Surau Taqwa, Kerteh : Umat Islam diingatkan menolak golongan yang mengambil ajaran Islam sebahagian dalam masa yang sama menolak sebahagian lain. Golongan ini akan menggunakan Islam jika ianya menguntungkan mereka dari sudut ekonomi seperti zakat dan haji sahaja.
Alfadhil Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani berkata demikian ketika sessi tazkirah sempena majlis meraikan kemenangan PAS di PRK N11 - Permatang Pasir lepas di Surau Taqwa semalam.
Ahli dan penyokong Gerakan Islam juga mesti sanggup mengharungi cabaran sepertimana pengikut Nabi Musa as menghadapinya ketika berdepan dengan kerajaan Firaun.
Pelbagai tawaran oleh Firaun yang memiliki kerajaan yang kuat, tentera yang ramai, ahli dan pengikut yang ramai, kewangan yang banyak dan umur yang panjang kepada pengikut Musa supaya meninggalkan ajaran Nabi Musa as dan diberikan bantuan oleh kerajaan Firaun.
Allah swt memakbulkan doa Nabi Musa as selama 40 tahun supaya diranapkan kerajaan Firaun. Kita hanya berdoa dan bermunajat semalam sahaja memohon kemenangan dalam mana Pilihanraya Kecil.
Alfadhil juga mengingatkan orang Islam menggunakan Al Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan. Al Quran ialah mukjizat yang amat agung dari dahulu, kini dan selamanya. Apakah perlembagaan dan petunjuk tertinggi yang digunapakai di negara ini. Benarkah ianya dicipta oleh Suruhanjaya Lord Reid.
Setelah 52 tahun merdeka ternyata kerajaan UMNO/BN tidak serius dalam mendaulatkan Hukum Allah di mukabumi ini. Hukuman rotan kepada peminum arak yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Pahang lepas membuktikan UMNO memperkecilkan hukum Allah bila menangguhkan perlaksanaanya. Anehnya penangguhan tersebut bukan diminta oleh pesalah untuk membuat rayuan dan sebagainya tetapi kerajaan UMNO/BN yang menangguhkannya. Alasan Hishamuddin Hussin mengatakan kita tidak mempunyai tukang sebat yang terlatih amat memalukan dan menyerlah lagi UMNO mempermainkan hukum Islam. Setelah 52 tahun British meninggalkan tanah air, UMNO/BN masih terkial - kial mencari tukang sebat yang terlatih.
Timbalan Ketua DPP Pusat juga mengingatkan umat Islam mengikut segala ajaran Nabi saw. Syafaat Nabi di Padang Masyar hanya diberikan kepada mereka yang mengikuti segala ajarannya.
Di akhir sessi tazkirahnya, Alfadhil Ustaz mengingatkan umat Islam tidak meninggalkan ibadat solat. Ianya tiang agama. Perkara sunat akan digantung penerimaannya jika amalan solat wajib tidak ditunaikan terlebih dahulu.
Majlis Kesyukuran Kemenangan PAS di PRK N11 di Surau Taqwa, Gelugor, Kerteh
Kemenangan PAS di PRK N11 - Permatang Pasir disambut dengan penuh kesyukuran oleh segenap penyokong Pakatan Rakyat.
Bagi meraikan kemenangan bersejarah yang berlaku di bulan Ramadhan itu, Ahli Jawatankuasa Surau Taqwa, Kampung Gelugor, Kerteh telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama masyarakat.
Tetamu jemputan ialah Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) yang menyampaikan slot tazkirah diantara solat terawih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan