PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Rabu, September 23, 2009

Najib Tahu Bila Samy Vellu Nak Bersara




Presiden MIC, Samy Vellu menjelaskan beliau telah membincangkan pelan persaraannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lalu dan akan tetap berpegang kepada pelan itu. “Saya telah berbincang secara terus terang dengan Perdana Menteri ketika saya menemuinya di Sarawak di mana saya memberitahunya mengenai pelan (persaraan) saya. “Saya akan berpegang kepada apa yang saya katakan kepada perdana menteri dan saya tidak akan mengubahnya (pelan saya),” katanya.

Beliau berkata, Najib tahu mengenai rancangan persaraannya tetapi beliau enggan mengulas lanjut, sambil menyatakan ia adalah antara beliau dan pengerusi Barisan Nasional (BN). Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah liabiliti kepada BN, Samy Vellu berkata Dr Mahathir bebas menyuarakan pendapatnya. “Saya tidak terluka dengan komennya dan hormat saya terhadap beliau tidak akan berkurang,” katanya.

Bagaimanapun Samy Vellu berkata, beliau sedih apabila baru sekarang Dr Mahathir melabelkannya sebagai liabiliti "tetapi ketika BN menang (pada pilihan raya umum), saya dianggap satu aset". “Saya tidak terkejut langsung dengan komennya tetapi saya fikir beliau enggan faham bahawa kekalahan BN (di banyak kerusi) pada pilihan raya umum lepas bukan kerana saya. "Seorang (ahli politik) yang berpengalaman seperti beliau perlu memahaminya," kata Samy Vellu. Samy Vellu menganggap komen Dr Mahathir ibarat "memberitahu seorang isteri yang masih muda bahawa dia cantik dan satu aset, tetapi apabila tua, dia dilabel sebagai liabiliti".~ Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan