PERLUKAH KERAJAAN MEMINTA MAAF TERHADAP BEKAS TAHANAN ISA?

Ahad, September 06, 2009

Pilihanraya Kecil Selamatkan Kedah | pkfz




Seawal bulan Februari 2009, Umno telah merancang untuk merampas Kedah dari Pakatan Rakyat. Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan untuk merampas kembali Kedah dengan memujuk beberapa orang ADUN untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi calon Bebas.

Pada 15 Februari, Raja Petra menulis bahawa seramai lima orang ADUN Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk keluar parti dan menjadi calon bebas apabila mendapat petunjuk dari Najib. Dan sebenarnya, Pakatan rakyat Kedah boleh tumbang bila-bila masa ketika itu.

Cuma yang menjadi masalah kepada Umno ialah siapa yang akan menjadi Menteri Besar apabila Umno berjaya merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Najib tidak mahu Mahadzir Khalid menjadi MB tetapi dalam amsa yang sama, tidak mempunyai calon lain. Dalam Pilihanraya Umum 2008, hampir kesemua calon-calon Umno di Kedah adalah orang-orang Pak Lah.

Najib tidak mahu Kedah menjadi seperti Perak, dimana calon yang dinamakan oleh Najib, dipintas oleh Pak Lah pada saat-saat terakhir. Zamry Kadir bukanlah calon MB pilihan Najib sebaliknya calon pilihan Pak Lah. Walaupun usaha untuk merampas Perak dibuat oleh Najib, tetapi Najib marah kerana Pak Lah telah mencadangkan nama Zamry kepada Sultan untuk diperkenankan menjadi MB.

Najib menjadi PM atas pertolongan Dr. Mahathir. Walaupun semasa pertandingan Ketua Pemuda Umno, Khairy berjaya menewaskan Mukhriz, namun Khairy tidak diberi apa-apa jawatan didalam kabinet. Dan amat tidak munasabah sekiranya melantik Mukhriz kedalam kabinet Najib, sedangkan dia tewas kepada Khairy.

Untuk membalas jasa Mahathir, maka Najib telah berjanji kepada Mahathir untuk menyerahkan kerusi MB Kedah kepada Mukhriz, sekiranya Umno berkuasa kembali. Keputusan ini telah disampaikan kepada Dr. Mahathir semasa lawatan Najib ke Jitra pada 13. Julai 2009.

Ketika itu, PRK Manik Urai sedang berlangsung dan Najib tidak turun ke Manek Urai, sebaliknya ke Kedah untuk merancang rampasan kuasa disana. najib mahukan kemenangan di Manek Urai untuk mencipta persepsi bahawa Umno sudah diterima rakyat, dan rakyat menyokong kepimpinan Najib. Kemenangan di Manik Urai akan menjadi modal kepada Umno untuk mencanangkan satu Malaysia bahawa rakyat menyokong UBN.

Ketika itu, Najib sudahpun mempunyai cukup ADUN yang akan melompat… tetapi bagaimana hendak melantik Mukhriz sebagai MB?

Satu perancangan dibuat supaya satu pilihanraya kecil DUN diadakan di Kedah. Dan orang yang akan menjadi kambing hitam ialah ADUN Kota Siputeh, Dato Abu Hassan Sarif.

DUN Kota Siputeh terletak didalam Parlimen Jerlun, dimana ahli Parlimennya ialah Mukhriz sendiri. Apabila pilihanraya kecil diadakan, maka Mukhriz akan diletakkan sebagai calon, dan apabila menang akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Abu Hasan tidak hadir dalam sidang DUN pada 19 April 2009. Dan kali kedua, dia tidak hadir lagi pada 9 Ogos. Dua tarikh yang jauh, selang 4 bulan.

Dalam keadaan biasa, tidak mungkin Speaker dapat mengingati siapa ADUN yang hadir atau tidak. Tambahan pula, ketika sidang DUN berlangsung, ADUN-ADUN sering keluar masuk Dewan dan tidak mungkin Speaker dapat mengingati siapa yang hadir atau tidak.

Siapa yang memeberitahu Speaker bahawa Dato Abu Hasan tidak hadir dua kali berturut-turut? Apakah Speaker sendiri yang menyemak jadual kedatangan ADUN?

Umno tewas di Manek Urai tetapi mereka mencanangkan ‘kemenangan’ kerana berjaya mengurangkan majoriti calon Pas. Mereka mengatakan orang Melayu sudah kembali kepada Umno. Dan mereka bersedia untuk mengosongkan kerusi Kota Siputeh, untuk membolehkan Mukhriz bertanding.

Tetapi perancangan ini tergendala sebentar berikutan kematian ADUN Permatang Pasir, Hj. Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai 2009. Dan SPR menetapkan hari Penamaan Calon PRK Permatang Pasir pada 17 Ogos dan hari mengundi pada 25 Ogos 2009.

Dato Abu Hasan dengan sengaja tidak menghadirkan diri ke Sidang DUN kedah pada 9 Ogos 2009. Dan hanya menghantar faks kepada Speaker tentang cuti sakitnya pada 12 Ogos.

Walaupun pada dasarnya, terdapat peruntukan didalam undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah yang membolehkan seseorang aDUN itu hilang kelayakan sekiranya tidak hadir dua hari berturut-turut, namun alasan ini amat remeh. Sesiapa saja boleh berpakat dengan doktor untuk mendapatkan cuti sakit. Malah boleh dimasukkan kehospital pun boleh, seperti yang dilakukan oleh Osman Jailu.

Siapa yang memaklumkan kepada Speaker tentang kesalahan ADUN Kota Siputeh ini? Pegawai Dewan Undang Negeri? ADUN Pas? atau ADUN Umno?

Dan apabila Speaker mengumumkan bahawa Pilihanraya Kecil Kota Siputeh perlu diadakan, adakah dia sudah mendapat nasihat dari Penasihat Undang-Undang Negeri ataupun peguam-peguam Pas?

Bakaq Penarik beca menanyakan satu soalan yang cukup menarik? Siapa LA Kedah?

(Malangnya, Speaker pi hantaq surat pulak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir ke sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

La ni, ikut suka SPR la nak buat apa pun.)

Malangnya, tidak ada sesiapa yang menjawab persoalan Bakaq itu.

Penasihat Undang-Undang Kedah ialah adik ipar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan. Apakah Najib tidak tahu perkara ini? Apakah Penasihat Undang-Undang Kedah juga terlibat dalam komplot untuk merampas kuasa di Kedah?

Kita tentu tak lupa bagaimana Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Perak bersekongkol dengan Najib ketika merampas kuasa di Perak. Tanya kepada Nizar, bagaimana sikap setiausaha Kerajaan negeri dan Penasihat Undang-Undang Perak mensabotaj Nizar beberapa kali. Dan kalau Pas Kedah tidak mahu belajar dari Perak…jangan khuatir, Kedah juga akan mengalami nasib yang sama.

Mengapa Speaker menghantar surat memaklumkan tentang ketidakhadiran aDUN kota Siputeh? Speaker seolah-olah menyerahkan kepada SPR untuk membuat keputusan sedangkan Speaker mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kerusi itu kosong. Dan kemudian memaklumkan kepada SPR tentang kekosongan. Bukan meminta SPR menilai sama ada boleh atau tidak kerusi itu dikosongkan.

Speaker bertindak mengikut nasihat siapa?

Speaker mengumumkan perkara ini kepada media pada 17 Ogos, serentak dengan hari Penamaan Calon di Permatang Pasir. Tidak ada reaksi negatif dari pemimpin Umno. Tidak ada yang membantah tindakan Speaker dan tidak ada yang mengatakan, Speaker hanya mencari pasal dengan ADUN Umno. Malah Mukhriz sendiri redha dengan keputusan Speaker. Tidak ada pemimpin Umno yang bercakap untuk membawa perkara ini kemahkamah! Seolah-olah semuanya bersetuju!

Di Permatang Pasir, Umno juga mencuba untuk menang. Muhyidin berkampung disana. Zahid Hamidi menggunakan khidmat tentera untuk berkempen. Dan ADUN Lunas mencuba untuk membantu Umno memenangi PRK Permatang Pasir dengan mengisytiharkan menjadi calon Bebas.

Najib mahukan Permatang Pasir mengikut jejak Manik Urai, kalau tak menang pun, undi Melayu kepada Umno akan bertambah. Dan ini akan membawa keyakinan kepada Umno untuk mempertahankan Kota Siputeh sekiranya PRK diadakan.

Anwar dan Kit Siang menyedari perkara ini. Itulah sebabnya, Permatang Pasir perlu dipertahankan malah majoriti untuk Salleh Man perlu dipertingkatkan untuk mencipta persepsi bahawa Umno tidak diterima rakyat.

Itulah sebabnya mengapa Anwar, Kit Siang dan Guang Eng berkampung di Permatang Pasir untuk memastikan majoriti yang lebih tinggi. Tidak ramai yang perasan, mengapa semua pemimpin PKR dan DAP dari Kedah dan Selangor tidak datang berkempen di Permatang Pasir. Ini kerana Anwar dan Kit Siang menyedari tentang perancangan Umno di dua negeri ini. Semua pemimpin PKR dan DAP Kedah dan Selangor diarahkan tinggal dinegeri masing-masing.

Anwar dan Guan Eng merupakan salah satu faktor utama mengapa calon Pas menang bergaya. Dan apabila bekas Setiausaha Politik MB Perak, Misbahul Munir mengatakan Anwar bukan merupakan faktor utama di Permatang Pasir, ianya menampakkan kedangkalan bekas SETPOL Nizar itu.

kemenangan PAS di Permatang Pasir tidak semata-mata faktor Anwar, Permatang Pasir sejak tahun 1999 dimenangi oleh PAS, pada tahun 2004 pula di ketika DUN lain di Parlimen Permatang Pauh iaitu DUN Penanti dan Seberang Jaya dimenangi BN, PAS tetap menang di Permatang Pasir. Kalau Anwar jadi penentu kemenangan sudah tentu di kedua-dua DUN tersebut, calon PKR juga akan menang.

Skandal Rohaizat menyebabkan Umno sesak nafas. Umno tidak dapat bertahan di Permatang Pasir dan gagal membawa angin perubahan seperti yang diharapkan oleh Muhyidin.

Umno terpaksa meminta SPR menolak keputusan Speaker untuk mengosongkan kerus DUN Kota Siputeh. Umno sedar, sekiranya PRK diadakan, kemungkinan besar Kota Siputeh akan hanyut ketangan Pakatan Rakyat. Dan SPR menurut telunjuk Umno dan mengisytiharkan bahawa tiada Pilihanraya Kecil di DUN Kota Siputeh.

Hajat Mukriz untuk menjadi Menteri Besar Kedah terpaksa ditangguhkan. Terengganu pula semakin bergolak dan kini, DUN Bagan Pinang pula kosong setelah ADUN nya meninggal dunia.

Kedah selamat buat seketika. Begitu juga Selangor.

perakexpress

Tiada ulasan:

Catat Ulasan