PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?
Isnin, Ogos 10, 2009
Patung Najib pula di Batu Caves
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Para pengikut Kelab Maya Umno (Mykmu) sedang bertempur sesama sendiri ekoran terbinanya patung raksaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Batu Caves sempena lawatan beliau ke sana semalam.
Patung itu, menurut saksi, lebih besar dari gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibina di situ tahun lalu.
Yang menjadi isu adalah, ketika gambar Anwar dinaikkan pada Oktober tahun lepas, para pemimpin Umno melalui medianya secara besar-besaran mengutuk PKR yang menaikkan patung itu sehingga ia diturunkan semula.
Antaranya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar Anwar di Batu Caves merupakan satu simbol yang memperlihatkan parti itu mendewakan pemimpinnya.
Beliau menegaskan adalah lebih baik wang yang digunakan untuk membinan replika tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin.
"Saya nak tanya pada PAS, apakah pembinaan replika Anwar ini diluluskan oleh PAS," katanya.
Namun, kini patung Najib pula yang dinaikkan di situ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Itulah UMNO/BN apa mereka buat semestinya halal tapi apa yang pembangkang buat semestinya haram.Tp rakyat sedar mana yng halal&haram.Kerana yang hram itu jelas UMNO dan yang halal itu jelas PR.Takbir!!!
BalasPadamFirman ALLAH S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah At-taubah ayat 23)