PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Rabu, Oktober 27, 2010

Pemuda Amanah Menjadi Tonggak Dalam PAS


Sebahagian ahli jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Kg. Gelugor dan Cawangan Kg. Telaga Papan yang hadir ke usrah gabungan.
Zulhilmi Miki sebagai naqib manakala Ustaz Mohd Amin sebagai penggulung.

Surau Taqwa, Kerteh, 26hb. Oktober : Sifat amanah menjadi tonggak pegangan kepada para pemuda yang berada dalam perjuangan menegakkan syariat Islam sepertimana sifat Nabi Muhammad saw.

Salah satu sifat Nabi saw iaitu amanah menunjukkan betapa pentingnya sifat ini perlu ada dalam diri para pemuda Islam yang bergerak dalam PAS.

Usrah Pemuda PAS Cawangan Kg. Gelugor dan Cawangan Kg. Telaga Papan telah membincangkan bab amanah sepertimana huraian dalam buku bertajuk '40 hadith akhir zaman' di sini semalam.

Banyak tafsiran ayat Al Quran yang menyentuh berkenaan amanah. Antaranya tawaran Allah swt kepada bukit bukai gunung ganang dan batu batan untuk memikul amanah sebagai khalifah tetapi mereka menolaknya tetapi manusia telah menerima amanah tersebut dan mengkhianatinya lalu dimasukkan ke dalam golongan yang zalim.

Kupasan hadis Nabi saw pula menyebut jika amanah telah hilang maka tunggulah saat kedatangan kiamat.

Lawan sifat amanah ialah khianat dan ianya adalah antara sifat terkeji dan dicela Allah swt. Salah satu sifat golongan munafik sendiri ialah khianat.

Selain itu, para pemuda yang terlibat dalam haraki Gerakan Islam wajib menyimpan rahsia parti sebagai amanah.

Sifat amanah ini bermula dalam diri sendiri iaitu membereskan amanah kita sebagai hambaNya, sebagai ketua keluarga, anggota masyarakat dan sebagai penganut Islam sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan