PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Sabtu, Ogos 08, 2009

August 7, 2009 Majlis Solat Hajat H1N1, Bacaan Yasin & Tahlil Perdana di Surau Taqwa, Gelugor






Buat julung kalinya Badan Khairat Kematian Surau Taqwa, Kg. Gelugor, Kerteh berjaya menganjurkan Majlis Solat Hajat H1N1, Bacaan Yasin & Tahlil Perdana pada malam Jumaat lepas.

Sambutan daripada masyarakat sekeliling amat menggalakkan dan majlis dipimpin oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik. Acara bermula sebaik sahaja selesai solat Maghrib berjemaah dengan Solat Hajat H1N1 bagi memohon kepada Allah swt dihindarkan dari wabak membunuh ini. Selesai solat hajat dan doa, Al Fadhil Ustaz membacakan nama kaum keluarga yang telah kembali kerahmatullah bagi menghadiahkan ganjaran pahala kepada allahyarham dan allahyarhamah diikuti dengan bacaan Surah Yassin, bacaan tahlil dan doa.

Pihak Pengurusan Badan Khairat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyertai program tersebut dan akan menjadikannya acara tahunan Badan Khairat Kematian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan