PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Khamis, Ogos 27, 2009

Bom jangka Terengganu hampir meletup?

"

Assalamualaikum,,..

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,

Ekoran kegemparan ADUN Kemasik dan beberapa orang kuat Mat Said ditangkap oleh SPRM baru baru ini, timbul spekulasi baru yang mungkin dihadapi oleh kerajaan Terengganu.Yang pasti usaha Mat derih untuk menyingkirkan Mat Said sebagai MB sebelum 13/8/09 tidak berjaya dan keadaan semakin tidak menentu di kalangan ADUN BN.


Mungkinkah Mat Said akan jatuh?Sudah dua percubaan Mat Derih tidak berjaya dan hari ini dilapurkan bahawa undi tidak percaya sudah dihantar kepada speaker dewan(yang belum disahkan) namun sebelum ini ada juga khabar angin yang mengatakan Mat Derih akan menyertai PAS dan ada juga berita yang menyebut Mat Derih bersama ADUN yang menyokongnya akan keluar BN untuk membentuk kerajaan campuran bersama PAS.Tetapi sehingga hari ini satupun belum terjadi.Inilah Bom jangka yang sedang berada di tengah tengah politik Terengganu yang akan meletup bila bila masa.Satu yang pasti, Mat Said hanya boleh dinyahkan dari jawatannya melalui undi tidak percaya di DUN.Ketika ADUN kemasik ditangkap SPRM dulu,ada cerita yang menarik didengar dari penganalisa tidak rasmi politik Terengganu yang menjangkakan DUN akan dibubarkan tidak lama lagi.Berita terbaru yang tersebar yang mengatakan undi tidak percaya sudah dihantar kepada speaker mungkin membenarkan ramalan penganalisa tidak rasmi ini.

Mat Derih mungkin sudah putus harap untuk menyingkirkan Mat Said ala penyingkiran kerajaan PR Perak kerana Sultan tidak mahu bersengkongkol dengan konspirasinya.Oleh itu satu satu jalan yang ada ialah undi tidak percaya kepada MB tetapi Mat Said tidak mudah menyerah kalah.Kalau benar undi tidak percaya ditujukan kepadanya, kemungkinan besar beliau akan mengadap sultan untuk membubarkan dewan dan dijangkan sultan akan memperkenankan pembubaran ini.Kalau ramalan ini menjadi kenyataan maka DUN Terengganu akan mengadakan pilihanraya semula.

Tetapi semuanya masih belum dapat dipastikan lagi walaupun ramai yang yakin pilihanraya semula bakal berlaku di Terengganu seperti mana di Perak.Di pihak PAS dan PR Terengganu, persedian harus dibuat bagi menghadapi kemungkinan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan