PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Rabu, September 16, 2009

Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Surau Taqwa, Kg. Gelugor , Kerteh










Ramadhan sudah di penghujung. Adakah ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir kita?. Bagaimana prestasi kita sepanjang bulan puasa ini?.

Sempena menandakan khatam Al Quran di Surau Taqwa, Kg. Gelugor, satu majlis iftar ramadhan telah diadakan pada petang 25hb Ramadhan.

Tetamu jemputan ialah Alfadhil Ustaz Azhar Idrus, penceramah bebas yang diminati segenap lapisan masyarakat.

Seekor lembu telah ditumbangkan. Surau Taqwa mencipta sejarah pada tahun ini sebagai satu - satunya masjid dan surau yang mengadakan iftar jamai sebanyak dua kali sepanjang bulan ramadhan tahun ini.

Iftar pertama pada 12hb Ramadhan lepas sempena majlis kesyukuran meraikan kemenangan Islam di PRK N11 - Permatang Pasir.

Orang ramai berpusu - pusu datang sejak pukul 6.00 petang lagi. Kerinduan kepada suara nyaring Ustaz Azhar Idrus agaknya.

Sebanyak 5 khemah khas yang didirikan dipenuhi dengan pendengar setia Ustaz.

Selesai memberi tazkirah selama 40 minit, alfadhil Ustaz membacakan doa berbuka puasa dan bersama jemaah menikmati berbuka puasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan