PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Jumaat, Ogos 14, 2009

Team Futsal Pemuda MTD Kemasik di Piala YB Dato' Pesuruhjaya PAS Terengganu





Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik akan menghantar satu pasukan futsal ke pertandingan fultsal merebut Piala YB Dato' Pesuruhjaya PAS Terengganu di Batu Buruk pada sabtu ini.
Menurut Pengurus Pasukan Pemuda Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Syed Khairi Amier Syed Raduan pasukan tersebut adalah Kg. Tengah Kerteh FC yang muncul Naib Juara dalam pertandingan peringkat Pemuda MTD Kemasik yang diadakan di Samsaba Indoor Courts, Bandar Baru Kerteh yang lepas. Upacara penyerahan jersey telah diadakan di Masterscaff Paka semalam sebaik sahaja selesai sessi perlawanan persahabatan antara Kg. Tengah Kerteh FC dengan Pilihan Gelugor FC. Beliau berharap team dari DUN Kemasik akan melakar sejarah di Peringkat Negeri Terengganu dimana 32 pasukan mewakili DUN seluruh Terengganu akan turut serta bertanding. Beliau juga mengingatkan para pemain menjaga tatasusila dan disiplin serta sentiasa menurut syariat Islam ketika bersukan dan beriadah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan