Mahkamah Syariah Kuantan telah menjatuhkan hukuman RM5000 serta 6 sebatan ke atas Kartika Sari Dewi atas kesalahan minum arak.
Kartika telah mengakui kesalahan yang dilakukannya dan enggan untuk merayu. Beliau rela menjalani hukuman sebat tersebut malah minta agar ia dilaksanakan di khalayak ramai selaras dengan hukum Islam.
Hari ini, Kartika sepatutnya menjalani hukuman sebat di penjara wanita di Kajang tetapi pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Pahang telah menangguhkan hukuman tersebut tanpa memberi apa-apa alasan. Pihak penjara pula menjelaskan bahawa hanya banduan sahaja yang boleh disebat. Jadi bagaimana kedudukan Kartika sekarang?
Persoalannya sekarang...... tindakan pihak berkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang dilihat sebagai satu tindakan mempersendakan hukuman yang mereka sendiri jatuhkan. Tindakan ini seolah-olah mempersendakan hukum Islam. Ini amat memalukan.
Sepatutnya, apabila Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman berlandaskan hukum Islam, semua aspek perlaksanaannya sudah sedia termasuklah tatacara perlaksanaan hukumannya. Sekarang apa sudah jadi?? Macam mana orang bukan Islam nak menghormati keputusan Mahkamah Syariah serta Jabatan Agama Islam serta perlaksanaan undang-undang Islam itu sendiri. Mereka akan mentertawakan kita. Mana maruah kita???
Bila orang bukan Islam mempertikai dan mempersoalkan keputusan Mahkamah Syariah atau Jabatan Agama Islam, kita marah.... kita berasa amat sensitif. Nah, sekarang apabila Jabatan Agama Islam Pahang sendiri memperkotak-katikkan hukuman yang telah dijatuhkan sendiri... bagaimana???
Dengan menangguhkan hukuman tersebut, adilkah Jabatan Agama Islam Pahang terhadap Kartika?? Beliau serta keluarga sudah bersedia menerima hukuman tersebut agar dia boleh meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan hati dan fikiran yang tenang tetapi malangnya, hukuman ditanggungkan pada saat-saat akhir tanpa memberi sebarang alasan. Ini satu tindakan yang tidak adil kepada Kartika dan keluarganya.
Apakah ada tekanan yang dikenakan ke atas Jabatan Agama Islam Pahang memandangkan kes Kartika ini mendapat liputan yang meluas serta menjadi perdebatan umum, malah mendapat bantahan dari kalangan NGO-NGO hak asasi manusia serta Menteri yang menjaga hal ehwal wanita Satu Malaysia iaitu Shahrizat Jalil. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang sekali lagi cuba mencampuri urusan Jabatan Agama Islam Pahang.
Aha... mungkinkah ada yang mula berasa takut?? Jika Kartika menjadi wanita pertama yang akan menjalani hukuman sebat kerana minum arak..... maka sudah pasti akan ada orang kedua.... ketiga.... ke empat dan seterusnya. Inilah yang menimbulkan kegerunan di hati mereka terutama yang bergelumang dengan kegiatan maksiat ini.
Penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika... merupakan satu tindakan mempersenda serta menghina hukum Islam dan Jabatan Agama Islam itu sendiri.
Patutkah ini berlaku?? Fikir-fikirkan lah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan