PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Sabtu, Julai 25, 2009

ISU LILIN : Luahan Hati Seorang Suami Melayu.....




Saya ingin meluahkan keluhan hati saya (secara ringkas)... Ini adalah kisah benar tentang diri saya sendiri, semoga dapat diambil pengajaran daripadanya...

Isteri saya seorang Cina...! Cina tulen. Bukan Cina keturunan separuh-separuh. Bukan darah Cina kacukan. Cina 100%. Ibubapa mertua saya memang Cina 'pure' dan menganut agama Budha. Begitu juga seluruh ahli keluarganya yg lain. Bahkan keluarga mereka agak tebal semangat kecinaannya...

Tidak perlu saya ceritakan betapa sulitnya meyakinkan pihak keluarganya sebelum perkahwinan kami pada tahun 1997, bahawa saya bukan hendak membawa anaknya masuk MELAYU. Dia tetap seorang Cina, cuma agamanya sahaja yg bertukar kpd ISLAM.

Saya terpaksa berhadapan dgn kedua ibubapa dan abangnya yg sulung utk menjelaskan bahawa sebagai Muslim, isteri saya akan mengerjakan Solat (akan saya ajarkan) dan tidak lagi akan menyembah selain Allah, saya akan mengajarnya mengaji Qur'an, pakaiannya kena menutup aurat (memakai tudung kepala), berpuasa selama sebulan dlm setahun dan kalau ada kemampuan, kami akan ke Mekah menunaikan Haji sekali seumur hidup. Itu saja.....! Adapun perkara lain yg berkaitan Rukun Iman dan Rukun Islam, saya kira tidak perlu saya jelaskan kpd keluarganya secara sangat terperinci...kerana saya hanya menerangkan perkara dasar dan mudah yg boleh dinampak oleh mata kasar mereka sahaja....

Ternyata keluarganya berpuashati dgn penjelasan itu dan semuanya merestui perkahwinan kami. Dan ternyata juga bahawa penentangan mereka sebelum ini (terutama abangnya yg sulung) terhadap perkahwinan kami adalah semata-mata kerana sikap prejudis mereka kpd MELAYU, dan bukan sama-sekali berdasarkan kpd prasangka buruk mereka terhadap Agama ISLAM...

Kami dikurniakan 3 orang anak. Isteri dan anak2 saya masih mengamalkan 'budaya Cina' dlm kehidupan seharian mereka terutama dlm soal pemakanan. Saya tidak melarangnya selagi ianya tidak bertentangan dgn Syarak.

Apabila tiba hari perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun, kami sekeluarga tidak pernah ketinggalan utk pulang ke rumah ibubapa mertua saya di Pahang dan meraikan bersama keluarga mereka...tetapi kami tidak pernah pulang pada Hari Wesak... isteri saya seorang yg cerdik dan terpelajar dan berkelulusan tinggi dan sekarang pun memang dia memegang jawatan yg tinggi dlm sektor awam.... Jadi dia lebih faham drp saya bahawa Hari Wesak adalah Perayaan Agama Budha dan haram bgi kami sebagai keluarga Islam utk turut meraikannya...

Apabila tiba Hari-Raya Idilfitri dan idil-Adha, kami sekeluarga tetap kan pulang ke rumah ibu-bapa saya di Terengganu utk meraikan hari Perayaan Umat Islam itu...Tidak ada masalah dlm soal ini, bahkan tidak pernah timbul masalah besar dlm hal ini selama perkahwinan kami selama lebih 12 tahun....

Tetapi sejak seminggu kebelakangan ini, isteri saya sering menimbulkan persoalan dan mengungkit-ungkit tentang hal budaya Melayu, budaya Cina, dan hubungannya antara budaya sesuatu kaum dgn Agama Islam....iaitu semenjak kes DS Nizar menghadiri upacara penghormatan kpd Teo Beng Hock, seorang pemuda Cina (yg isteri saya percaya) telah mati dibunuh oleh orang Melayu!

Nampak seperti dia sangat kecewa dgn sikap segelintir orang kita yg tanpa segan-silu menjatuhkan hukuman kononnya DS Nizar telah rosak akidah, telah melakukan sesuatu yg bertentangan dgn syarak, dsbnya...menurut isteri saya, dia tidak hairan jika kutukan terhadap DS Nizar itu datang dari orang UMNO, kerana dia lebih maklum tentang pemahaman orang UMNO tentang hubungan MELAYU-ISLAM memang 'cetek sangat'...tetapi yg sangat mengguris hatinya ialah sikap segelintir orang PAS sendiri yg bersuara senada dgn orang UMNO dlm hal ini....

Secara ringkasnya, persoalan yg sering diungkit kpd saya dlm masa 3-4 hari ini ialah :-

1) Apakah setiap amalan budaya kaum Cina boleh merosakkan akidah Islam seseorang? Bagaimana pula dgn budaya Melayu yg tidak ada kena-mengena dgn Agama Islam? Apakah bangsa Melayu itu sangat mulia di sisi Allah sehingga diberi keistimewaan sebegitu rupa?

2) Mana yg lebih baik di sisi Islam, seorang perempuan yg memakai baju kurung (merujuk kpd Melayu) tetapi tidak memakai tudung kepala, atau seorang Cina Islam yg memakai seluar panjang dan T'shirt longgar lengan panjang dan bertudung kepala?

3) Kenapa secara tiba-tiba budaya membakar lilin dlm sesuatu upacara dikira bertentangan dgn Syarak, padahal selama ini ramai orang Islam yg menyalakan lilin pada majlis hari jadi, tetapi tidak pernah terdengar pula ada 'fatwa' seperti itu dikeluarkan?

4) Dlm upacara kematian, budaya kaum Cina memang menyalakan lilin sebagai penghormatan, walaupun si-mati itu adalah Cina Islam. Kalau itu dikira boleh merosakkan akidah, bagaimana dgn budaya Melayu yg membakar kemenyan di rumah si-mati? Apa istimewanya MELAYU di sisi Agama Islam, seolah-olah menganggap bukan-Melayu itu sebagai Muslim kelas 2?

5) Kalau budaya memakai baju hitam sebagai berkabung dan menunjukkan kesedihan oleh kaum Cina dikira merosakkan akidah Islam, bagaimana pula dgn budaya Melayu yg memakai 'baju melayu' dan memakai 'songkok hitam' bila menziarahi mayat? Padahal itu juga tidak ada kena-mengena dgn agama Islam! Apa lebihnya baju-melayu dan songkok hitam di sisi syarak?

Saya terkedu, dan hanya dapat menunjukkan penjelasan dari YB Khalil Idham Lim kpd isteri saya. Dia berpuashati dgn penjelasan itu, tetapi menurutnya itu penjelasan dari seorang Cina-Islam sepertinya juga...apa yg dipertikaikan ialah sikap orang Melayu-Islam-PAS terhadap isu ini...

Saya sukar menenangkan hati isteri saya, kerana orang PAS sendiri seperti bercanggah pendapat dlm soal ini....dan saya hanya mampu berkata : "Ok lah, kita tunggu sahaja penjelasan dari Dr Asri........" Hanya itulah saja yg mampu melunakkan hatinya buat sementara ini...

Akhir sekali, saya suka memetik ungkapan Arab yg berbunyi :

"ZONNU AL-'AAKILI KHAIRUN MIN YAAKINI AL-JAAHILI"

(SANGKAAN seorang yang berakal (ALIM) itu adalah lebih baik dari KEYAKINAN seorang yang JAHIL)

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    Encik, kita mestilah banyak membaca untuk menanbahkan ilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu kita dapat menjelaskan perkara-perkara yang tidak jelas. Sudah semestinya kita juga akan merujuk kepada yang ahli (pakar) dalam bidang tertentu. Yang selebihnya ialah niat kita dan sejauh mana kreatif nya kita untuk merungkaikan persoalan. Tkasih

    BalasPadam