan jidal.
Falasi digunakan, dikala tidak mempunyai kemampuan untuk berhujjah. Justeru, ia digunakan dikala untuk mengelak dari wujudnya pandangan terhadap kelemahan yang sedia wujud. Ekoran itu, falasi sering digunakan dalam propaganda dalam peperangan, juga dalam serangan politik.
Dari sudut pemikiran ilmiyyah, berhujjah dengan kaedah falasi, akan menampakkan kebodohan dari pihak yang berhujjah. Tetapi, dari sudut pandangan umum, ia sudah pasti dilihat sebagai satu kemenangan.
Perlu diingat, memang falasi digunakan dengan tujuan untuk menutup kelemahan, tetapi jangan sampai ia melahirkan mudharat yang lebih besar. Tindakan hendak me’falasi’kan isu kritikan terbuka Dr Abdul Aziz bari ini, dengan menukilkan kononnya Dr Abdul Aziz Bari mengambil kenyataan para blogger seperti mengambil pandangan ”tepi jalan”, dibimbangi melahirkan mudharat yang lebih besar.
Ini kerana, secara umumnya sudah mengetahui, malahan mengakuinya, bahawa kewujudan Blogger juga merupakan faktor penting dalam usaha menjatuhkan Barisan nasional di beberapa Negeri dalam Pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Justeru, dakwaan kononnya ”blogger” seperti berita dari ”tepi jalan”, ia seakan-akan sebaris dengan kenyataan pimpinan UMNO/BN sejurus kekalahan teruk mereka dalam PRU ke 12 baru-baru ini, disamping bimbang melahirkan serangan blogger terhadap PAS dalam menghadapi pilihanraya di masa mendatang.
Tidak dinafikan, wujud juga berita-berita tepi longkang dari para blogger, tetapi terus melebelkan secara umum para blogger sebagai pemberita tepi longkang, merupakan satu tindakan yang membimbangkan akan melahirkan mudharat lebih besar di masa akan datang. Adalah lebih baik, tidak digunakan kalimah ”tepi longkang”, tetapi gunalah kalimah lain, yang sama maksud dengan apa yang hendak diperkatakan.
Sayugianya, kritikan Dr Abdul Aziz Bari itu hendaklah dijawab dengan segala keilmiyahan yang ada. Bukannya, mewujudkan falasi. Apabila jawapan yang diberikan dengan segala keilmiyahan yang ada, sudah pasti segala kesan-kesan buruk yang dibimbangi ini tidak akan berlaku. Disamping, keraguan rakyat yang sering tertanya-tanya, akan mendapat kepuasan-hati.
Secara peribadi, aku amat bimbang apabila para cerdik pandai sudah mula mengkritik PAS. Ini kerana, sebelum kejatuhan BN pada PRU ke 12 baru-baru ini, kita dapat lihat bagaimana para peguam mengadakan demonstrasi menentang kepimpinan Pak Lah, para ilmuan-ilmuan bahasa menentang dasar pemerintahan Pak Lah dan banyak lagi.
Justeru, berhati-hatilah ketika sudah kedengaran kritikan dari para ilmuan terhadap PAS. kerana dibimbangi, ia adalah permulaan bagi kejatuhan PAS. jangan mendakwa bahawa mereka tidak berkepakaran dalam politik dan sebagainya, kerana dibimbangi mudharat yang menimpa.
Perlu diingat, beliau juga salah seorang rakyat Malaysia yang sedang melihat pergolakan politik di Malaysia.
Beliau sedang melihat, bagaimana kebobrokan UMNO/BN. Beliau juga orang yang sedang membandingkan gandingan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Beliau juga menilai, parti manakah yang dilihat perkukuhkan Pakatan Rakyat, dan parti manakah yang dilihat seperti tidak ikhlas dalam Pakatan Rakyat.
Beliau juga melihat, parti manakah yang lembab, dan parti manakah yang cepat, cerdas dan cergas dalam mainan politik. Masakan beliau, malahan rakyat Malaysia secara umumnya sedang melihat ketiga-tiga parti yang wujud dalam pakatan Rakyat; PAS, PKR dan DAP. Dan secara umumnya, rakyat Malaysia bawahan sendiri sedang bercakap-cakap tentang kewujudakan kelembapan pada satu parti, dan kecerdasan pada parti yang lain dalam Pakatan Rakyat sendiri.
Sekian
p/s : mungkin benar dakwaan sebilangan pihak yang mengatakan, faktor pengundi Melayu terus dengan UMNO/BN adalah disebabkan kelembapan parti pembangkang yang didominasi orang melayu? entah lah..Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
aku suka komen nie...sungguh!!sebab apa orang dok komen kelemahan PAS kerana PAS dah sama usia dgn UMNO...so memang patut PAS kena buat post mortem sedalam2 nya...jgn sampai nanti orang mula sangsi dgn PAS..
-thatguy-
kita berjuang semata-mata untuk membawa manusia kepada kejayaan di akhirat.jgn terlalu bersifat terlalu ke"politik"an sehingga sifat ke"agama"an berkurang.lebihkan program yg boleh meningkatkan iman rakyat.bila ada iman xpayah suruh pun dia akn sokong Pas.kalu iman lemoh,mula2 sokong Pas tapi bila dpt duit akan sokong umno kembali.fikir2kan lah...
BalasPadam