PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Sabtu, Ogos 08, 2009

Perasmian Daurah Tardibiyah DUN Kemasik









YB Ustaz Taib Azamuddin Md Taib, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat telah merasmikan Daurah Tarbiyyah peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik di Bangunan PASTI Al Abrar, Kerteh semalam. Turut hadir ialah Ustaz Alias Abdul Hamid (Pengarah MTD Kemasik), Amri Mamat (Timbalan Pengarah MTD), Roslan Endut (Setiausaha MTD), Harun Jusoh (Bendahari MTD) dan Ustaz Zukiman Zakaria (Ketua Penerangan MTD), Hajjah Maimunah Maat (Ketua Muslimat MTD), Mazlan Chek (Ketua Pemuda MTD), Ketua & AJK & Ahli PAS Cawangan dan Ketua Pemuda & Ketua Muslimat cawangan.

Program anjuran Lujnah Tarbiyyah MTD Kemasik tersebut adalah simbolik kepada perjalanan Tamrin Haraki Peringkat DUN Kemasik yang telahpun berjalan pada minggu pertama setiap bulan di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Al Husna, Kg. Semayor, Kemasik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan